Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan Dilakukan Sepanjang PKPB

Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan Dilakukan Sepanjang PKPB

PKP kini sudah masuk ke fasa 4 iaitu bermula 29 April hingga 12 Mei 2020 berikutan pandemik COVID-19 masih lagi mencatatkan kes positif dan kematian dari hari ke hari. Jadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih perlu diteruskan atas nasihat KKM.

Baca Juga : Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 12 Mei 2020

Tetapi PKP kali ini sedikit berbeza, berdasarkan apa yang disampaikan oleh YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam perutusan khas sebentar tadi iaitu PKP kali ini adalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana hampir semua aktiviti ekonomi dan perniagaan serta aktiviti harian boleh dilakukan.


Selain aktiviti perniagaan, Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan berdasarkan justifikasi yang dikeluarkan oleh KKM seperti berikut:
  • Sukat untuk mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa
  • Kemungkinan pendedahan kepada titisan pernafasan
  • Sukar untuk mengawal keperilakuan
  • Kemungkinan kontak rapat dalam masa panjang yang tidak dapat dielakkan
  • Keberadaan di dalam ruang rapat dan tertutup dalam masa yang lama.

Senarai Aktiviti Yang Dilarang

Senarai aktiviti ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh MKN bergantung kepada keadaan kesihatan semasa.

1.   Hiburan dan Riadah

  • Panggung wayang
  • Pusat Karaoke
  • Taman tema
  • Muzium
  • Busking

2.   Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan

  • Perarakan Keagamaan
  • Aktiviti agama berjemaah di Masjid/Rumah Ibadah
  • Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
  • Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat 
(*Perjalanan pulang dari raya di umumkan kelak)

3.   Persidangan dan Pameran

  • Pameran Kerjaya
  • Pameran Perkahwinan
  • Promosi dan Pakej Pelancongan
  • Karnival Jualan
  • Semua jenis persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4.   Pendidikan

  • Sukan semasa sesi persekolah
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang


5.   Sukan

  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong/penonton yang ramai (stadium)
  • Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
  • Kolam renang
  • Sukan bersentuhan (contact sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang)

6.   Aktiviti Sosial

  • Kenduri-kendara
  • Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya

7.   Pengangkutan

  • Kapal Persiaran

8.   Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman

  • Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
  • Bazar Ramadan
  • Bazar Hari Raya

9.   Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor

  • Terima pelawat
  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
  • Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

10.   Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina

  • Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11.   Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen

  • Aktiviti Fitting Pakaian


12.   Dobi ( khusus dobi layan diri)

  • Aktiviti melipat pakaian

13.   Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka


14.   Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi


15.   Kedai gunting rambut dan salun kecantikan


16.   Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

  • Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak

17.   Pengurusan Perhutanan

  • Ekopelancongan Hutan
  • Latihan Perhutanan

18.   Perlombongan Dan Pengkuarian

  • Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

19.   Perladangan dan Pertanian

  • Hari Bertemu Pelanggan
  • Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
  • Pesta makan buah-buahan
  • Kursus/ Seminar
  • Konvokesyen Institut Pertanian
  • Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20.   Perikanan

  • Aktiviti perikanan rekreasi
  • Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium

21.   Seni Kreatif

  • Penggambaran filem
  • Acara/Konsert/Program Yang Melibatkan Orang Awam Di Studio Atau Tempat Awam

22.   Kebudayaan Dan Kesenian

  • Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat

23.   Pelancongan dan Perhotelan

  • Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan CafĂ© (Bagi Tujuan Buffet)

Untuk maklumat lebih terperinci, anda boleh dapatkan semua maklumat melalui Telegram MKN.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

7 comments for "Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan Dilakukan Sepanjang PKPB"

Comment Author Avatar
Semoga tiada lagi pertambahan kes secara mendadak kalau dah beroperasi seperti biasa.. yg penting amalkan apa yg kkm dah sarankan.. nice sharing~
Comment Author Avatar
Sabar saja, semua untuk kebaikan rakyat
Comment Author Avatar
inshaAllah lagi banyak bakat terpendam muncul dengan keadaan yang terhad ni. masing2 kreatif melangsungkan hidup
Comment Author Avatar
InsyaAllah nanti akan baik semula
Comment Author Avatar
Hrap sgt pm bg blik kg rentas 1 negeri... Xnak raya beria...just nk balik jmp parents...
Comment Author Avatar
Dina tengok makin ramai pula keluar. Dina takut, Maka Dina sekeluarga masa berada di rumah.