5 Aksesori Tambahan Aku Beli Selepas Beli Laptop Baru

5 Aksesori Tambahan Aku Beli Selepas Beli Laptop Baru

Disini aku senaraikan 5 aksesori tambahan selepas aku beli laptop Microsoft Surface aku sebelum ini. Hampir kesemuanya digunakan untuk melengkapkan lagi penggunaan harian laptop tersebut. Ada juga digunakan untuk sampingan lain juga.

Baru-baru ni, kalau anda pernah baca entry sebelum ni, aku kongsikan aku beli Microsoft Surface Laptop 3 untuk self-reward sepanjang berkecimpung dalam dunia blogger dan penyampaian maklumat. Sebab ada rezeki lebih sikit, aku upgrade laptop yang pastinya lebih memudahkan kerja-kerja harianku. Boleh baca disini.

BACAAku Decide Beli Microsoft Surface Laptop 3 Untuk Reward Diri Sendiri

Tapi laptop tersebut, tidak didatangkan dengan aksesori tambahan. Ini bermakna, aku beli laptop, dapat laptop dan charger sahaja. Sedangkan ada beberapa perkara tambahan yang diperlukan untuk mengoptimumkan penggunaan.



Jadi disini, aku decide untuk beli 5 benda ni sebagai aksesori tambahan kepada sebuah laptop. Rasanya hampir semua sesuai dengan apa jua jenama laptop dan mungkin aksesori penting untuk setiap laptop. Jom kita tengok.

Senarai Aksesori Tambahan Kepada Sebuah Laptop Yang Aku Beli

Mungkin ada lagi beberapa aksesori penting, tapi setakat ini, hanya 5 benda ini sahaja dibeli. Jika berminat, disediakan juga pautan pembelian dimana tempat aku beli sebelum ini terutamanya di Shopee.

1)  Bag Laptop

Bag Laptop

Kalau dulu, beli laptop baru, biasanya boleh dapat bag laptop sekali. Atau mungkin ikut jenama dan kedai kot. Untuk kali ni dah tiada. Jadi aku kena beli juga bag laptop yang sesuai dengan saiz laptop iaitu sebesar 14-inci sahaja dan mudah dibawah kemana-mana sahaja. Jadi aku beli bag OEM tiada jenama tetapi berkualiti dan sangat cantik rekaannya. Banyak compartment, warna hitam dan siap kali air lagi. Selain itu ada disediakan ruangan USB, boleh sambungkan powerbank dari dalam bag je. Harga pun RM15 masa aku beli tu. Memang murah la kan.

Info lanjut, boleh dapatkan di pautan Shopee disini Shopee/button alert-info

2)  Mouse

Mouse

Seterusnya, aku beli tetikus atau mouse baru juga jenama Microsoft. Kelebihannya, mudah disambungkan dengan hanya menggunakan bluetooth sahaja tanpa menggunakan receiver. Mempunyai ciri slide atas/bawah dan kiri/kanan. Untuk on kan, anda perlu kepakkan sahaja mouse tersebut. Teknologi terbaru juga la dan pastinya sedikit mahal.

Aku perlukan juga sebuah mouse selain menggunakan touchpad sedia ada. Sebab perlu buat design di affinity. Jadi menggunakan mouse pastinya lebih cantik dan lebih cepat. Aku beli Microsoft Surface Ar Mouse dengan harga RM288 ketika itu. Sebenarnya boleh je cari arc mouse jenama lain yang lebih murah

Info lanjut, boleh dapatkan di Shopee Shopee/button alert-info

3)  Mousepad

Mousepad

Aku dah ada mousepad lama atau alat mouse ni. Tapi tiba-tiba terfikir apa kata buat custome design atas mousepad menggunakan logo blog ni. Logo dah tempah mahal-mahal kan. Mesti kena abadikan dalam bentuk hard copy juga kan. Jadi terfikir untuk buat custome mousepad dengan harga RM5 je weh

Info lanjut, di Shopee Shopee/button alert-info

4)  USB Adapter

USB Adapter Tambahan

Ini antara benda penting untuk laptop Surface aku ni. Ini kerana, pada laptop ini hanya terdapat 1 port USB-A dan 1 port USB-C sahaja. Jadi aku perlu tambahan sekurang-kurangnya 2 lagi. Jadi aku beli USB adapter tambahan dengan 4 USB-A 3.0, dan 1 Micro USB. Beli yang original, baru laju

Info lanjut di Shopee Shopee/button. Ini pula untuk adapter mempunyai HDMI Port Shopee/button alert-info



5)  Headphone

sony wh-1000xm4

Akhir sekali, aku beli headphone jenama Sony WH-1000XM4. Kebetulan ketika itu, ada sale dan harganya bawah RM1000, memang grab terus la. Antara headphone terbaik yang pernah aku dengar dari segi semua perkara terutamanya noise cancelling. Kemudian pair pula dengan laptop yang masing-masing menggunakan bluetooth 5.0 yang pastinya lebih stabil dan jauh sambungannya. Sangat berbaloi.

Tapi rasanya, aksesori ini tidak la penting kepada sebuah laptop baru. Jadi ianya pilihan sebenarnya. Tapi sebab aku memang dah target untuk beli bagi kegunaan handphone dan laptop, beli la juga.

Boleh beli di Shopee Shopee/button alert-info

Jadi itulah antara aksesori tambahan yang aku beli bagi melengkapkan laptop baru aku tersebut. Menjadikan ianya lebih produktif dan optimize. Jadi kalau korang beli laptop, korang beli aksesori apa? Cuba kongsikan di ruang komen

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

7 comments for "5 Aksesori Tambahan Aku Beli Selepas Beli Laptop Baru"

Comment Author Avatar
terbaik... semoga semakin bersemengat dalam dunia blog.
Comment Author Avatar
murah gila custom-made mouse pad tu! selalu yg berkaitan custom-made harga mahal bukan mainn