Bermalam Di Windmill Premium Suites Dihujung Minggu Bersama Keluarga

Bermalam Di Windmill Premium Suites Dihujung Minggu Bersama Keluarga

Punya lama dah tak bermalam di Genting Highland ni rupanya. Last mungkin masa zaman universiti dulu. Jadi baru-baru ini aku bersama keluarga sempat bermalam semalaman di Windmill Premium Suites dihujung minggu.

Jadi perkongsian kali ini, aku lebih fokuskan kepada perkongsian pengalaman bermalam dan menggunakan khidmat penginapan disini sahaja. Ini kerana, tujuan kami bercuti disini adalah untuk merasai pengalaman di Genting Highlang, jadi Windmill Premium Suites inilah menjadi inapan kami untuk 2 hari 1 malam.

bermalam windmill premium suites genting highland

Genting Highland ini kelebihan kepada warga Temerloh dan Kuala Lumpur adalah kerana destinasinya tidak terlalu jauh. Kalau kami dari Temerloh, ambil masa kurang lebih 1 jam sahaja untuk sampai di kawasan Gohtong tersebut manakala dari Kuala Lumpur, tak sampai 15 minit pun dah sampai kan, tetapi ianya masih kawasan Pahang keh.

BACA10 Homestay Yang Berada Di Sekitar Masjid Viral, Masjid Temerloh Jaya

Jika anda ingin bercuti di Genting Highlang, anda mempunyai 2 pilihan untuk bermalam di sana iaitu bermalam di puncak Genting itu sendiri atau dikawasan Gohtong iaitu lebih kurang 10 minit dari kawasan R&R Genting Sempah tu.

Kelebihan Bermalam di Gohtong, Genting Highland

Selepas dapat pandangan, kami decide untuk bermalam di Gohtong sahaja kerana beberapa sebab. Anda tidak perlu memandu berpusing-pusing sehingga 7-8 km lagi untuk sampai ke puncak Genting. Selain itu, kawasan Gohtong senang dapatkan kedai makanan halal dan pastinya lebih murah berbanding di puncak. Yang penting sekali, boleh naik kereta kabel daripada sini, tak jauh pun. Jadi inilah antara kenapa kami pilih untuk bermalam di kawasan lebih bawah berbanding di puncak.

bermalam windmill premium suites genting highland

Di kawasan Gohtong ini terdapat beberapa pilihan inapan yang anda boleh cuba dan mempunyai kelebihan masing-masing. Kami mencari inapan yang mempunyai 2 bilik tidur dan pastinya hanya apartment yang dapat menyediakan perkara itu selain daripada hotel.

Selain itu, di Gohtong ini masih sejuk la juga, lagi-lagi masa malam dan pagi. Lepak malam sedap je, sejuk la dari di dibawah.

Menginap Di Windmill Premium Suites

Jadi kami pilih Windmill Premium Suites bersama 2 bilik tidur. Jika anda berminat, anda boleh buat tempahan di Agoda Windmill Premium Suites dan kami dapat harga RM169 sebelum tambahan cukai. Harga adalah bergantung kepada hari anda tiba. Kami bermalam di sana pada hari Ahad hingga Isnin

windmill genting highlang premium suites

windmill genting highlang premium suites

Untuk pengetahuan, hotel di Genting Highland mahal pada Jumaat dan Sabtu, murah pada Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis dan sederhana mahal pada hari Ahad. Jadi buat keputusan dengan bijak.

Kami bercuti pada hari Ahad kerana tidak mahu bertembung dengan ribuan manusia yang akan naik ke Genting Highland menaiki Cable Car atau bersesak-sesak di Genting Premium Outlet.

Jika anda buat tempahan di Agoda, anda akan diberi arahan daripada tuan rumah melalui Whatsapp. Jadi segala peraturan dan tatacara Check-In, penunjuk arah dan sebagainya, boleh rujuk Whatsapp tersebut.

