Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Ada yang tanya saya, cara untuk pasang iklan Google Adsense jenis Link Ads di blog. Jadi sini saya sediakan tatacara dan tutorial untuk pemasangan tersebut. Langkahnya tidak rumit pun.

Sekarang untuk tahun 2020 banyak cara untuk peroleh pendapatan sampingan melalui internet dan antaranya adalah melalui pengiklanan Google Adsense. Tapi untuk melayakkan anda menggunakan perkhidmatan ini, anda sama ada perlu website atau blog, youtube dan juga aplikasi. Dalam konteks ini, saya fokuskan kepada blog sahaja.

BACAAkhirnya! Akaun Adsense Sudah Verified

BACACara Buat Duit Online Secara Santai Menggunakan 5 Aplikasi

Selain itu juga, google adsense juga terdapat beberapa jenis iklan yang boleh diletakkan di blog kita antaranya display ads, text ads, matched content dan juga link ads. Dalam perkongsian kali ini, saya kongsikan cara untuk pasang Link ads di blog dengan beberapa langkah sahaja.


Link Ads ini ada sedikit kelainan dengan jenis iklan yang lain sekali gus memberikan kelebihan berbanding yang lain. Jika anda lihat, Link Ads seakan semua 'Navigation Menu' yang menjadi penghubung antara page di dalam sesebuah blog. Erti kata lain, ianya akan meningkatkan kebarangkalian untuk pengguna untuk klik iklan tersebut.

Selain itu, perkataan yang keluar pada iklan tersebut adalah bersamaan dengan kandungan blogpost anda tersebut.

Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Oleh itu, bila anda gunakan iklan jenis ini, anda perlu letakkan di tempat yang mungkin akan di klik oleh pembaca lain. Sebagai cadangan :
  • Letakkan diatas atau dibawah button link di dalam artikel anda
  • Letakkan dibahagian header dekat dengan 'Navigation Menu' anda
  • Letak di bahagian sidebar
  • Menggunakan warna yang sama dengan tema warna template blog anda

Tapi pastikan jangan terlalu bersepah dan jangan terlalu banyak iklan adsense di dalam sesebuah artikel. Google tak suka dan pastinya pembaca pun tak suka. Alih-alih dia keluar terus daripada blog anda.


Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog

Langkah ini fokus kepada pengguna blogspot sahaja. Tapi rasanya cara ini tidak lari jauh bagi pengguna Wordpress

Langkah 1 : Log In terlebih dahulu akaun Google Adsense di www.google.com/adsense/start/

Langkah 2 : Kemudian pergi bahagian Ads > Overview > By Ad Unit

Langkah 3 : Pada pilihan Create New Ad Unit, klik dan pilih Link Ads

Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Langkah 4 : Anda masukkan butiran nama ads, ads size (better responsive) dan ad style (ikut warna template blog anda) dan klik Create


Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Langkah 5 : Akhir sekali Copy kod tersebut dengan klik Copy Code Snippet dan tekan Done

Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Anda akan paste kod ini pada bahagian seterusnya.

Untuk pasang di Header atau Sidebar

Langkah 1 : Log In blogspot anda dan tekan Layout


Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Langkah 2 : Pilih dimana tempat untuk anda letakkan iklan di blog dan klik pada Add a widget

Langkah 3 : Kemudian pilih widget HTML/JavaScript

Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Langkah 4 : Namakan widget anda dan paste kod yang anda telah copy sebentar tadi dan akhir sekalik, klik Save

Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Untuk pasang di dalam Artikel

Langkah 1 : Pergi bahagian Post dan pilih artikel anda

Langkah 2 : Klik pada HTML


Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Langkah 3 : Pilih mana-mana tempat yang sesuai seperti yang disarankan di atas dan paste link ads yang telah anda copy sebentar tadi.

Tips : cari kod <br />(letak kod antaranya)<br />

Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Cara ini juga sebenarnya terpakai untuk pasang semua jenis iklan Google Adsense di blog anda sama ada jenis media, photo, video, text, atau link ads ini.

BACADengan Hanya Menulis, Ketahui Cara Jana Pendapatan Daripada Blog Sehingga 4 Angka

Selesai!
Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

10 comments for "Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020"