Pengalaman Bercuti Di Genting Highland Setelah Lama Tak Jejakkan Kaki Di Puncak
Rasanya kali terakhir aku sampai ke puncak Genting Highland adalah waktu waktu belajar, mungkin dalam 6-7 tahun lepas. Jadi untuk tahun 2020 ni, barulah merasa sekali lagi sampai di puncak Genting Highlang dan datang untuk bercuti semata-mata.
Sebelum ini, aku ada kongsikan dimana tempat penginapan yang aku ambil bersama keluarga adalah di Windmill Premium Suites yang berada di kawasan Gohtong iaitu jauh lagi daripada puncah Genting itu sendiri. Duduk dibawah lebih banyak pilihan untuk makan atau tempat-tempat menarik lain. Lagi pun nak naik atas kan ada Cable Car, tak perlu driving pusing-pusing pun.
Jadi aku dan keluarga datang sini untuk bercuti sambil merasai cuaca yang sedikit sejuk daripada di bawah terutamanya waktu malam. Jadi di Genting Highlang, tarikan utama adalah di Sky Avenue untuk shopping, Skytropolis Indoor Theme Park dan Genting Premium Outlet disamping merasai pengalaman menaiki gondola kereta kabel.
BACA : Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia
Kami datang pada hari Ahad dan orang tak ramaip un dan tak perlu beratur pun masa nak naik gondola cable car. Inilah kelebihan datang bukan hujung minggu. Avoid crowd supaya mudah patuhi SOP semasa musim COVID-19 ni kan.
Merasa Naik Kereta Kabel, Genting Skyway
Rasanya ini adalah tarikan utama kami bila datang di Genting sebelum ini iaitu nak naik kereta kabel. Anda boleh naik Genting Skyway ini di 3 destinasi iaitu di GPO (Gohtong Jaya), Chin Swee Temple dan juga Sky Avenue. Tapi stesen Chin Swee Temple tutup pukul 8 malam manakala kedua stesen lain tutup pukul 12 malam.
Anda boleh dapatkan tiket Cable Car dengan harga RM9/sehala untuk dewasa manakala RM16 untuk pergi balik. Anda boleh beli di kaunter, kiosk tiket atau secara online di Shopee dan Klook.
Pada hari tersebut, kami naik di GPO dan parking kereta di sana dengan rate RM3/sejam. Jadi anda boleh atur perjalanan, bila nak naik dan bila nak turun.
Perjalanan kereta kabel mengambil masa 10 minit bermula daripada GPO sehingga ke puncak Sky Avenue. Dalam masa perjalanan tersebut, anda boleh la nikmati pemandangan alam semula jadi daripada tempat tinggi. Kami naik sebelum gelap, jadi masih dapat lagi lihat view Genting Highland.
Skytropolis Indoor Theme Park
Dapatkan Tiket Skytropolis dengan harga lebih murah di Shopee
Jadi jika anda akan mendarat di tingkat 3 (kalau tak silap) di Sky Avenue. Untuk pergi ke Skytropolis Indoor Theme Park, anda perlu turun ke tingkat bawah, barulah sampai. Benda wajib sampai sini bukan main permainan sebenarnya tapi adalah bergambar di depan pintu gerbang dia je.
Cakap jujur, main permainan disini agak pricey sikit. Kalau nak murah, mungkin boleh dapatkan pakej melalui Shopee atau Traveloka atau mana-mana syarikat yang menawarkan promosi.
Biasanya harga satu permainan lebih daripada RM10, jadi kalau dah main 5 permainan dah RM50 kan. Better anda beli pakej lebih jimat dan boleh main banyak permainan.
Antara permainan yang disediakan adalah Jumping Spurs, Loop de Loop, Boo Boo Bump, Ride ‘Em Round, Skyscraper, Tea Cups, Bumper Boss, Sky Towers dan banyak lagi. Boleh tengok senarai penuh di Resort World Genting.
Outdoor Theme Park tak siap lagi tau, tak tahu la bila siap. Tak boleh main roller coaster lagi la sambil sejuk-sejuk.
Boleh la jalan-jalan sekitar sini untuk shopping ke, cuci mata, dan sebagainya. Jika dah sampai puncak, mesti nak merasa cuaca sejuk ala oversea kan. Lagi-lagi kalau waktu malam. Sebenarnya untuk keluar daripada Sky Avenue agak rumit, dia tiada pintu khas keluar masuk. Jadi kalau anda nak keluar, better tanya pekerja di sana je, mereka akn tunjuk.
Tapi untuk awal, kalau anda nak keluar dan nikmati udara segar dari puncak Genting, anda perlu masuk Skytropolis Indoor Theme Park dan jalan terus sampai hujung dan belok kiri. Kemudian anda akan jumpa esclator dan panjatlah sampai ke tingkat atas dan barulah jumpa pintu keluar masuk. Dari situ, boleh la nak acah-acah sejuk oversea sikit. Masa aku datang malam tersebut, cuaca sekitar 20°C. Boleh la kan.
Selain daripada indoor games, ada the void, big top video games, snow world, genting bowl, live entertainment dan banyak lagi. Boleh explore sendiri. Besar tempat tu.
Jadi kami kena turun ke Gohtong sebelum pukul 12 tengah malam, jadi kami turun jam 9 malam. Kami berada di sana kurang lebih 3 jam sahaja. Penat juga jalan. Jadi kami ambil Kereta Kabel dan terus turun GPO. Dah sampai bawah, barulah cari makan dan pulang ke tempat menginap lebih kurang pukul 10.
Cari Bunga Di Genting Strawberry Leisure Farm
Hari terakhir sebelum pulang, singgah di Genting Strawberry Leisure Farm. Masuk RM15 seorang. Tarikannya lebih kepada bunga-bunga dan strawberry je la. Jadi masuk sini, boleh la tangkap gambar dan bunga-bunga. Mak-mak suka la sini. Sekadar meneman sahaja.
Pekerja sini cakap, nak tengok strawberry, datang bulan November ke atas kot. Masa aku datang, strawberry baru nak bercambah. Sedih.
Dah settle sini, barulah pulang ke tempat asal. Sekian...
4 comments for "Pengalaman Bercuti Di Genting Highland Setelah Lama Tak Jejakkan Kaki Di Puncak"