Sudah masuk tahun 2024, perniagaan konvensional mungkin sedikit demi sedikit akan berkurangan kerana wujudnya peluang perniagaan secara online seperti di Shopee yang diuruskan secara online.
Cara daftar dan berniaga di Shopee ini juga tidak lah serumit seperti kita ingin membukan sebuah kedai fizikal yang memerlukan banyak perkara perlu diselesaikan.
Selain itu, melalui data statistik daripada MCMC pada tahun 2018, pengguna Internet di Malaysia berjumlah lebih 28 juta. Cuba bayangkan kalau 1% sahaja daripada jumlah itu membeli barang yang kita niagakan terutamnya di Shopee. Tak 28K ke. Banyak tu.
Baca Juga : Cara Melakukan Proses Refund Dan Withdrawal Di Shopee
Saya taknak terang lebih lebar tentang kelebihan Shopee ni, mungkin ramai dah tahu, atau saya terangkan kemudian.
Saya hanya nak kongsikan cara terkini mendaftar dan mula berniaga di Shopee. Mungkin boleh ikut step ini. Cara ini korang kene guna komputer. Lebih mudah dan banyak benda boleh buat.
BACA : Cara Buat Duit Melalui Affiliate Shopee Ambassador Program
Cara Mendaftar Di Shopee
Langkah #1 - Untuk permulaan,
Sign Up atau daftar dahulu akaun Shopee di
www.shopee.com.my
Langkah #2 - Kemudian akan diberi ruang untuk korang masukkan butiran seperti no telefon, username dan password. Pilih username yang nampak menarik. Barulah orang akan datang singgah di kedai Shopee korang. Baru orang ramai datang kan. Gambaran username seperti ini www.shopee.com.my/username
Username dan password jangan lupa pula tau. Korang akan guna sampai bila-bila ni
Langkah #3 - Setelah selesai verifikasi no telefon dan proses daftar semua. Korang perlu Log In pula buat pertama kali. Sekarang korang sudah boleh membeli di Shopee dan juga menjual atau berniaga di Shopee.
Langkah #4 - Untuk mula menjual, korang perlu tekan
Seller Centre di bahagian kiri atas homepage Shopee. Disini segalanya bermula jika korang nak berniaga di Shopee. Tahun 2020, kini terdapat 2 versi home interface iaitu old seller centre dan
new seller centre. Dah ada yang baru, kita guna yang baru lah kan.
Order - Disinilah segala urusan jual beli berjalan. Nak tahu pelanggan yang order, maklumat To Ship, Shipping, Return/Refund dan sebagainya.
Product - Korang boleh upload atau muat-naik segala produk yang korang jual disini. Masukkan maklumat produk dan sebagainya
Marketing Centre - Segala pengiklanan, campaign, voucher terletaknya dibahagian ini
Finance - Maklumat bayaran dan jualan akan dipaparkan disini. Berapa ringgit jualan korang, semua kat sini. Macam financial statement la
Data - Nak tengok kedai Shopee korang ada orang tengok ke, ada orang klik ke dan sebagainya. Kat sini korang boleh tengok. Ada pageview iaitu bilangan pengguna yang tengok produk korang.
Shop - Sini nak tengok rating kedai Shopee korang, Shop Setting semua. Nak set up gambar kedai Shopee, kene pergi bahagian sini.
Langkah #5 - Sebelum menjual. Sediakan dan cantikkan kedai Shopee korang terlebih dahulu. Korang pergi bahagian
Shop > Shop Setting
Yang paling penting pada bahagian Shop Profile ini adalah
Shop Name - masukkan nama kedai
Profile Photo - upload gambar yang menunjukkan identiti kedai korang seperti logo
Cover Photo - upload latar belakang gambar yang lebih besar.
Images and Videos - letak gambar barangan yang korang jual.
Shop Description - Terangkan sedikit berkaitan kedai shopee korang ni. Jual barang apa, lokasi kedai, kalau ada no SSM dan sebagainya.
