Singgah Minum Di Tanah Aina Fareena Cafe & Resturant Dengan Disajikan Pemandangan Indah
Kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, kalau nak chill dan lepak sekejab, anda boleh berhenti di Tanah Air Fareena Cafe & Restaurant, Bentong. Disajikan pula dengan pemandangan yang cantik dan indah.
Siapa sangka sebenarnya di tepi highway KLK tersebut sebenarnya ada sebuah restoren yang cantik. Secara jujur, aku ingatkan ianya adalah kolam pancing ikan yang biasanya dalam keadaan gelap yang hanya disajikan lampur kalimantang yang banyak di tepi jalan. Rupanya ianya adalah sebuah kafe & restoren yang sangat cantik dengan pemandangan.
Restoren ni nyaman je tau. Tak dengar pun bunyi kereta di highway sebaliknya bunyi alirang sungai je. Best kot
Lokasi Tanah Aina Fareena Cafe & Resturant
Jika anda memandu menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) daripada Kuala Lumpur, anda akan jumpa sebuah exit sebelum 2 buah Shell Bentong dan jika anda memandu daripada Temerloh, anda akan jumpa selepas 2 Shell Bentong tu la. Lokasi restoren adalah betul-betul tepi lebuhraya.
Jika anda dari KL, anda perlu parking di seberang Lebuhraya untuk pergi ke restoren tersebut. Anda perlu jalan kaki dan melalui Bridge Under The Bridge. Anda perlu berjalan kaki dibawah highway untuk sampai ke restoren tersebut. Manakala jika anda dari Temerloh, anda boleh parking terus di restoren tersebut dan terus sampai.
Nasihat aku, pergi la cuba jalan kaki melalui Bridge Under The Bridge. Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan hidupan hijau dan laluan sungai serta bunyi air yang mengalir. Berjalan atas jambatan tu pun dah best tau.
BACA : Nasi Air Paling Padu di Temerloh
BACA : Nasi Air Paling Padu di Temerloh
Tanah Aina Fareena Cafe & Resturant, Bentong beroperasi seawal 8.30 pagi sehingga tengah malam. Jadi ada menu breakfast pada pagi dan pelbagai masakan pada waktu tengah hari, petang sehinggalah malam.
Pemandangan Nan Indah
Aku nasihatkan anda datang di Tanah Aina Fareena Cafe & Resturant pada waktu petang sebelum gelap. Barulah anda boleh nikmati semua pemandangan dan kawasan dengan tenang dan pastinya tangkap gambar.
Bayangkan sungai mengalir di sebuah restoren. Anda boleh lihat daripada tempat anda chill dan lepak. Anda boleh main air sungai yang mengalir dibalik batu. Anda boleh lepak di bawah pepohon redup sambil menghitrup secara kopi dan pelbagai lagi.
Katanya boleh mandi, tapi kenalah makan dulu di restoren tu kan.
Selain itu, deko restorennya tampak mewah dan selesa. Memang kalau datang, nampak eksklusif la. Ruang makan pun banyak disediakan. Jangan risau kalau tak cukup meja.
Makanan Dan Minuman Disediakan
Disebabkan ianya nampak mewah, makanan dan minumannya sedikit mahal dan rasanya ianya sesuai dengan keadaan dan taraf restoren tersebut. Katanya disini tiada makanan atau minuman special pun, jadi anda bebas untuk pesan apa-apa menu yang anda mahu.
Sebelum ini, parents aku sempat cuba Laksa Penang dan Sup Cendawan bersama roti. Laksa dan sup sedap, recommended. Boleh cuba. Portion pun banyak Aku sempat cuba Teh Aina Shot dengan harga RM13. Rasa biasa je, tapi bestlah minum panas-panas sambil nikmat pemandangan alam semula jadi.
Sebelum ini, parents aku sempat cuba Laksa Penang dan Sup Cendawan bersama roti. Laksa dan sup sedap, recommended. Boleh cuba. Portion pun banyak Aku sempat cuba Teh Aina Shot dengan harga RM13. Rasa biasa je, tapi bestlah minum panas-panas sambil nikmat pemandangan alam semula jadi.
Fasiliti Disediakan
Ada tempat untuk anda turun ke sungai untuk rendam kaki dan main air. Selain itu, tandas juga disediakan iaitu di jambatan masuk dan juga di restoren tersebut. Ruang solat, surau juga disediakan secara terbuka.
Secara jujur, aku tak tahu pun kewujudan Tanah Aina Fareena Cafe & Resturant di kawasan tersebut. Bila sampai pula, disajikan dengan pemandangan alam semulajadi dengan aliran sungai. Sumpah cantik tempat ni. Ada pokok durian sekali tau kat situ. Makanan pula, sedap dan bukanlah special pun disini.
Jadi, kalau anda betul-betul nak lepak dan chill sekejan selepas penat memandu tapi taknak stop di R&R, anda boleh datang sini. Sure tak menyesal punya la. Datang masa terang tau, baru boleh tengok pemandangan.
Jadi, kalau anda betul-betul nak lepak dan chill sekejan selepas penat memandu tapi taknak stop di R&R, anda boleh datang sini. Sure tak menyesal punya la. Datang masa terang tau, baru boleh tengok pemandangan.
5 comments for "Singgah Minum Di Tanah Aina Fareena Cafe & Resturant Dengan Disajikan Pemandangan Indah"