Adakah Anda Layak Untuk Program Subsidi Petrol (PSP)?

subsidi petrol kerajaan

Adakah anda sudah tahu akan kewujudan Program Subsidi Petrol (PSP) yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sebelum ini. Perkenalan tersebut melalui Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu YB Saifuddin Nasution Ismail.

Jadi apa itu PSP?

Melalui kenyataan yang digariskan oleh pihak KPDNHEP sendiri, Program Subsidi Petrol (PSP) adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya bermula tahun 2020.


Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

cara daftar subsidi petrol
Sumber : bernama
Baca Juga : Cara Daftar SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Siapakah Yang Layak Menerima PSP ini?


Syarat-Syarat Kelayakan Penerima dalam Program Subsidi Petrol adalah seperti berikut. Bagi membolehkan anda menerima subsidi ini, ianya mesilah memenuhi semua syarat
  1. Merupakan penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;
  2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
  3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan buah motosikal;
  4. Kriteria kenderaan yang layak berdasarkan kapasiti enjin:
Jenis Kenderaan  Kriteria Enjin
Kereta ≤ 1600cc
Kereta > 1600cc dan berusia ≥ 10 tahun 
Motosikal ≤ 150cc
Motosikal > 150cc dan berusia ≥ 7 tahun

*Penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan tidak akan menerima Subsidi Petrol ini tetapi mereka akan menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter.

Berapakah Subsidi Yang Diberi Melalui PSP?


Kadar kelayakan subsidi mengikut pemilikan kenderaan yang dinyatakan oleh pihak KPDNHEP kepada mereka yang layak adalah seperti berikut:

cara daftar subsidi petrol

Subsidi petrol akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada suku pertama tahun 2020 dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan iaitu Januari hingga April 2020. Jadi jumla terkumpul bagi kereta sebanyak RM120 dan motosikal sebanyak RM48.


Semakan Kelayakan Penerimaan Program Subsidi Petrol (PSP)


Anda tidak perlu daftar untuk menerima subsidi petrol ini. Sebaliknya, bermula 15 Oktober 2019 ini, anda sudah boleh menyemak kelayakan menerima Program Subsidi Petrol (PSP) dan program PSP ini akan bermula pada tahun 2020.

Jadi untuk mengetahui anda anda layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP), anda boleh semak melalui pautan di bawah :

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan dengan Program Subsidi Petrol (PSP) anda boleh layari portal rasmi di www.psp.kpdnhep.gov.my

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

3 comments for "Adakah Anda Layak Untuk Program Subsidi Petrol (PSP)?"

Comment Author Avatar
Pada pendapat aku bro. Ia masih tidak relevan dengan keadaan ekonomi dan , better turunkan harga minyak dan bagi subsidi seperti dahulu. Insha Allah semua golongan akan reda dengan masalah sebegini
Comment Author Avatar
dari beri subsidi baik turunkan harga petrol tp utk warganegara je laa
Comment Author Avatar
terima kasih atas perkongsian