Cara Ketahui Turun Naik Harga Barangan Di Platform Shopee Dan Lazada
Sebenarnya, anda boleh ketahui turun naik harga barangan yang ada di Shopee dan Lazada untuk tempoh 3-6 bulan sebelum ini. Jadi dalam tempoh tersebut, kita boleh tahu atau track barang tersebut pernah naik harga atau harga sudah turun.
Jika anda sudah target sesebuah barangan di Shopee atau Lazada pada awal harga murah tetapi dalam beberapa minggu tetapi harganya naik. Tapi lebih tak best, semasa sale, harga barang naik tapi dia beri diskaun turun ke harga asal.
BACA : Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini
Jadi bagi menjadikan kita pengguna yang bijak dan tidak tertipu dengan tektik sedemikian. Sebenarnya ada cara untuk kita semak atau check harga barang tersebut pernah naik atau turun dalam masa 3 ke 6 bulan sebelum.
Cara Semak/Check Turun Naik Harga Di Shopee Dan Lazada
Cara ini setakat ini hanya boleh digunakan di desktop, laptop atau pc sahaja. Tidak boleh digunakan di telefon pintar atau mana-mana peranti mudah alih.
Pastikan anda menggunakan browser Google Chrome. Caranya adalah dengan install extention google chrome. Ikuti cara dan langkah seperti dibawah:
Shopee : AliPrice Shopping Assistant For Shopee
Lazada : AliPrice Shopping Assintant For Lazada
Anda klik pada pautan diatas, kemudian tekan "Add to Chrome". Kemudian klik "Add extention". Biarkan ianya ter install secara sendiri. Selesai bahagian installation.
Cara Track Harga Di Shopee
Langkah seterusnya adalah cara nak gunakan extention ini untuk tahu harga barangan tersebut pernah naik turun sebelum ini.
Buka sahaja laman Shopee di www.shopee.com.my kemudian search apa-apa sahaja barangan yang anda mahu. Sebagai contoh, saya nak tahu harga Sony WH1000XM4 ni pernah naik atau turun harga ke tidak.
Jika sudah jumpa, anda klik sahaja pada logo price pada kiri bawah dan akan dipaparkan track harga untuk tempoh 3-6 bulan sebelum.
Melalui harga tersebut, harga paling tinggi adalah RM1599. Kemudian pernah turun RM1199 sehingga sekarang dan paling rendah pernah turun sekitar RM1079. Itulah untuk cara-cara barangan pun.
Cara Track Harga Di Lazada
Cara ini digunakan untuk di platform Lazada iaitu di www.lazada.com.my dan kemudian anda cara barang yang anda mahu ketahui harga barangan dia sebelum ini. Ada naik atau turun?
Sebagai contoh, saya nak tengok harga Nintendo Switch Neon. Anda klik pada logo price dibawah kiri. Kemudian akan dipaparkan track harga untuk tempoh 3-6 bulan sebelum.
Jika dilihat, ianya pernah naik kepada RM1429, kemudian turun pada Oktober ke RM1398 yang merupakan terendah setakat ini.
Jadi boleh la sambung shopping 11.11 kemudian 12.12 dan seterusnya nanti.
sumber : hellokerja
2 comments for "Cara Ketahui Turun Naik Harga Barangan Di Platform Shopee Dan Lazada"