Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Rakyat (Tanpa Caj Tambahan)
Pihak Tabung Haji sebelum ini telah memperkenalkan sistem pendeposit Tabung Haji melalui JomPay. Yang paling best, jika anda menggunakan JomPay, anda tidak perlu bayar caj tambahan RM1 seperti transfer bank sebelum ini.
Sebelum ini saya ada kongsikan cara menggunakan JomPay melalui beberapa bank iaitu Maybank dan Bank Islam. Kali ini saya nak kongsikan untuk menggunakan perbankan internet Bank Rakyat iaitu menggunakan iRakyat. Langkahnya hampir sama sahaja dengan bank-bank lain.
Contoh deposit TH tanpa caj tambahan RM1 |
Sebab ada yang tanya, saya cuba sediakan tutorial bersama gambar bagi pengguna Bank Rakyat. Jika anda menggunakan bank lain, boleh ikuti tutorial di pilihan Maybank dan Bank Islam ini. Tak perlu ke mesin ATM dah kan. Semua dibuat secara online sahaja.
Cara Guna JomPay Melalui Bank Rakyat Untuk Deposit Duit Ke Tabung Haji
Langkah 1) Pergi ke portal Bank Rakyat di www.irakyat.com.my kemudian klik Login > Personal Banking
Langkah 2) Kemudian Login seperti biasa dengan username dan password yang anda telah tetapkan
Langkah 3) Pada halaman utama, pilih "Payment"
Langkah 4) Kemudian klik pada "JomPay"
Langkah 5) Pada bahagian ini, ada 3 perkara penting yang anda perlu masukkan. Butiran adalah seperti berikut :
Biller Code - 60228
Reference 2 (Ref-2) - masukkan nombor akaun Tabung Haji anda (15-digit)
Amount - jumlah yang anda ingin deposit ke TH
Jika sudah lengkap, klik "Add"
Langkah 6) Akan terpapar nama "Lembaga Tabung Haji - Tabung haji-Deposit". Jika betul, tanda pada kotak I hereby agree... dan klik "Submit"
Langkah 7) Kemudian klik Request TAC, masukkan kod tersebut dan klik "Confirm"
Langkah 8) Akan dipaparkan status Successful jika deposit ke Tabung Haji berjaya
Proses transaksi melalui JomPay akan mengambil masa sehari. Jadi keesokannya baru anda boleh lihat duit anda telah berjaya di depositkan ke akaun Tabung Haji anda.
1 comment for "Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Rakyat (Tanpa Caj Tambahan)"