Amran Dan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 Berpisah Tiada

Amran Dan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 Berpisah Tiada
sumber gambar : telegram Hafiz Mohd

Pasti ada yang faham antara Amran dan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ini. Mana kan tidak, rata-rata mereka ketahui akan hal ini pasti geram, bengang dan teringat sampai bila-bila bila disebut nama amran kan. Nak lebih lagi tambah dengan itik. hahaha inilah juga yang dilalui oleh aku baru-baru ini.

Sebenarnya pada 13 Disember 2019 yang lepas, pihak SPA telah mengadakan peperiksaan online Penolong Pegawai Pendaftaran KP29. Jadi kebanyakkan soalan yang dikeluarkan adalah menggunakan satu nama dan nama tersebut adalah Amran. Jadi sejurus selesai exam tersebut, ramai luahkan kata-kata di media sosial terutamanya Twitter dan Facebook. Macam-macam korang ni.


Pengalaman Jawab Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pendaftaran KP29


Aku merupakan salah seorang calon peperiksaan bagi jawatan ini. Peperiksaan sebenarnya diadakan 2 sesi iaitu pada 5 Disember 2019 dan juga 13 Disember 2019 dan pastinya soalan-soalan yang diberikan berbeza. Jangan risau.

Aku tak tahu akan situasi pada 5 Disember tersebut berbanding pada sesi aku iaitu sesi 2 pada 13 Disember 2019. Daripada 20 soalan yang ditanya bagi seksyen A, hampir separuh soalan menggunakan nama Amran dan segelintir menggunakan watak itik. Jadi viral lah sekejab di Twitter kan.

Baca Juga : Cara Daftar SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Bagi pengalaman aku, ini kali ke-3 aku berjaya lalui tapisan awal iaitu PSSE atau Peperiksaan Online bagi jawatan SPA. Untuk tapisan lain, aku pernah kongsikan dalam pengalaman UKJK bagi jawatan PTD M41. Tapi tiada rezeki untuk tapisan seterusnya. Bukan rezeki, takpalah.

Untuk 2019, ini kali pertama Peperiksaan Online iaitu bagi jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29. Untuk pengetahuan, peperiksaan kali ini dibahagikan kepada 2 Seksyen iaitu Seksyen A dan Seksyen B iaitu daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa inggeris.

Amran Dan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 Berpisah Tiada
Contoh formula dan soalan diberi dalam e-book tersebut

Aku bersyukur sangat, kali ni aku ada bahan untuk study lebih iaitu e-book daripada Tim Infokerjaya yang telah menyediakan bahan ulangkaji yang saya rasa sangat berguna untuk menghadapi peperiksaan online SPA ni. Aku pernah kongsikan sebelum ini di berkenaan bahan persediaan bagi jawatan Penolong Pegawai Peperiksaan KP29. Aku rasa, lepas ni kalau ada lagi peperiksaan online lain, korang boleh dapatkan e-book daripada Tim Infokerjaya. Jangan risau, aku cuba kongsikan nanti.

Amran Dan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 Berpisah Tiada

Amran Dan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 Berpisah Tiada

Amran Dan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 Berpisah Tiada

Amran Dan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 Berpisah Tiada

Amran Dan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 Berpisah Tiada

Pada hari tersebut, Seksyen A mengandungi 20 soalan lebih kepada soalan matematik dan 20 soalan bagi Seksyen B iaitu lebih kepada kefahaman Bahasa Inggeris. Rata-rata soalan sepertinya pada tahap SPM sahaja dan tidaklah terlalu sukar kalau korang mempunyai asas matematik yang kukuh dan begitu juga soalan Bahasa Inggeris. Kesukaran hanyalah pada masa sahaja. Korang perlu jawab Seksyen A dalam 30 minit dan Seksyen B hanya 20 minit. Nak apply formula lagi, memang tak cukup masa la kan.


Jadi untuk tips bagi jawatan lain

  1. Laburkan sedikit dengan dapatkan e-book Tim Infokerjaya jika tiada apa-apa bahan untuk ulang kaji.
  2. Study atau ulang kaji sedikit berkaitan matematik dan Bahasa Inggeris.
  3. Cuba jawab soalan bersama rakan lain untuk dapatkan bantuan.
  4. Sediakan calculator, kertas dan pen untuk mengira.
  5. Gunakan khidmat Google jika tak faham bahasa Inggeris
  6. Jangan ambil masa yang lama bagi satu-satu soalan. Kadang ada soalan yang lebih senang selepas itu.
  7. Berdoa sebelum dan selepas peperiksaan. Ini adalah senjata kita sebagai umat Islam.

Jadi inilah serba sedikit perkongsian aku bagi peperiksaan online bagi jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29. Harap Amran yang disebut-sebut itu tidak mengganggu ketika aku jawab ketika itu. Keputusan mungkin dikeluarkan selepas 1-2 minggu selepas peperiksaan online tamat. Tunggu je la. Good luck juga kepada yang menduduki peperiksaan online sebelum ini dan mana-mana jawatan pun.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Amran Dan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 Berpisah Tiada"