Taknak Ikan Patin Dah? Jangan Risau Ada Lebih 20+ Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh

Lebih 20+ Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh

Jangan ingat di Temerloh hanya ada Ikan Patin masak tempoyak je tau. Sebenarnya banyak je tempat makan menarik yang ada di sini kalau anda rasa nak cuba makanan lain selain masak tempoyak tersebut. Meh tengok sini senarainya.

Biasa kalau orang luar akan datang Temerloh sebab nak cari Ikan Patin je la. Lagi-lagi bila hujung minggu, memang ramai la orang daripada luar datang. Tapi sebenarnya, ada je tempat lain makanan sedap-sedap yang anda boleh dapat disini.

Sebagai orang Temerloh, senarai-senarai ini boleh diluluskan sebagai tempat makan menarik yang ada di Temerloh. Tapi ada beberapa yang aku tak sempat cuba lagi.


Jadi kepada mereka yang nak datang Temerloh dan cari makanan best selain Ikan Patin, anda boleh tengok senarai 20+ lebih tempat makan menarik yang ada di Temerloh. Senarai ini dikongsikan oleh Huda Risma di Twitter.

1.   Hogoh De Coco

Hogoh De Coco

Di Melaka ada coconut shake, di Temerloh pun ada la. Antara coconut shake yang terkenal di Temerloh. Boleh cuba di Hogoh De Coco dengan 2 lokasi iaitu di Seberang Temerloh dan juga di dalam bandar Temerloh.

2.   Bangman Fried Chicken

Bangman Fried Chicken

Ayam goreng viral di Temerloh. Ini kerana, ayam goreng anda akan diselubung dengan cheese sebanyakknya. Memang kena cuba siapa yang datang Temerloh. Lokasi di Berhampiran SK Paya Pulai Seberang temerloh.

BACAKena Cuba Bangman Fried Chicken, Temerloh. Cheese Tak Kedekut Katanya

3.   Warong Selai

Warong Selai

Nikmati masakan melayu kampung dengan suasana yang tenang, datanglah ke Warong Selai. Lokasi di Batu 4 Jalan Maran selepas Sekolah Rendah Paya Pulai.

4.   Vanilla Temerloh

Vanilla Temerloh

Dengan tanaman vanila sendiri, mereka bina sebuah kedai untuk menjual Aiskrim Vanila. Jadi ianya fresh dari ladang. Sambil makan, boleh tengok tanaman dan kebun vanila disini. Lokasi adalah di Kg Bangau Parit

BACASantai Dan Merasai Aiskrim Vanilla Di Vanilla Temerloh

5.   Nasi Air Kak Na

Nasi Air Kak Na

Nasi air paling sedap di Temerloh. Datang la ke kedai Nasi Air Kak Na di Bandar Lama Temerloh. Dah cuba, pasti nak repeat lagi.

6.   Along Tehpeng Pior

Along Tehpeng Pior

Orang Temerloh tak perlukan teh ais Tealive (walaupun ianya baru dibuka), ini kerana kami ada Along Tehpeng Pior. Rasa teh ais pior dan boleh tambah boba sekali. Ini wajib cuba datang Temerloh. Lokasi di Taman Temerloh Jaya dan Taman Sri Semantan.

7.   Steamboat D’Kilat

Steamboat D’Kilat

Nak cari tempat makan menarik di Temerloh yang menyediakan steamboat, datang la ke Steamboat D'Kilat. Tak tahu berapa lama dah dia berniaga. Start dari aku belajar lagi. 20 tahun dah kot. Lokasi di Dynaton Bukit Angin.

8.   BamBam Cake House

BamBam Cake House

Nak rasa manisan kek, di Temerloh ada sebuah kedai kek bernama BamBam Cake House. Menyediakan pelbagai jenis kek. Datang lah ke Gerai Mpt Lurah Semantan A21.

9.   Rukutea

Rukutea

Nak merasai suasana santai dan sedikit hipster, datang lah dan rasai juada di Rukutea. Lokasi di 21-G Jalan Pekeliling Mentakab.

10.   Mango Shake D’ Temerloh

Mango Shake D’ Temerloh

Tak minat kelapa, kami ada mangga untuk anda. Cubalah Mango Shake D' Temerloh dengan rasa mangga pior. Sedap amat weh! Boleh cari di Seberang Temerloh berdekatan dengan Sekolah Sukan Seberang Temerloh.



