Tengok Seat No. Kapal Terbang, Takut Dapat Seat Tiada Tingkap Pulak
Untuk pengetahuan korang terutamanya yang mungkin pertama kali naik kapal terbang, di dalam beberapa jenis kapal terbang ada seat no yang mana disitu tidak ada tingkap tau. Jadi kalau korang nak tahu seat no mana yang takda tingkap tu, meh sini aku share cara nak tengok seat korang tu ada tingkap ke tidak.
Buatnya korang pertama kali naik kapal terbang, pergi bercuti ke luar negara, feeling excited all the way from Kuala Lumpur Airport lagi, tiba-tiba sampai sahaja di seat dalam kapal terbang, dapat pula seat tepi TAPI tengok-tengok takda tingkap. Flight pula 5 jam, tak dapat tengok pemandangan daripada jauh kan. Kecewa beb!
Jadi jika anda berpeluang untuk memilih seat no, hindarkanlah seat no ini supaya percutian anda tidaklah muram seketika kan. Dapatlah tengok pemandangan sepanjang perjalanan membelah awan putih. Jadi jom tengok seat no. mana yang tiada tingkap ni.
Baca Juga : Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia
Seat No. Kapal Terbang Tiada Tingkap
Seat No. ini tidak terlebat untuk semua jenis kapal terbang pun dan bukan semua Airlines terlibat tetapi ianya masih wujud tau. Tidak mustahil selepas ini, korang pula kene seat takda tingkap tu. Apa-apa pun korang boleh semak dulu dengan cara dibawah :
- Korang pergi ke laman web www.seatguru.com
- Kemudian pilih Airlines dibahagian atas
- Disini lah korang boleh pilih Airlines yang korang ingin seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Lion Air, Japan Airlines, Malindo Air dan banyak lagi
- Kemudian, pilih jenis Kapal Terbang yang ada pada Airlines tersebut dan klik pada jenis tersebut.
- Last sekali, akan dipaparkan kedudukan seat beserta informasi yang lengkap berkaitan kapal terbang tersebut.
Untuk pengetahuan, antara Airlines dan kapal terbangnya yang patut korang elakkan ketika pilih seat adalah seperti berikut :
AirAsia X
A330-300 : 14A and 14K
Malaysia Airlines
B737-800 : 8A, 8F, 9A and 9F
Malindo Air
B737-800 : 8A, 8F, 9A and 9F
B737-900 : 11A, 11F, 21A, 21F, 22A and 22F
AirAsia X (A330-300)
Jika dilihat di dalam gambar, seat 14A dan 14K berwarna merah yang menunjukkan disitu seat tidak baik kerana tiada tingkap disediakan. Seat 51 juga berwarna merah tetapi masih ada tingkap cuma kerusinya tidak boleh diturunkan
Malaysia Airlines (B737-800)
Ianya sama sahaja indicator yang diberi. Seat 8A, 8F, 9A dan 9F tidak mempunyai tingkap. Hanya plain atau kosong sahaja bahagian itu.
Malindo Air (B737-800)
Ini gambaran sebenar kapal terbang tersebut, anda boleh lihat, tiada lubang tingkap disitu. Hanya dinding putih sahaja. Korang kene hadap monitor je la sepanjang perjalanan kan.
Jadi itulah serba sedikit, mungkin kalau korang ada pengalaman di Airlines lain atau pernah dapat seat no tersebut. Korang boleh la share di ruang komen. Jadi ingatlah, kalau dapat pilih seat no nanti masa nak travel jauh, elakkan lah seat no tersebuh keh.
21 comments for "Tengok Seat No. Kapal Terbang, Takut Dapat Seat Tiada Tingkap Pulak"