Earphone Wireless Alternatif Kepada 'Airpods' Yang Menggunakan Jenis In-Ear

Earphone Wireless Alternatif Kepada 'Airpods' Yang Menggunakan Jenis In-Ear

Info berkaitan earphone wireless di Malaysia selain 'Aipods' yang menggunakan jenis in-ear ini sangat sedikit bila korang buat carian di Google. Jadi sebagai alternatif, aku cuba sehabis baik terbitkan artikel ini dengan mengumpulkan TWS yang menggunakan jenis in-ear selain daripada Apple Airpods.

Sebelum itu, buat yang tak tahu, maksud jenis in-ear ini adalah jenis eartips yang disediakan oleh earphone itu sendiri. Biasa kita jumpa earphone yang menggunakan getah (earbuds) dan disumbat di dalam telinga tetapi pada Apple Airpods, ianya tidak menggunakan eartips yang bergetah tetapi menggunakan jenis in-ear. (atau aku salah term, aku tak pasti)

Baca Juga : Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google

Jadi sebab itulah artikel ini diterbitkan untuk diri sendir dan juga semua pembaca yang mungkin mencari info tentangnya. Harap penggunaan terma yang aku guna itu tepat. Di pasaran rasanya untuk earphone terutamanya True Wireless Stereo, TWS rata-ratanya menggunakan eartips getah. Anda boleh google sendiri kelebihan antara eartips ini.

Earphone Wireless Alternatif Kepada 'Airpods' Yang Menggunakan Silicon Plastik

Tapi kali ini, aku kongsikan kenapa aku lebih sukakan eartips jenis in-ear seperti Airpods berbanding earbuds getah itu. Tapi kenapa tak beli Airpods terus?

Pertamanya, aku takkan beli Apple Airpods sebab harganya mahal dekat RM600 dan juga ianya optimize hanya pada produk Apple sahaja seperti iPhone, iPad dan lain-lain. Aku guna Android, pastinya ada beberapa perkara yang tidak optimize.

Kedua, aku kurang selesa atau sakit dengan eartips getah lagi-lagi bila disumbat dan dipakai dengan kadar masa yang lama jika dibandingkan dengan jenis in-ear tersebut. Aku ada Earpod lama yang masih aku guna sampai sekarang dan aku boleh pakainya dalam masa yang lama tanpa rasa sakit pun dan ianya lebih selesa.


Ketiga, aku risau eartips getah tu tercabut dan tersumbat dalam telinga je. Kita sedia maklum, eartips nya boleh dicabut dan diganti. Tiba-tiba masa nak tarik keluar, eartips tertinggal. Sudah! haha Tapi perkara yang aku ambil berat sebenarnya adalah pemakaian yang kurang selesa.

Jadi dengan itu, jom kita tengok senarai earphone wireless selain Airpods yang menggunakan jenis in-ear. Aku hanya ambil TWS yang mempunyai brand sahaja, available di Malaysia dan bukan fake product iaitu fake Airpods. Dan juga anda boleh dapatkan produk ini khusus melalui platform online.

Senarai Earphone Wireless Yang Menggunakan Jenis In-Ear Earphone


#1. Baseus W04 TWS


Baseus W04 TWS

Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : USB Type-C
Wireless Charging : Pilihan (Ada/Tiada)
Charging box : 400mAh
Play-Time : 4 Jam
Harga : RM82.99 - RM96.99


#2. Remax Proda TWS



Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : USB Lightning Cable
Wireless Charging : Ada
Charging box : 320mAh
Play-Time : 3 Jam
Harga : RM105

#3. Edifier TWS200 Lolipod



Versi Bluetooth : Qualcomm 5.0
Sambungan : Micro USB
Wireless Charging : Tiada
Play-Time : 6 Jam
Harga : RM169


#4. Baseus W09 TWS



Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : USB Type-C
Wireless Charging : Ada
Charging box : 450mAh
Play-Time : 5 Jam
Harga : RM65.99


#5. SoundPEATS Earbuds TrueAir


SoundPEATS(Original) TrueAir

Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : USB Type-C
Wireless Charging : Tiada
Charging box : 450mAh
Play-Time : 5 Jam
Harga : RM65.99



#6. SonicGear TWS 1



Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : Micro USB
Wireless Charging : Tiada
Charging box : 450mAh
Play-Time : 6 Jam
Harga : RM99


#7. Dotfes Earbuds



Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : Micro USB
Wireless Charging : Tiada
Play-Time : 6 Jam
Harga : RM160


#8. Sabbat X12 Pro (Recommended Daripada Reviewers)


Sabbat X12 Pro

Versi Bluetooth : V5.0 3D Stereo
Sambungan : Micro USB
Wireless Charging : Ada
Play-Time : 8 Jam
Harga : RM142.96


#9. Huawei FreeBuds 2 Pro



Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : USB Type-C
Wireless Charging : Ada
Charging box : 420mAh
Play-Time : 5 Jam
Harga : RM589



#10. Xioami Airdots Pro 2


Xioami Airdots Pro 2

Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : USB Type-C
Wireless Charging : Ada
Charging box : 420mAh
Play-Time : 5 Jam
Harga : RM243


#11. Razer Hammerhead TWS


Razer Hammerhead TWS

Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : USB Type-C
Wireless Charging : Tiada
Charging box : 275mAh
Play-Time : 4 Jam
Harga : RM459



#12. Huawei FreeBuds 3


Huawei FreeBuds 3

Versi Bluetooth : V5.1
Sambungan : USB Type-C
Wireless Charging : Ada
Charging box : 410mAh
Play-Time : 4 Jam
Harga : RM679


#13. Honor FLyPods TWS


Honor FLyPods TWS

Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : USB Type-C
Wireless Charging : Ada
Charging box : 420mAh
Play-Time : 4 Jam
Harga : RM459 - RM720



#14. Realme Buds Air


Realme Buds Air

Super Low Latency
Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : USB Type-C
Wireless Charging : Ada
Play-Time : 3 Jam
Harga : RM299


#15. TicPods 2 Pro


TicPods 2 Pro

Tick Motion Head Control
Versi Bluetooth : V5.0
Sambungan : USB Type-C
Wireless Charging : Tiada
Charging box : 390mAh
Play-Time : 4 Jam
Harga : RM499 - RM726


Jenis-Jenis Lain


i12, i11, i7S, Copy 1:1, A-Airplus TWS, Supercopy dan macam-macam lagi. Ini antara produk yang sebijik yang cuba dicopy daripada Apple Airpods. Korang boleh dapatkan pelbagai pilihan di Shopee dan Lazada.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

3 comments for "Earphone Wireless Alternatif Kepada 'Airpods' Yang Menggunakan Jenis In-Ear"

Comment Author Avatar
earphone wireless ni convenient sangat tapi tulahhh jenis suka letak merata ni payah sikit, asyik hilang jaa hahha
Comment Author Avatar
Tak gemar sangat pakai benda ni. Kalau memuda dulu mungkin la. Tapi siapa yang mencari earphone, info di atas sangat membantu.
Comment Author Avatar
best juga pakai earphone wireless tapi itulah, earphone yg sedia ada pun selalu hilang inikan pula beli yg macam ni. rasa sayang duit pula..hehe ♕Tiara Sapphire♕