Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri Tanpa Menggunakan Pos Laju Atau J&T

Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri

Bagi seller yang pernah tanya saya berkaitan ini, anda boleh tengok sini cara post barang Shopee menggunakan runner atau delivery sendiri sahaja tanpa menggunakan pos laju atau J&T seperti yang disediakan di dalam sistem Shopee.

Sebelum ini saya ada kongsikan cara berniaga di Shopee secara ringkas. Daripada itu, saya dapat banyak soalan berkaitan proses delivery atau pos. Ramai tanyakan, Shopee ni boleh ke kalau kita sendiri nak hantar kerana buyer berada di dalam kawasan kita je. Selain itu, ada juga yang ingin menjual makanan seperti kuih-muih dan air minuman dan rasanya tak sesuai pun penghantaran menggunaakn courier kan.

Di Shopee, kita boleh menjual apa-apa barang selagi ianya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.


Jadi, sebenarnya anda boleh post barang anda tersebut menggunakan runner sendiri atau pergi delivery sendiri je. Tips dan cara ini dikongsikan oleh Sakinan MK di Twitter melalui pengalaman beliau sendiri.

Katanya lagi, cara ini juga anda boleh guna jika anda menjual servis. Sebagai contoh, anda ada buat servis baiki laptop. Aplikasikan langkah ini untuk servis anda tersebut.

Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Sendiri

Untuk buyer, secara asas, anda akan dapat duit daripada buyer bila mereka tekan Received yang tertera di aplikasi Shopee mereka.

Untuk langkah ini juga, segala perkara asas berkaitan Shopee, anda perlu tahu terlebih dahulu. Nak belajar dengan details beserta informasi bergambar, boleh dapatkan panduan berniaga Shopee disini.

Pastikan anda menggunakan komputer supaya lebih mudah untuk lakukan urusan ini.

1.   Anda perlu Log In ke akaun Seller anda di seller.shopee.com.my

2.   Di bahagian Dashboard Shopee, pergi ke belah kiri dan klik My Shipping

Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri

3.   Pada bahagian ini, by default, DHL dan J&T akan tick hijau termasuklah juga Shipping Fee Included. Jadi anda perlu untick Shipping Fee Included tersebut dan tick Other (West/East) mengikut dimana anda berniaga.

Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri

4.   Jadi dah siap bahagian Shipping, barulah mula upload barang yang anda ingin jual di Shopee

5.   Di Dashboard Shopee, cari di bahagian kiri, Add New Product. Anda perlu masukkan kesemua ruang yang disediakan mengikut barang anda. Bagi mengelakkan kekeliruan kepada seller, anda bagi tahu siap-siap, kawasan mana anda akan cover bagi tujuan delivery sendiri ini. Anda tulis di tajuk produk dan bahagian description.

Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri

Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri

6.   Selepas selesai, bahagian paling penting adalah di bahagian Shipping. Anda masukkan berat barang anda dan hanya perlu tick Other sahaja. Kemudian set kan caj delivery anda; contoh RM10. Ini anda tentukan.

Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri

7.   Jika sudah lengkap. Anda boleh Save & Publish. Selesai!

Cara Proses Bila Terima Tempahan Daripada Buyer

Jadi apa nak buat nanti bila sudah terima order daripada Buyer? Ikuti cara proses ini dibawah:

Anda boleh menggunakan aplikasi Shoppe sahaja bagi tujuan proses order daripada buyer ini. Guna Komputer pun boleh. Terpulang.


1.   Buka aplikasi Shopee > Me > My Shop

Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri

2.   Anda akan masuk bahagian My Sales. Disini akan dipaparkan segala urusan jual beli yang terlibat. Anda hanya proses delivery daripada To Ship dan bukan To Pay. Itu masih belum dibayar. Kemudian klik SHIP.

Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri
Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri
Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri

3.   Disini akan dipaparkan details berkaitan tempahan tersebut, jadi klik SHIP. Kemudian klik courier dan pilih Others. Seterusnya klik Tracking Number pula. Disebabkan kita tidak menggunakan courier (J&T, Pos Laju), anda boleh isi nombor telefon atau nombor ID tempahan sahaja bagi tujuan maklumat kepada seller. 

Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri
4.   Jika sudah selesai, anda boleh teruskan dengan proses delivery. Ketika anda hantar sendiri ke buyer, pastikan mereka tekan Received Order dan barulah anda menerima duit pelanggan tersebut. 

Bagi tujuan ini, pastikan anda bagi tahu siap-siap di bahagian description tau. Bagi mengelakkan kekeliruan pada pelanggan. Kalau hantar dekat-dekat boleh la delivery sendiri. Kalau jauh, kena la guna courier juga kan.


Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

4 comments for "Cara Post Barang Shopee Menggunakan Runner Atau Delivery Sendiri Tanpa Menggunakan Pos Laju Atau J&T"

Comment Author Avatar
rasanya nak menjual meniaga di shopee tp x tahu nak jual produk apa.
Comment Author Avatar
Info yang bermanfaat..terasa macam nak berniaga pulak
Comment Author Avatar
skrg lebih mudah nk berniaga
Comment Author Avatar
Hi. Macam mana kita nak set shipping shopee mengikut berat. Contohnya untuk berat 1 kg shipping fee RM9. Setiap kenaikan 1 kg akan add RM9. Macam mana nak set yang ni ye?