Port Ikan Patin Sedap, Kancil Raja Patin Temerloh Bakal Ditutup?

Port Ikan Patin Sedap, Kancil Raja Patin Temerloh Bakal Ditutup?

Beberapa hari ini, kalau orang Temerloh mungkin perasan dimana salah satu tempat makan terkenal ikan patin tempoyak, Kancil Raja Patin Temerloh akan ditutup. Betul ke ni?

Lebih yakin lagi apabila pengumuman ini dibuat sendiri melalui facebook rasmi mereka Kancil Raja Patin dan melalui laman sosial media mereka juga. Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan, KRP meminta maaf kerana kedai mereka akan ditutup tidak lama lagi. 

Jadi adakah lepas ini di Temerloh kurangnya satu port ikan patin tempoyak di sana?

Temerloh kini sudah terkenal dengan masakan ikan patin tempoyak ditambah lagi dengan beberapa restoren yang sudah menjadi tempat wajib kepada orang luar terutamanya untuk makan patin. Jika di Temerloh, anda boleh cuba beberapa tempat menarik seperti Pot Ghodong, Gobang Maju, Patin Bangau, Kancil Raja Patin dan banyak lagi.

BACAAntara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

Port Ikan Patin Sedap, Kancil Raja Patin Temerloh Bakal Ditutup?

Kancil Raja Patin ini antara port yang selalu disinggah oleh rider daripada luar Pahang. Mereka sanggup datang dari jauh untuk makan ikan patin disini.

Kancil Raja Patin Bakal Ditutup?

Kancil Raja Patin mengandungi tarikan yang tersendiri apabila anda datang sini antaranya adalah satu-satunya restoren ikan patin yang betul-betul berada di tebing tepi Sungai Pahang. Sambil makan, boleh hayati pemandangan sungai. Secara jujurnya, aku sebagai orang Temerloh boleh bagi tahu patin tempoyak di Kancil Raja Patin adalah yang tersedap antara tempat lain. Boleh cuba sendiri datang "kalau ada lagi".

Berita penutupan ini berlegar dalam tempoh seminggu sebelum ini dan sehinggalah diumumakn sendiri melalui facebook mereka beserta kenaikkan billboard yang tertulis

"Maaf Sampai Disini Sahaja, Kancil Raja Patin Bakal Ditutup"

Port Ikan Patin Sedap, Kancil Raja Patin Temerloh Bakal Ditutup?

Kenapa ianya ditutup?

Menurut perkongsian sendiri daripada 3 beradik sebagai pengusaha, sebenarnya Kancil Raja Patin terpaksa ditutup disebabkan hakisan tanah yang sedang berlaku di tebing sungai tersebut. Demi keselamatan pelanggan, restoren ini terpaksa ditutup dan dibawa ke tempat lain. Itulah antara yang dimaklumkan oleh mereka.

Restoren ini perlu ditutup dan sementara mendapatkan lokasi baharu yang lebih selamat, lebih selesa dan pastinya memberikan kepuasan kepada pelanggan yang datang sama ada dari Temerloh atau luar Temerloh. 

Sepertinya, setakat ini mereka masih lagi belum tentukan bila ianya ditutup dan dimana lokasi baharu mereka. Jika sudah jumpa, mereka akan update menerusi laman sosial mereka.

Jadi kalau anda datang dari luar jauh, sebaiknya anda hubungi dahulu pihak pengerusan KRP di talian 013-886 6164  untuk ketahui update terbaru pada kedai mereka. Takut datang dari jauh, tiba-tiba dah tutup. 

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

8 comments for "Port Ikan Patin Sedap, Kancil Raja Patin Temerloh Bakal Ditutup?"

Comment Author Avatar
semoga dapat tempat yang lebih selamat dan strategik..
Comment Author Avatar
owh mmg bahaya tu tepi sgt dengan tebing. hope peminat restoran ni sabar menanti lokasi baru. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html
Comment Author Avatar
Nampak sedap ikan patin tu.. Macam tak sempat je Dina nak cuba
Comment Author Avatar
semoga dpt jumpa tempat baharu yg selamat dan sesuai.
Comment Author Avatar
fuh seram tengok gambar. memang molek kalau dipindahkan ke kawasan baru demi keselamatan
Comment Author Avatar
tak sempat nak singgah dah tutup.. kene lah tunggu tempat yang baru
Comment Author Avatar
Tak pernah singgah makan sini biasa dengar citer jer...
Semoga owner akan teruskan bisnes mereka ditempat lain yang lebih selamat.
Comment Author Avatar
kedai patin bangau tu akak biasa makan masakan patin tempoyaknya, sebab anak owner tu se pejabat dengan akak... jadi bila dia nak balik kampung dia amik oder siap2...
kancil raja patin ni akak tak pernah try lagi tp kan terkenal mesti sedap... akak dah agak dh mesti dia akan buka tempat lain, sayang kalau di tutup sebab ramai pelanggan setia