Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline
Di Phuket Paradise anda boleh merasai 2 pengalaman iaitu menaiki ATV dan juga Zipline. Seperti diberiahu melalui artikel Itinerary Phuket, Thailand kami hanya menaikit ATV sahaja ketika berada di Phuket Paradise.
Artikel Berkaitan : Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand
Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak TBH1200 hingga 2500. Berbeza mengikut masa yang ditetapkan. Kami semua sebelum ini hanya menaiki selama 1 jam sahaja pergi dan balik secara keselurhan. Track atau jarak perjalanan adalah bermula daripada Phuket Paradise sendiri sehingga Big Buddha.
Pengalaman Menaiki ATV
Perjalanan melalui beberapa kawasan seperti turun curam, naik bukit, jalan berlobang, jalan tar, jalan berair dan sebagainya. Bagi aku sebagai pemula, agak mencabar dan pada awalnya sedikit kekok untuk mengawal handle kerana ianya 4 tayar dan bukannya 2 tayar seperti motosikal. Anda kene ingat, pemanduannya sedikit berbeza.
Dalam perjalanan, korang akan lalui 1 kawasan Elephant Santuary, sangat hebat pemandangannya. Banyak gajah disini korang dapat lihat. Disini juga disediakan perkhidmatan naik gaha, tapi please jangan naik gajah kerana ianya seperti suatu penyeksaan kepada mereka. Akhirnya lebih 30 minit sampai di Big Buddha, bergambar dan pulang mengikut jalan yang sama.
Pengalaman menaiki ATV di Phuket Paradise tidak boleh dilupakan. Jika diberi kesempatan, aku nak naik lagi. Kalau sponser la, sebab ini dekat RM150 juga sekali naikkan. Mungkin boleh cuba di Malaysia untuk merasai pengalaman menaiki ATV.
7 comments for "Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline"
x pernah naik.. x penah juga pi Thailand huhu~
Hopefully ada rezeki pi sana