Kemudian perkara lain adalah di bahagian Shop Addressees iaitu masukkan alamat kedai korang. Nanti akan terpapar jika korang buat penghantaran (Ship From)
Langkah #6 - Masukkan maklumat akaun bank untuk menerima bayaran daripada pelanggan. Korang pergi
Finance > Bank Account. Korang tekan
add bank account dan masukkan maklumat bank. Ada pelbagai bank seperti Bank Islam, Maybank, CIMB, Ambank, Bank Rakyat, BSN dan sebagainya.
Cara Masukkan Produk Ke Kedai Shopee Korang
Dah selesai set up kedai Shopee korang. Kini masa untuk masukkan produk yang korang jual ke dalam kedai. Mudah je. Jangan risau. Ikuti langkah di bawah.
Langkah #1 - Pergi semula ke Seller Centre > Product > Add New Product
Langkah #2 - Masukkan Product Name, pilih kategori produk korang. Dah selesai tekan Next
Langkah #3 -
Basic Information. Tulis kesemua maklumat berkaitan produk korang tersebut. Tanda * adalah ruang yang korang wajib isi.
*Maklumat Disini berbeza mengikut jenis kategori produk. Masukkan sahaja arahan yang diberi. Mudah je
Product Name : Nama barang korang
Product Description : Huraikan dan terangkan sehabis baik tentang produk korang tu. Masukkan Hashtag(#) supaya produk anda termasuk dalam keyword yang orang cari.
Category : Kategori/Jenis produk korang
Brand : Masukkan nama brand produk korang tersebut. Jika tiada dalam senarai, tekan Click Here To Set You Own untuk masukkan brand korang tersebut.
Langkah #4 - Sales Information. Senaraikan harga dan variasi bagi produk korang tersebut.
Price : Harga barang
Stock : Bilangan barang yang korang ada
Variation : Jika produk korang itu menawarkan pelbagai variasa seperti warna, bilangan, pakej dan sebagainya. Klik pada variation ini.
Wholesale : Jika korang ada juga menyediakan pembelian secara pukal atau wholesale, korang boleh klik di bahagian ini
Langkah #5 - Disini korang boleh upload gambar produk sehingga 9 gambar di bahagian Media Management
Langkah #6 - Masukkan butiran tentang saiz, berat dan shipping fee di bahagian Shipping
Langkah #7 - Dibahagian akhir sekali iaitu bahagian Other. Korang tick sama ada barang atau produk korang itu Pre Order atau tidak. Jika tidak pastikan korang ship dalam masa 2 hari dan pre-order dalam masa 7-30 hari. Juga kene pilih sama ada produk korang tu baru atau used.
Langkah #8 - Dah selesai semua. Tekan Save and Publish
Selesai!
Korang boleh tengok produk atau barang korang sudah dimasukkan di dalam kedai Shopee sendiri di bahagian Seller Centre > Product > My Product
Jika korang rasa susah untuk dapatkan pelanggan dan mahu tahu lagi pelbagai informasi di Shopee ini, korang boleh dapatkan buku panduan Bisnes Shopee : Bagaimana Menjana 4 Angka Seminggu Berniaga di Shopee
Dalam panduan ini korang boleh dapat pelbagai informasi seperti :
- Teknik Promosi semua lebih ramai nampak kedai Shopee anda ni.
- 5 tempat yang korang boleh buat dropship
- Cari tempat untuk korang boleh dapatkan stock
- Kaedah berniaga tanpa menyimpan produk pun
- Teknik rahsia dapatkan 1000 followers seminggu. Penting ni tau
- Cara selesaikan masalah kalau barang korang pos tak sampai/rosak
- Cara bungkus produk korang, borang apa nak print, dan macam-macam lagi. Semua ada dalam ni
- Cara pilih gambar yang lebih menarik dan dapat tarik pembeli
- Tatacara lebih lengkap untuk jalankan perniagaan di Shopee.
- Semua disediakan.
Kelebihan lain daripada pembelian Bisnes Shopee ni :
- Korang akan dapat lagi 3 buah ebook bonus iaitu
- Jual Produk Tanpa Pesaing
- Cara Promosi Secara Percuma
- Strategi Niaga Tanpa Modal Di Shopee
- Facebook Group Support
11 comments for "Cara Mendaftar Sebagai Seller Shopee"