Untuk proses Check-In, kami perlu pergi ke bangunan GEO 38 Residence sebuah bangunan berhadapan yang tidak jauh dari bangunan Windmill kami. Selepas dapatkan kunci, ikut segala arahan untuk proses parking kereta, naik lift sehinggalah ke bilik penginapan. 1 bilik, 1 kereta tau. Bawa kereta lain kena caj parking RM10 sehari.

bermalam windmill premium suites genting highland

Kami dapat bilik menghadap kawasan pembangunan baru dan dapat lihat juga puncak Genting Highland daripada bilik. Jadi ok la juga. Bilik kami mempunyai 2 bilik tidur dengan masing-masing katil queen kecil, 2 bilik air, 1 ruang tamu, 1 balkoni dan 1 kawasan dapur. Jadi bagi aku, lengkap sebagai sebuah rumah untuk bermalam seramai 5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. 

Anda boleh masak disini, ada disediakan mesin basuh, ada meja makan, ada peti ais dan disediakan juga microwave. Senang cerita, fully furnish la.

windmill genting highlang premium suites

windmill genting highlang premium suites

windmill genting highlang premium suites

Windmill Premium Suites ni yang bestnya, kolam mandi disediakan di puncak bangunan iaitu pada tingkat 40. Daripada sini, anda boleh nampak seluruh kawasan Gohtong, GPO dan juga boleh nampak puncak Genting Highland dengan jelas. Pemandangan sangat cantik dan memukau, lagi-lagi jika waktu cerah.

Tapi aku nak ingatkan kepada yang akan bermalam disini dan juga pihak Management kalau terbaca. Anda boleh sediakan SOP dengan hadkan orang ramai berada di Tingkat 40 tetapi sila buat sistem booking. Ini kerana kami terpaksa beratur di bawah di tempat tunggu yang panas dengan anak-anak menunggu giliran. Kalau ada sistem booking, sekurang-kurangnya kami tak perlu beratur di situ. Sini spoil sikit la. Yang lain ok je.

Di tingkat 40 ni, disediakan kolam mandi kanak-kanak, kolam dewasa, jakuzi, gimnasium dan sauna. Jadi boleh rehatkan badan dan sejukkan badan disini. Disini juga terdapat sebuah anjung berbentuk piramin dan sangat cantik. Cadangan aku, datang sini dan cari spot ini untuk tangkap gambar. Sumpah cantik macam dalam gambar.

windmill genting highlang premium suites

Secara keseluruhan menginap selama 2 hari 1 malam di Windmill Premium Suites adalah sebuah pengalaman baik dan menarik kecuali kena beratur tunggu nak pergi kolam mandi tu sahaja. Jika tanya aku, aku recommend untuk bermalam disini jika datang ramai dan mahukan kemudahan yang disenaraikan diatas. Jadi selamat bercuti di Genting Highlang.

Nanti aku cerita aktiviti di Genting Highlang pula...

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

7 comments for "Bermalam Di Windmill Premium Suites Dihujung Minggu Bersama Keluarga"

Comment Author Avatar
Dina tidak pernah bermalam di Genting. Sebab rumah Dina dekat sangat dengan Genting. Tapi cantiknya tempat ini!
Comment Author Avatar
Teringin nak ke Genting. Cuma masa je belum sampai
Comment Author Avatar
setuju dengan aiman, waktu2 pendamik ni kita kena bijak memilih masa dan lokasi yang sesuai untuk bercuti, belum pernah bermalam di GH selalu day trip sebab tak jauh dari rumah kak AJ, mungkin boleh try sini one day dan yes betul Gohtong lebih murah makan dari puncak. Nice sharing aiman :)
Comment Author Avatar
Cantiktempat ni..dh brp kali rancang nak ke genting tapi masih tak jadi
Comment Author Avatar
Lama tak pergi Genting. Cantik tempat penginapan.
Comment Author Avatar
dah lama tak ke genting... last pergi rasanya dalam 4-5 tahun lepas
Comment Author Avatar
boleh cuba menginap kt kawasan gohtong pulak. Sisyat pergi juga ituhari. tapi kat puncak. hotel baru kot. gloria residents tu..