Dapatkan Disini Borang Permit Pergerakan PKPB Bagi Tujuan Rentas Negeri Atau Daerah
Bagi urusan rentas negeri atau daerah, anda perlu dapat kebenaran daripada pihak polis dengan menghantar borang permohonan iaitu borang permit PKPB. Anda tidak sewenang-wenangnya dibenarkan untuk pergi ke daerah atau negeri lain.
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaako sebelum ini dimana ada beberapa negeri akan bertukar status kepada PKPB dan PKPP dan ada juga negeri yang kekal dengan status PKP iaitu berkuatkuasa 19 Februari hingga 4 Mac 2021.
BACA : Pahang Antara Negeri Yang Akan Menjalani PKP Bermula 21 Januari Ini
PKP - Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor
PKPB - Sabah, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Perak, Melaka, Kedah, Labuan dan Putrajaya
PKPP - Perlis
Walaupun pertukaran status dan pelaksanaan bagi beberapa negeri, tetapi kebenaran rentas daerah dan rentas negeri masih lagi berkuatkuasa walaupun dari negeri PKP, PKPB atau PKPP sekali pun. Hanya kebenaran bergerak lebih 10km radius sahaja dibatalkan dan kini dibenarkan kepada semua. Selain itu juga, kapasiti penumpang di dalam kereta juga bukan lagi terhad 2 orang, tetapi mengikut kapasiti kenderaan tersebut.
Oleh sebab itu, jika anda ingin bergerak untuk rentas daerah atau negeri, anda perlu dapatkan borang permit pergerakan PKPB sebelum bergerak bagi memohon kebenaran daripada pihak polis.
Sebagai contoh, anda ingin bergerak dari Temerloh ke Kuantan (daerah), anda perlu borang permit atau bergerak dari Temerloh ke Selangor (rentas negeri Pahang) juga perlu borang permit tersebut.
Muat-Turun (Download) Borang Permit Pergerakan PKPB
Ikuti langkah dibawah untuk mohon kebenaran rentas negeri/daerah:
Langkah 1) Muat-turun Borang Permit Pergerakan PKPB di www.rmp.gov.my/borang-permit-pergerakan-pkpb atau save gambar dibawah
Langkah 2) Print dan isikan borang tersebut dengan lengkap dalam 2 salinan
Langkah 3) Hantar 2 borang tersebut yang telah lengkap di balai polis berhampirang untuk proses kelulusan beserta sekali dokumen-dokumen sokongan.
Perlu diingat bawah sebarang kelulusan adalah dibawah budi bicara Ketua Polis Balai berkenaan.
2 comments for "Dapatkan Disini Borang Permit Pergerakan PKPB Bagi Tujuan Rentas Negeri Atau Daerah"