Makan Dan Shopping Ketika Berada di Phuket, Thailand
Jika korang baca di Itinerary Phuket Thailand, korang akan lihat ada sesi makan baik lunch, dinner dan juga shopping ketika berada di phuket untuk 4 hari. Tetapi Phuket bukanlah tempat shopping sebenarnya bagi aku. Sepertinya barang sedikit mahal dan kurang pilihan.
Baca Juga : Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand
Di Thailand sebenarnya pusat Shopping bukanlah berada di Phuket tetapi di Bangkok. Kerana di Phuket tumpuannya adalah lebih kepada pelancongan dan percutian. Di Bangkok barulah pelbagai barangan dijual baik mahal, murah dan menyediakan banyak pilihan.
Selama di Phuket aku menggunakan BigPay untuk mendapatkan kadar tukaran wang yang lebih baik berbanding cash. Tetapi sayang disana, kurang yang menerima bayaran debit. Jadi terpaksa lah guna cash. 7-eleven pun nak guna debit kena buat belian lebih THB 300. Nak jimat gunalah BigPay. Boleh baca sini pengalaman berbelanja guna BigPay. Super jimat.
Shopping Di Phuket
Walaupun bukanlah syurga beli-belah seperti di Bangkok tetapi masih menyediakan barangan yang baik. Recommended kalau nak beli souvenir yang banyak kene datang Phuket T-Shirt Factory Disini harga sehelai lebih kurang THB129 dan ke atas. Ada baju, ada keychain, ada bag dan sebagainya. Beli 10 barang, percuma 1 barang.
Di sepanjang Patong Beach juga ada disediakan banyak gerai dan kedai cenderahati, tetapi korang kene tahu disini kebanyakkannya adalah pelancong luar negara terutamanya daripada Rusia dan bahagian Eropah. Dengan wujudnya pelancong ini, kawasan ini harganya sedikit mahal daripada kawasan lain. Jadi kene pandai tawar la ya.
Thailand terkenal dengan barangan tempatan mereka iaitu Naraya. Tempat lain takde jual tau. Jadi datang sini, pergi je mana-mana butik Naraya dan belilah. Harga serendah THB100 pun ada.
Ni hadiah sebenarnya |
Selain itu sempat singgah di Central Phuket Floresta. Mungkin antara shopping mall terbesar di Phuket kot. Ada 2 bangunan dipisahkan dengan jambatan. Ianya sama sahaja dengan mall lain. Tiada apa yang istimewa pun.
Demikianlah antara tempat makan dan tempat shopping yang korang boleh lawati ketika berada di Phuket. Ingat, di Phuket bukanlah tempat untuk shopping sangat pun. Ianya lebih kepada tempat bercuti dan main laut sahaja.
Makan Di Phuket
Untuk mencari makanan halal di Phuket terutamnya di Patong Beach tidaklah terlalu susah. Untuk lebih menyenangkan, kedai ada logo halal, boleh makan tanpa ragu-ragu.
Di Phuket sempat lah makan di Hilltop Tunk-ka Resturant, food court Central Phuket Floresta dan makan disekitar Patong Beach yang menyediakan makanan tempatan dan juga makanan ringan pelbagai variasi di 7-eleven dan Family Mart.
Datang Thailand tak sah kalau tak cuba tomyam, thai tea, buah-buahan segar dan macam- macam lagi. Tetapi pastikan halal dulu tau.
Di 7-eleven juga banyak disediakan makanan halal yang tiada di Malaysia. Korang kene cuba semuanya kalau larat tau. Jangan risau 7-eleven dan family mart mereka dekat jaraknya. Jalan kaki je boleh jumpa.
Mat Travel on Twitter
Makanan wajib beli di 7-Eleven Thailand. Harga di antara 10baht - 45baht sahaja dalam RM1.47 - RM6.18. 💵 Wajib cuba sebab semua sedap sangat. 🤤 Kredit: Fatin Farhana (FB) Part 1/4 #thailand #7eleven
Jadi inilah antara pengalaman sendiri yang boleh aku share selama berada di Phuket, Thailand. Pengalaman yang mungkin tidak dapat selalu ini, haruslah diperguna dan diamati dengan baik. Secara ringkasnya, Phuket antara tempat yang menarik untuk datang terutamanya jika ingin menikmati pemandangan pantai yang menarik.
Jadi jika anda plan untuk ke Thailand kelak, Phuket juga antara tempat yang boleh anda pilih selain daripada tempat-tempat lain.
1 comment for "Makan Dan Shopping Ketika Berada di Phuket, Thailand"
cantik beg yang colorful tu... sesuai buat souvenir