7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2024

7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2023

Sudah masuk tahun 2024, adakah blog masih releven untuk jana pendapatan? Kalau tanya aku, ianya masih releven, kerana aku sendiri berjaya berjaya buat duit guna blog sepanjang tahun 2024 ini.

Sekarang kita biasa dengar, nak buat duit mudah, buka akaun Youtube dan jadi Youtuber. Orang dah tak cari dah info di blog.

Ternyata kenyataan itu salah, blog informasi masih lagi releven mengikut pengalaman aku sendiri sepanjang tahun 2024. Blog aku masih dibanjiri dengan pembaca yang mencari info yang mungkin tiada di saluran lain. Google la tempat mereka kembali akhirnya.

Disebabkan ianya masih releven, jadi ianya juga tapak yang sesuai untuk anda buat duit daripada blog ini. Jika anda tiada blog, bina sebuah blog sekarang. Jika anda sudah blog, teruskan dan capai target yang anda inginkan.

BACAJom Berniaga Di Shopee

Disebabkan itulah, aku nak kongsikan 7 cara buat duit guna blog bagi tahun 2022 yang anda boleh cuba sama seperti yang aku buat sekarang. Ianya berdasarkan pengalaman sendiri yang berkecimpung dalam dunia blog sejak tahun 2017.

Dengan adanya sebuah blog atau website, anda boleh buat duit melalui 7 perkara ini...

1. Pengikanan Google Adsense

Ini mungkin boleh jadi sumber utama kepada Blogger dan juga Youtuber sekarang melalui Google Adsense. Google menghargai content anda, dengan membenarkan iklan dipaparkan di blog dan boleh jana duit daripada iklan tersebut iaitu sebagai publisher.

Setiap kali klik berlaku pada iklan atau engagement berlaku, anda dibayar. Tetapi untuk dapatkan kebenaran paparkan iklan atau ads di blog, kita perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Google sendiri.

Pastikan blog anda menerima trafik daripada Google sekurangnya 100 hari, pastikan tiada page yang error, sediakan beberapa page-yang-perlu (hubungi, sitemap, desclaimer, policy) dan mungkin blog anda diterima untuk pemasangan Google Adsense. Permohonan percuma je.

Anda boleh daftar google adsense di google.com/adsense/

adsense

Bagi tahun 2020 untuk bulan Mac, aku berjaya cash-out $469.34 (~RM2046) walaupun dikala pandemik berlaku. Tetapi masih lagi baik nilainya.

Selain daripada Adsense, ada beberapa lagi platform pengiklanan yang anda boleh cuba jadi sebagai publisher seperti MGID, Taboola dan Innity.

2. Affiliates Shopee Dan Lazada

Affiliates juga aku join untuk tambah pendapatan sampingan selain daripada Google Adsense. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya optimize kan penggunaan blog kita.

Dengan Shopee dan Lazada sebenarnya kita boleh jana pendapatan melalui program Affiliates. Ini bermakna, mereka yang berbelanja menggunakan link yang kita kongsikan, kita akan menerima komisyen. Permohonan adalah percuma!

Selain itu juga, Shopee dan Lazada merupakan 2 buah platform e-dagang terkenal di Malaysia. Semua pasti pernah menggunakannya.

BACA : Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

i)  Affiliates Shopee

Jika di Shopee, program affiliates tidak secara terus daripada pihak Shopee tetapi ianya diuruskan oleh pihak-ketiga iaitu syarikat Involve Asia. Jadi komisyen yang dibayar oleh pihak Shopee tidaklah terlalu besar, kerana ianya perlu dibahagi dengan anda dan pihak-ketiga

shopee

Tetapi pulangannya cukup baik kalau anda mempunyai trafik yang tinggi dan banyak yang beli sesuatu barangan daripada link yang anda kongsikan. Sebab itulah blog masih lagi releven, selagi Google masih wujud di dunia ini. Anda boleh lihat anggaran pendapatan yang aku peroleh melalui program affiliates Shopee diatas.

Terbaru untuk tahun 2024, Shopee sendiri telah menyediakan platform mereka sendiri iaitu Shopee Affiliates. Bagi yang berminat, boleh daftar DISINI secara percuma.

ii)  Affiliates Lazada

Berbeza dengan Lazada, program affiliates diuruskan oleh pihak Lazada sendiri. Jadi komisyen sedikit tinggi daripada Shopee. Menggunakan konsep yang sama, anda kongsi link, pembaca tekan dan buat pembelian di Lazada, anda akan dapat komisyen.

lazada

Anggaran setakat ini, pendapatan yang aku peroleh daripada program affiliates Lazada ini (seperti dalam gambar). Hasilkan lebih banyak content, ianya menjadi lebih banyak taburan link affiliates anda.

BACACara Daftar Dan Panduan Lengkap Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2023

3. Affiliates Involve Asia

Seperti yang diberitahu diatas berkaitan Involve Asia. Sebenarnya selain daripada Shopee terdapat banyak lagi platform yang anda boleh sertai melalui program Affiliates yang disediakan di Involve Asia.

