Kini Tiada Lagi Siaran DIVA Dan E! Entertainment Di Astro
Baca Juga : Saluran Astro Percuma Pada Oktober 2019
Bagi aku yang pernah juga tonton siaran DIVA terutamanya, disitu mengandungi rancangan menarik antaranya Masterchef, Masterchef Junior, Lego Master dan banyak lagi. Kini tiada lagi. Siaran DIVA sebelum ini disiarkan di CH702 dan DIVA HD di CH723 manakala Siaran E! pada CH712 dan E! HD pada CH718.
Siaran DIVA terkandung di dalam pakej basic atau Family Pack yang berharga RM61.32 manakala E! Entertainment siaran yang berada di dalam Mini Pack untuk beberapa pakej tersedia. Jadi kalau dah bayar dengang harga tersebut, tapi siaran tersebut diberhentikan, pelanggan Astro dapat pengurangan harga? dapat rebat? dapat siaran percuma? atau apa?
Siaran DIVA Dan E! Entertaiment Diberhentikan
Menerusi penerangan daripada Astro sendiri, ternyata pemberhentian siaran-siaran tersebut bukanlah atas sebab Astro (tak beli atau tak sewa), tetapi bermula tahun 2020, sebenarnya seluruh Asia Tenggara tidak lagi menerima siaran ini. Jadi ianya atas sebab pengeluar siaran itu sendiri.
Jadi dengan masalah pengeluar asal sendiri, Astro tidak mampu untuk membuat apa-apa untuk dapatkan siaran tersebut. Atas sebab itulah, Astro tidak memberi apa-apa rebat atau pengurangan harga kepada pelanggan sebaliknya hanya menambah siaran baru iaitu Siaran Comedy Central Asia di siaran CH718.
Sebenarnya siaran ini hanya ada dalam Mini Pack dan tiada dalam Family Pack. Jadi pengguna Family Pack rugilah 1 siaran.
Sebenarnya siaran ini hanya ada dalam Mini Pack dan tiada dalam Family Pack. Jadi pengguna Family Pack rugilah 1 siaran.
Siaran baru tersebut, Comedy Central Asia ini akan bermula beroperasi pada 1 Januari 2020 (CH718 dan Astro GO). Tetapi di Astro GO, masih disediakan beberapa kandungan daripada Channel DIVA dan E! Entertainment. Jadi kalau nak tengok, kene daftar Astro GO dahulu. Caranya boleh rujuk Cara Daftar Dan Menggunakan Astro GO 2019
5 comments for "Kini Tiada Lagi Siaran DIVA Dan E! Entertainment Di Astro"
tapi bagi akak janji kartun, mustika, korea masih ada kira ok... sebab itu antara yang utama di tengok