Berapa BigPay Exchange Rate Yang Ditawarkan? Murah Sangat Ke?
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk melawat dan travel ke negara jiran Thailand. Antara perkara yang mula-mula aku fikir adakah betul tawaran yang ditawarkan oleh BigPay berkaitan dengan BigPay Exhange Rate adalah rendah? Jadi di luar negara je la boleh aku cuba disebabkan dengan kadar tukaran wang atau Exchange Rate.
Mana yang tidak tahu, sebelum ini aku ada keluarkan entry berkaitan BigPay. Anda nak tahu apa itu BigPay? Kenapa pilih BigPay? Kelebihan BigPay dan sebagainya. Anda boleh baca penerangan kesemuanya disini. Jika anda berminat, anda juga boleh daftar mengikut langkah mudah yang disediakan. Pastinya percuma.
Artiket Berkaitan : Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?
Secara ringkat, BigPay ini lebih kurang seperti e-wallet, anda nak guna, anda kene topup masuk ke dalam akaun BigPay. Tetapi yang best, tak perlu guna QR Kod nak bayar, sebab di bagi Kad Debit Mastercard. Jadi 1 dunia boleh guna kad ni kan.
Dalam website BigPay ada memberitahu dimana BigPay antara perkhidmatan yang menyediakan kadar tukaran wang yang terbaik atau best currency exchange rate. Jika anda berbelanja menggunakan kad debit bank anda, pastinya tukaran wang itu lebih kecil kerana bank mengambil sedikit bayaran. Jadi tukaran wang itu tidak besar la. Berbeza dengan BigPay! Tap betul ke?
Tawaran BigPay Exchange Rate Yang Rendah Daripada BigPay. Serius Beb
Anda boleh dapatkan 2 cara untuk ketahui Big Pay currency exchange rate iaitu jika anda sampai ke negara tersebut, popup currency exchange rate akan keluar dengan sendiri. Selain itu, cara kedua anda sudah boleh ketahui dengan melayari sendiri laman web BigPay
Sampai di Phuket, Thailand aku berjaya juga dapatkan currency exchange rate yang ditawarkan oleh BigPay. Popup akan keluar dan memberitahu berapa kadar tukaran wang yang diberi BigPay daripada Thailand Baht kepada Ringgit Malaysia
Jika popup tidak berjaya dikeluarkan, jangan risau, anda boleh kira sendiri melalui cara dibawah :
- Pergi ke Mastercard currency conversion calculator
- Masukkan tarikh semasa atau sebelumnya (jika nak buat semakan)
- Masukkan transaction currency negara yang anda lawati
- Masukkan card currency negara anda (MYR = Malaysian Ringgit)
- Masukkan 0.00% pada bahagian Bank Fee (Inilah yang BigPay tidak kenekan caj)
- Masukkan nilai duit yang anda mahu pada bahagian Transaction Amount
- Tekan Calculate ..... Itulah nilai yang anda akan belanja di negara tersebut
Sebagai contoh ketika aku berada di Phuket (Thai Baht kepada Ringgit Malaysia)
Pada 16 Nov 2019, aku dapatkan tukaran wang iaitu 1 THB = 0.1376. Sedangkan tukaran di KLIA pada hari tersebut adalah 1 THB = 0.15++ dan di Temerloh 1 THB = 0.14++ (Tak sempat nak ambil gambar di money changer).
⏩ Daftar BigPay Disini Dan Masukkan Kod 0LMZHKVZ3T Dan Boleh Dapatkan RM10 Secara Percuma
Ternyata jika tukar di money changer sekali pun, akan dapat nilai tukaran yang rendah berbanding nilai tukaran yang ditawarkan oleh BigPay. Bank pun akan mengenakan bank fee.
Sebagai contoh, aku ada beli barang di Phuket menggunakan kad debit yang diberikan oleh BigPay. Disitu anda boleh lihat terus kadar tukaran wang yang diberi melalui aplikasi BigPay. Melalui aplikasi, anda boleh pantau setiap duit yang anda belanjakan.
Mengikut pengalaman, serius jika anda nak berbelanja dengan kuantiti yang banyak, better guna BigPay berbanding cash. Mastercard digunakan secara worldwide, setiap negara gunakannya. Jika mereka sediakan pembayaran melalui mastercard, guna BigPay je, jimat.
Kaki travel memang wajib la guna BigPay ni kan. Pergi daftar dan dapatkan kad BigPay secara PERCUMA je okeh! Ikuti cara daftar disini
Jangan lupa masukkan kod 0LMZHKVZ3T untuk dapatkan RM10 secara percuma.
2 comments for "Berapa BigPay Exchange Rate Yang Ditawarkan? Murah Sangat Ke?"