Saksikan Drama Rahimah Tanpa Rahim Di TV3 ( Slot Akasia)

Saksikan Drama Rahimah Tanpa Rahim Di TV3 ( Slot Akasia)

Drama ini sedang tular di media sosial. Drama Rahimah Tanpa Rahim akan memenuhi slot Akasia TV3 bermula 22 Januari ini bagi menggantikan drama Bidadari Salju yang tamat pada khamis ini.

Sejak poster drama Rahimah Tanpa Rahim ini dikongsikan di media sosial beberapa hari yang lalu, pelbagai riaksi diluarkan oleh nitizen terutamanya tajuk drama itu sendiri. Ada yang mempersoalan tajuk drama, memberikan tajuk drama dengan nama lain dan ada juga kongsikan disebalik tajuk drama tersebut.

BACA : Saksikan Drama Bidadari Salju Di TV3 (Slot Akasia) Dan Melalui Aplikasi WeTV

Secara asasnya, drama ini mengisahkan seorang wanita yang betul-betul hidup tanpa rahim yang dikenali sebagai Sindrom MRKH. Situasi dimana, seorang wanita dilahirkan tanpa uterus atau rahim, jadi dia tidak datang bulan dan tidak boleh mengandung. 

Jadi dalam drama ini, Puteri Aishah akan membawa watak tersebut dan sedikit sebanyak dapat membuka mata kita sekali gus memberikan kita gambaran bagaimana golongan ini hidup bersama komuniti.

Tayangan : 28 episod di slot Akasia TV3 dan aplikasi iQIYI
Pengarah : Eoon Suhaimi
Skrip : Tommy Loh, Puovin Sandera dan Kreatis Medialoka
Penerbit : Jalena Rejab dan Syawal Aiman
Terbitan : Country Universal Sdn. Bhd.
Pelakon : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina Amir Sharipuddin, Mustaqim Bahadon, Hafidz Roshdi, Sera Melissa, Diana Dee, Che Kem dan ramai lagi.

Saksikan Drama Rahimah Tanpa Rahim Di TV3 ( Slot Akasia)

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

Drama Rahim Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Berikutan hasutan dan penipuan daripada adiknya, Rozana (Sera Melissa), Rahimah selalu dipersalahakan dan dibenci oleh ibubapanya serta sering ditimpa malang. 

Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan mengikut suaminya pulang ke bandar. Dalam masa yang sama Nurul (Ezzaty Abdullah) juga cintakan Jauhar dan hanya menganggap Ramzi (Mustaqim Bahadon) sebagai kawan rapat yang boleh untuk mengadu segala masalahnya.

Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. 

Oleh itu, dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul. Akhirnya, Jauhar dijodohkan dengan Nurul. Namun timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah supaya Rahimah berpisah dengan Jauhar. Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah.

Saksikan Drama Rahimah Tanpa Rahim Di TV3 ( Slot Akasia)

Saksikan Drama Rahimah Tanpa Rahim Di TV3 ( Slot Akasia)

Waktu Siaran

Bermula 22 Januari 2021, jangan lupa saksikan drama Rahimah Tanpa Rahim yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di slot Akasia TV3. Anda juga boleh saksikan secara online di website www.iq.com atau aplikasi iQIYI secara percuma sejuru selepas habis tayangan di tv (pukul 8 malam)

Tonton Drama Rahimah Tanpa Rahim (Semua Episod)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15

Episod 16 | Episod 17 | Episod 18

Episod 19 | Episod 20 | Episod 21

Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27

Episod 28 (Akhir)

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Saksikan Drama Rahimah Tanpa Rahim Di TV3 ( Slot Akasia)"