Senarai Top 5 e-Wallet Di Malaysia. Korang Selalu Guna Yang Mana?
e-Wallet atau e-Dompet dalam bahasa Malaysia merupakan suatu perkhidmatan pembayaran tanpa tunai yang dibayar hanya menggunakan secara online dengan menggunakan sistem bar code. Setiap kali ingin membuat pembayaran, anda cari bar code akaun tersebut, scan menggunakan telefon pintar dan secara automatik pembayaran berjaya.
Inilah sistem yang sedang giat membangun di Malaysia khususnya bagi mengurangkan transaksi secara tunai. Zaman serba canggih sekarang, dengan setiap orang pasti ada telefon pintar dipoket, perkhidmatan e-wallet boleh digunakan oleh mereka. Sehingga Kerajaan dah umumkan peruntukan dalam Belanjawan 2020 baru berkaitan e-wallet ini.
Budak sekolah pun boleh ada e-wallet kalau ada telefon pintar sebaliknya mereka tidak layak lagi untuk memohon kad debit kan.
Justeru itu, banyaklah syarikah berlumba-lumba mewujudkan e-wallet mereka itu sendiri. Sebagai contoh antara e-wallet yang ada di Malaysia seperti Maybank Pay, WeChat Pay, Boost, Touch 'N Go, BigPay, Fave Pay, AliPay, Grab Pay dan banyak lagi.
Dengan lambakan e-wallet yang ada ini, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Tetapi timbul juga masalah, iaitu mana antara premis yang banyak disediakan perkhidmatan bayaran daripada e-wallet ni? Berbeza dengan China sebagai contoh, disana kuasa besar e-wallet ini hanya ada pada AliPay dan juga WeChat Pay. Sehingga kedai tepi jalan pun sedia terima pembayaran WeChat Pay.
Top 5 e-Wallet Di Malaysia Paling Banyak Digunakan
Jadi melalui kajian daripada iPrice Group dan App Annie, mereka senaraikan top 5 e-wallet yang banyak digunakan di Malaysia bermula tahun 2017 hingga 2019. Mereka mengeluarkan data seperti dibawah dengan membuat perbandingan pengguna aktif setiap bulan dan juga e-wallet yang paling banyak dimuat turun bagi Android dan iOS
Menurut infografik yang ditunjukkan antara e-wallet yang tersenarai adalah Boost, Touch 'N Go, Fave, Razer Pay, AliPay, BigPay, Grab Pay, dan Maybank Pay.
Menerusi data itu juga, boleh disimpulkan Grab Pay menduduki tangga pertama aplikasi e-wallet yang banyak dimuat-turun dan digunkan setiap bulan diikuti Touch 'N Go ditempat kedua, manakala Boost, Fave dan BigPay masing-masing di tempat ke 3, 4 dan 5.
Sebenarnya Grab Pay mempunyai kelebihan yang lebih berbanding e-wallet lain iaitu dalam aplikasi Grab itu sendiri terkandung bermacam-macam ciri seperti Grab Car, Grab Food dan sebagainya. Mungkin ini memberi kesan kepada ramainya pengguna yang muat turun. Malaysia ni, Grab Car je banyak dan aktif.
Baca Juga : Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?
Sejujurnya, aku hanya menggunakan 3 sahaja e-wallet setakat ini iaitu Boost, Touch 'N Go dan BigPay. Aku tak gunakan Grab Pay tapi guna perkhidmatan Grab Car.
Untuk Boost pada awalnya aku gunakan untuk pembayaran parking DBKL kerana ada diskaun, Touch 'N Go aku gunakan bila beli tiket wayang dan juga beli jika ada promosi seperti Tealive, KFC dan sebagainya. BigPay paling aku kerap guna lagi-lagi bila perbelanjaan lebih RM20 sebab dapat point BIG AirAsia. Boleh terbang free nanti. Guna biasa isi minyak petrol.
Masing-masing mempunyai kelebihan, pandai-pandai gunalah kan. Jadi antara top 5 e-wallet yang ada ni, korang guna yang mana? atau ada senarai lain? Kongsikan diruangan komen.
sumber : iPrice dan soyacincau
12 comments for "Senarai Top 5 e-Wallet Di Malaysia. Korang Selalu Guna Yang Mana?"
Grab Pay nampak bagus tapi memang tak guna Grab.
Debit card je la guna kadang-kadang kalau dah malas sangat nak cucuk duit.
Senang Cashless ni tapi kena educate lebih la dan ramai lagi yang tak berani guna especially mak pak kita sebab takut duit hilang.