3 Cara Daftar Program Imunisasi COVID-19 (Vaksin) Untuk Negeri Pahang
Khusus untuk rakyat Pahang, kini terdapat 3 cara mudah untuk anda daftar Program Imunisasi COVID-19 atau daftar sebagai penerima vaksin COVID-19. Anda sudah boleh mula daftar bagi melayakkan menerima suntikan vaksin secara percuma untuk Fasa 2 dan Fasa 3 kelak.
Negara kita terus dibadai pandemik COVID-19 sejak tahun 2020 lagi. Diikuti pula dengan keadaan dan situasai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika itu. Kini sudah lebih setahun, tetapi virus ini masih lagi berada dalam komuniti terutamanya di negeri Pahang. Erti kata lain, perang masih belum selesai.
Tetapi dengan adanya Program Imunasasi ini, pastinya rakyat Malaysia sudah boleh tarik nafas lega. Dengan adanya vaksin ini, pastinya rakyat Malaysia dapat hindari daripada virus ini dan berharap suatu hari nanti tiada siapa lagi yang di jangkiti.
Akan tetapi, bagi melayakkan anda menerima vaksin COVID-19 ini, tidak boleh tidak, anda perlu daftar melalui beberapa cara yang disertakan oleh pihak kerajaan terutamnya bahagian Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi apa tunggu lagi, terutamanya rakyat Malaysia, moh daftar. Ikuti 3 cara daftar seperti yang diterangkan dibawah ini. Cara daftar ini khusus untuk golongan bagi:
- Fasa 2 - Golongan Berisiko/Warga Emas/OKU
- Fasa 3 - Orang awam berusia 18 tahun ke atas
Seperti yang diumumkan, Fasa 2 akan diawalkan 2 hari iaitu bermula 17 April manakala Fasa 3 bermula Mei 2021.
Cara Daftar Program Imunisasi COVID-19 (Menerima Vaksin) Untuk Negeri Pahang
Sebahagian cara yang ditunjukkan ini sesuai untuk semua rakyat di Malaysia dan sebahagian lain khusus untuk rakyat negeri Pahang sahaja. Dalam ini terdapat 3 cara untuk anda daftar dan anda boleh pilih mana-mana cara yang anda rasa mudah iaitu:
- Daftar melalui aplikasi MySejahtera
- Daftar melalui pautan Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang dan
- Melalui talian hotline (1800-888-828)
Untuk saya sendiri, saya sudah daftar menggunakan MySejahtera dan juga telah daftar menggunakan Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang. alert-info
1. Cara Daftar Menggunakan Aplikasi MySejahtera
Anda masuk ke halaman utama aplikasi MySejahtera, kemudian klik pada "Vaksinasi COVID-19". Disini anda boleh daftar sebagai individu atau tambah tanggungang vaksinasi untuk ahli keluarga anda yang lain juga.
Kemudian sahkan informasi seperti Nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Jika lengkap, klik "Sahkan". Anda perlu menjawab beberapa soalan sebelum proses pendaftara selesai.
Jika sudah berjaya, akan dipaparkan tarikh pendaftaran dan susun alur bila janji temu akan dibuat sehinggalah selesai peroleh Sijil Digital dikeluarkan.
BACA LEBIH TERPERINCI : Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin COVID-19 Menggunakan Aplikasi MySejahtera
2. Daftar Menggunakan Sistem Imunsasi COVID-19 Pahang
Pergi ke pautan vaksin.pahang.gov.my/frmSemak dan buat semakan dengan masukkan nombor kad pengenalan anda. Jika "tiada" maklumat, sila daftar dahulu dengan klik pada "Daftar".
Disini anda perlu masukkan semua maklumat peribadi anda seperti nama penuh seperti dalam IC, alamat, nombor telefon, emel dan pelbagai lagi.
Pada bahagian "MySejahtera ID (MySJ ID)", anda boleh lihat pada aplikasi MySejahtera anda pada bahagian profile. Ianya merupakan nombor telefon yang anda daftar pada aplikasi MySejahtera anda tersebut. Jika sudah selesai, klik "Daftar"
Langkah seterusnya anda perlu jawab beberapa soalan berkaitan Maklum Balas Penerimaan Imunisasi COVID-19 Negeri Pahang terutamanya penting bagi ibu mengandung dan menyusu. Jika sudah selesai, klik "Hantar"
Pada bahagian ini, anda perlu semak segala butiran yang anda masukkan sebelum itu, pastinya ianya tepat. Jika ada perubahan boleh klik pada "Kemaskini". Jika sudah lengkap, klik "Hantar"
Akhirnya untuk pengesahan, anda perlu tick untuk mengesahkan dan tekan "Hantar"
Adalah lebih baik anda save atau cetak slip tersebut sebagai rujukan pada masa hadapan. Selesai!
3. Daftar Melalui Talian Hotline
Untuk cara ke-3 adalah melalui talian hotline. Anda boleh hubungi talian dibawah
1-800-22-8040
Isnin - Jumaat
8 pagi hingga 10 malam
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pusat Gerakan Imunisasi COVID-19 Negeri Pahang di talian:
0199741272 | 0194521272 | 0199141272 | 0192971272 |
---|---|---|---|
0194281272 | 0194971272 | 0194581272 | 0199971272 |
019381272 | 0199571272 |
atau boleh Whatsapp di 019-399 4429 atau klik sini
sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Post a Comment for "3 Cara Daftar Program Imunisasi COVID-19 (Vaksin) Untuk Negeri Pahang"
Post a Comment