PM Umumkan PKP Di 6 Negeri Bermula Rabu (13 Hingga 26 Januari 2021)

PM Umumkan PKP Di 6 Negeri Bermula Rabu (13 Hingga 26 Januari 2021)

Berita yang berlegar sejak jumaat lagi, hari secara sah, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) aka PKP 2.0 bermula Rabu iaitu 13 hingga 26 Januari 2021 (untuk tempoh 14 hari).

Walaubagaimanapun pelaksanaan PKP ini hanya melibatkan 6 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Melaka.

Manakala 6 negeri lagi - Pahang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak dibawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan 2 negeri (Perlis dan Sarawak) kekal dibawah PKPP.

PM Umumkan PKP Di 6 Negeri Bermula Rabu (13 Hingga 26 Januari 2021)

Sepanjang tempoh PKP ini, bagi sektor ekonomi, Kerajaan hanya membenarkan 5 sektor untuk beroperasi yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (essential economic sector) iaitu pengilangan & pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan & pengedaran dan perladangan & komoditi. 

Kebenaran Rentas Negeri Dan Daerah

Dengan arahan yang dikeluarkan, kesemua negeri dibawah arahan PKP tidak dibenarkan untuk rentas negeri dan daerah manakala negeri-negeri dibawah PKPB dan PKPP dibenarkan untuk rentas daerah tetapi tiada rentas negeri.

BACA : PKP Dilaksanakan Bermula 18 hingga 31 Mac 2020 Di Seluruh Malaysia

Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini,  operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. 

Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja. Ianya bagi bertujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan. Hanya 2 anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama dalam satu-satu masa.

Segala SOP akan diperincikan oleh pihak MITI dalam masa terdekat.

Tindakan ini dibuat berikuta kes jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan 4 angka setiap hari. Jadi pelaksanaan PKP ini bertujuan bagi membendung penularan menjadi lebih teruk.

Tapi nasib baik di Pahang hanya dibawah arahan PKPB sahaja. Tetapi kini adalah lebih Just Stay At Home!

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

2 comments for "PM Umumkan PKP Di 6 Negeri Bermula Rabu (13 Hingga 26 Januari 2021)"