Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Secara Online Menggunakan Maybank2U

Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Secara Online Menggunakan Maybank2U

Sebenarnya, anda tidak perlu beratur panjang di cawangan KWSP untuk buat bayaran caruman sukarela terutamanya bagi i-Saraan. Ini kerana, sebenarnya anda boleh lakukan secara online iaitu melalui perbankan online seperti menggunakan Maybank2U.

Jika melibatkan i-Saraan, hanya pendaftaran kali pertama sahaja anda perlu datang ke mana-mana cawangan KWSP. Untuk urusan lain, boleh gunakan perbankan online (online banking) atau menerusi i-Akaun. Ditambah pula musim pandemik, kurangkan keluar rumah bagi mengelakkan jangkitan.

Untuk pengetahuan, terdapat 4 cara dan saluran pembayaran bagi caruman sukarela seperti i-Saraan atau i-Suri iaitu secara :

Perbankan Internet (Online) Kauntern Ejen Bank (Tunai/Cek) Ejen Bank Berdaftar Kaunter KWSP
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
- Bank Muamalat
- CIMB Bank
- Bank Islam
- MBSB
- Maybank
- BSN
- Public Bank
Ejen Bank (EB) BSN Tunai (maksimum RM500)

Jadi khusus untuk pengguna Maybank, disini akan ditunjukkan kepada anda cara untuk anda buat pembayaran bagi caruman sukarela (i-Saraan/i-Suri) secara online dengan mengguankan Maybank2U.

Cara Buat Bayaran Caruman Sukarela i-Saraan Menggunakan Maybank2U

Pastinya dengan cara ini, anda boleh lakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja selagi anda mempunyai internet. Pembayaran juga tidak dikenakan secara caj tambahan. Pastikan anda sudah ada akaun Maybank2U sahaja.

1)  Login terlebih dahulu Maybank2u seperti biasa di www.maybank2u.com.my

2)  Kemudian pada halaman utama, pilih tab "Pay & Transfer"

Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Secara Online Menggunakan Maybank2U

3)  Kemudian pada bahagian Pay > Pay To > Payee > New Payment dan piliha "EPF"

Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Secara Online Menggunakan Maybank2U

4)  Kemudian masukkan semua maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor KWSP, Nama, Nombor Kad Pengenalan dan Jumlah yang ingin dibayar. Pada bahagian EPF Account Type, sila pilih "i-Saraan/i-Suri"

Jika sudah lengkap semuanya, klik "PAY" dan buat pembayaran seperti biasa. Selesai!

Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Secara Online Menggunakan Maybank2U

Anda boleh semak pembayaran melalui i-Akaun anda.

Cara Buat Bayaran Menggunakan Public Bank

Jika anda pengguna Public Bank, anda boleh ikuti langkah dibawah bagi urusan pembayaran i-Saraan KWSP

1)  Login terlebih dahulu seperti biasa di perbankan online Public Bank di www.pbebank.com

public bank bayaran i-saraan kwsp

2)  Pilih Payment > Other Payment > EPF

3)  Pada bahagian Payment Type, pilih "Bayaran Caruman i-Saraan/i-Suri"

4)  Masukkan semua butiran seperti nama ahli, no KWSP, no MyKad dan jumlah bayaran

5)  Request TAC dan buat bayaran seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut berkaitan insentif i-Saraan, anda boleh pergi ke laman web KWSP atau klik pada pautan ini www.kwsp.gov.my/i-saraan

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

4 comments for "Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Secara Online Menggunakan Maybank2U"

Comment Author Avatar
Setahun sekali nak buat utk mak dah tak ingat, selamat ada posting ni. terima kasih semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah selalu.
Comment Author Avatar
pendaftaran kali pertama dah boleh online, kena pergi kaunter jgak ke?
Comment Author Avatar
Kalau tak silap, pendaftaran i-akaun je kena pergi kiosk