11.   Clash Gida

Clash Gida

Impikan makanan western dan makanan hipster, datang ke Clash Gida. Lepas tu boleh upload gambar makanan di Instagram hehe. Lokasi Jalan Setia 2/3 Belakang TF Temerloh

12.   Cozy Shake Cafe

Cozy Shake Cafe

Disini juga anda boleh rasa makanan western seperti chicken chop, french fries dan macam-macam lagi. Satu lagi kedai yang berada Dynaton Bukit Angin di Cozy Shake Cafe

13.   Idea Kitchen Cafe

Idea Kitchen Cafe

Tak cukup dengna itu, satu lagi kawasan di Dynaton Bukti Angin yang menyediakan makanan western dan menu-menu lain lagi. Moh datang ke Idea Kitchen Cafe.

14.   Shell Eat

Shell Eat

Nak merasa seafood yang dihidangkan di atas meja, boleh datang ke Shell Eat. Anda boleh nikmati Shell Out dengan pelbagai jenis seafood. Lokasi di Dynaton Bukit Angin.

15.   Pizza Anak Dol Temerloh

Pizza Anak Dol Temerloh

Pernah viral di Jerantu, Pizza Anak Dol kini di Temerloh. Nak cuba pizza hand made sambal hitam dan sebagainya, mari datang sini. Lokasi kedai di belakang Celcom dan sebaris al-Ikhsan.

16.   Nazan's Corner

Nazan's Corner

Nak cuba Char Kuew Teow sedap poh paleh amat. Datang ke Naza's Corner berhampiran PETRONAS seberang Temerloh

17.   Nasi Ayam Kak Mala

Nasi Ayam Kak Mala

Nasi ayam paling terkenal di Temerloh, Nasi Ayam Kak Mala. Boleh datang ke TF Temerloh untuk cuba rasa nasi ayam yang sedap ini.

18.   Roti John Cheese Sekilo

Roti John Cheese Sekilo

Roti john penuh dengan rasa keju. Boleh cuba Roti John Cheese Sekilo yang bertempat C-14 Gerai MPT Lurah Semantan.



19.   Warung Acu

Warung Acu

Nak cuba makan ala-ala kfry, ayam Korea dan pelbagai lagi makanan wester. Boleh cuba di Warung Acu di Gerai MPT di Taman Temerloh Jaya.

20.   Leaf n Co 

Leaf n Co

Nak makan makanan western dengan suasana mewah, mari singgah di Leaf n Co. Kedai ini terletak di Dynaton Bukit Angin.

21.   Selera Anita 

Selera Anita

Port lepak bagi orang Temerloh. Kalau orang luar datang pun, malam-malam lepak sini je. Roti canai ada, mee kari dia sedap disini. Lokasi di Jalan Bahagia sebaris dengan Mamak Old Town 

22.   Snow Ice

Snow Ice

Datang Temerloh nak makan ais batu, mari datang ke Snow Ice dengan lokasi kedai di Dynaton Bukit Angin.

23.   Cendol

Cendol temerloh

Di Temerloh, anda boleh tengok senarai 5 cendol tersedap yang ada disini. Boleh cuba semua tempat ini. Pasti tidak kecewa. Boleh tengok sini senarai 5 cendol terbaik di Temerloh

24.   Ghalit Steak Hub

ghalit steak hub temerloh

Datang Temerloh dan nak cuba steak wagyu boleh cuba di Ghalit Steak Hub. Sebenarnya kat sini pelbagai menu disediakan dan bukan steak sahaja. Ada western food, ada masakan panas dan sebagainya. Nak makan di tempat yang cantik dengan penghawa dingin, boleh datang sini.


sumber : twitter HudaRisma

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

4 comments for "Taknak Ikan Patin Dah? Jangan Risau Ada Lebih 20+ Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh"

Comment Author Avatar
Lama sungguh tak ke Temerloh.. Dulu blh dikatakan setiap minggu
Comment Author Avatar
tak semapt lagi nak ke temerloh. lepas ni bolehlah marathon tempat makan :)
Comment Author Avatar
x sabar nak gi temerloh next month ni..paling2 nak cuba pizza anak dol dgn aiskrim vanilla tu