Anda hanya perlu pilih mengikut content atau niche blog anda sahaja. Untuk travel, ada Klook Travel, Agoda, KKDay, Malaysia Arlines, Air Asia dan banyak lagi. Untuk niche Health & Beauty, ada watson, Hermo, Sephora dan banyak lagi

involve asia

Anda kongsikan link, pembaca tekan dan buat pembelian, anda akan dibayar komisyen. Mudah kan. Pendaftaran juga percuma.

4. Affiliates Digital (eBook)

Sebenarnya program affiliates la platform terbaik untuk para blogger bagi menjana pendapatan sampingan. Anda hanya perlu kongsikan link sahaja. Selain itu, kebanyakkan program yang ditawarkan semuanya percuma.

Anda hanya kena pandai marketing supaya orang ramai tekan link anda sahaja. Jangan memaksa tau.

Contoh lain adalah melalui program affiliates digital seperti penjualan eBook. Sekarang, kebanyakan ilmu disalurkan melalui digital atau melalui eBook. Tidak perlu lagi kepada buku fizikal yang kadang memerlukan kos yang tinggi untuk dihasilkan.

Sebab itulah, ramai yang menggunakan khidmat eBook sahaja. 

Anda tidak perlu pandai menulis atau mahir sesuatu ilmu untuk hasilkan eBook. Sebaliknya, anda hanya perlu pandai sedikit sahaja untuk kongsikan link affiliates untuk jual eBook. Yang pastinya melalui blog.

klikjer

Cari penyedia yang memberikan pendaftaran percuma. Banyak diluar sana. Jika melalui pengalaman sendiri, aku sertai Klikjer sahaja. Alhamdulillah, sudah berjaya membuat jualan dengan komisyen yang diberikan sehingga 50%. Yang penting daftar percuma!

5. Dropship

Dropship berbeza dengan affiliates. Antara perbezaan adalah keuntungan. Dropship anda boleh tentukan keuntungan anda sendiri selepas tolak kos sesuatu produk tersebut. Anda bebas untuk tetapkan. Affiliates tidak boleh, penyedia yang menentukan komisyen anda.

Bukan semua dropship adalah percuma yang mana ada kos pendaftaran yang anda perlu bayar dan ada juga yang percuma sebenarnya. 

Untuk dropship, anda juga boleh kongsikan jualan di blog. Jika orang ramai mencari, anda hanya tinggalkan link Whatsapp sahaja. Jika mereka berminat, mereka akan hubungi anda. 

6. Paid Review (Publish Post)

Paid review ini akan dibayar oleh client anda. Mereka menggunakan khidmat anda untuk menulis dan review tentang produk mereka. Jika mempunyai trafik yang baik, mungkin blog anda sedang diperhati oleh potential client sebenarnya. 

Mereka akan hubungi anda, jika mereka rasakan blog anda sesuai untuk review produk mereka.

Blog aku juga pernah menerima job seperti ini. Kami hanya perlu terbitkan sebuah post berkaitan produk tersebut dan paparkan di blog.

Jika melalui syarikat besar, mungkin anda akan dibayar RM150-RM200 bagi setiap post.

Jadi client, jangan lupa hubungi saya keh. Saya sediakan khidmat review juga :D

7. Sewaan Ruang Iklan

Akhir sekali adalah sewaan tapak atau ruang iklan di blog. Kebiasaanya perkara ini, kita mungkin sendiri boleh approach potential client sendiri.

Kebiasaanya ruang iklan ini berada di header atau sidebar blog kita. Dimana kawasan yang senang kelihatan di akses oleh pelawat yang masuk ke blog kita.

Anda boleh hubungi mereka melalui emel dan buat tawaran berkaitan sewaan ruang iklan di blog anda. Anda boleh sediakan sekali kadar bayaran dan trafik bulanan anda.

Jika client berpuas hati, mungkin mereka akan membayar anda untuk sewa ruang iklan di blog anda.

Inilah antara 7 cara buat duit guna blog bagi tahun 2024 yang anda boleh cuba. Kebanyakkan cara ini, aku berjaya hasilkan pendapatan yang lebih baik dari bulan ke bulan. Anda hanya perlukan sebuah blog dan juga sifat rajin sahaja untuk konsisten dalam dunia digital seperti blog ini.

Harap perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Kalau ada persoalan, boleh tinggalkan di ruang komen dibawah. Jangan lupa untuk share artikel ini di media sosial anda juga.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

7 comments for "7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2024"

Comment Author Avatar
Terbaik infonya..Skop buat duit dgn google sangat luas, antara nak dgn taknak je...
Comment Author Avatar
terbaiklah. nice sharing aiman :)
Comment Author Avatar
Terima kasih perkongsiannya ya.
Comment Author Avatar
Skrg job review dah kurang. Mungkin blog sy x menarik kot?
Comment Author Avatar
Info yang berguna..TQ tuan...Jom Tukar link
Comment Author Avatar
seronoknya tengok orang boleh buat duit.. banyak kena belajar lagi ni. .