Fungi WeChat Yang Ramai Tak Tahu

fungsi dan kelebihan wechat pay

Kita biasa dengar bila orang sebut berkaitan aplikasi WeChat, mesti diberi gelaran yang buruk-buruk kepadanya. Antara yang biasa kita dengar WeChat dikaitkan dengan rempit, budak-budak wechat, budak-budak nak up dan banyak lagi.

WeChat adalah sebuah aplikasi daripada China yang berfungsi sebagai aplikasi permesejan seperti Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Tetapi itu yang kita tahu terutamanya di bagi orang Malaysia. Tahukah anda, di negara asalnya China, WeChat bukan sekadar aplikasi permesejan tetapi ianya adalah segalanya seperti sebuah one stop centre.

BACA JUGA : Jom Tengok Apa Kelebihan Telegram Daripada Aplikasi Lain

Mesti ramai tak tahu kan? Tetapi inilah hakikat fungsi sebenar WeChat. Terdapat banyak fungsi yang berguna ada didalamnya. Secara asasnya di China, WeChat berfungsi sebagai permesejan, media sosial dan juga berfungsi sebagai pembayaran mobile melalui WeChat Pay. Dengan fungsi ini, banyak yang boleh dilakukan.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Malaysia, arhamfuadd yang berada di China yang berkongsi berkaitan kelebih-kelebihan WeChat yang orang ramai tak tahu. Tetapi malangnya fungsi ini hanya ada di China sahaja, di Malaysia hanya sebahagian sahaja.

Fungsi Dan Kelebihan Aplikasi WeChat

Di Malaysia, terkenal dengan pelbagai fungsi e-wallet antaranya adalah Boost, Touch 'n Go, BigPay, GrabPay, WeChat Pay dan banyak lagi sebenarnya. Tahukah anda, di China hanya terdapat 2 e-wallet yang terbesar dan terkenal yang ramai digunakan iaitu Alipay dan WeChat Pay.

BACA JUGA : Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

Jika anda ingin menggunakan WeChat Pay, anda perlu ada bank akaun China. Wechat Pay ini berfungsi sama seperti debit card, kita just link 'Debit Card' dengan 'WeChat', apa-apa pembayaran dia akan tolak terus dari akaun bank kita.

fungsi dan kelebihan wechat pay

WeChat Pay Sebagai One Stop Payment

Di China, tak perlu dah susah-susah nak keluar dari rumah atau nak login online banking, kita boleh bayar utiliti bil, tiket kapal terbang, penghantaran makanan dan sebagainya hanya dengan menggunakan Wechat Pay.

Jadi jom tengok, apa yang boleh dibuat WeChat dan juga WeChat Pay.

1.  Topup / Reload

Bagi pengguna yang menggunakan prepaid di telefon bimbit, mereka boleh terus reload di sini. Untuk postpaid pon sama, just reload ikut baki tertunggak bulan tersebut. Apa yang best dekat Wechat, bila kita reload kita akan dapat discount.

2.  Bayaran Bil Utiliti

Dengan WeChat Pay juga, anda boleh membuat pembayaran bil utiliti seperti bil air, bil elektrik, bil WiFi dan banyak lagi yang berkaitan dengan utiliti. Kalau di Malaysia macam bayar di TNB la. DI China, Anda hanya perlu masukkan nombor akaun bil tersebut dan terus boleh membuat pembayaran melalui WeChat Pay.

fungsi dan kelebihan wechat pay

5. Didi e-Hailing

Jika di Malaysia, antara perkhidmatan e-hailing terkenal adalah Grab, Uber, MyCar, Maxim dan sebagainya. Tetapi di China antara yang terkenal adalah Didi. Kategori juga sama seperti di Grab, ada juga Didi Premier seperti Premier 6-seater dan juga Luxury. Katanya pada pilihan Luxury, anda mungkin berpeluang menaiki Tesla. 🏎

6. Penghantaran Makanan

Di China, food delivery paling popular adalah Meituan Waimai. Kalau di Malaysia ada Foodpanda, Food Grab dan macam-macam lagi. Tetapi fungsinya hanya menghantar makanan. Berbeza dengan Meituan Waimai dimana mereka bukan sahaja menghantar makanan tetapi mereka juga menghantar ikan, sayur, sabun, biskut dan pelbagai lagi. Terus ke rumah anda. Bayar guna aplikasi WeChat je.

7. Panggung Wayang

Di Malaysia, kita juga biasa membeli tiket wayang secara online di aplikasi seperti GSC dan MBO. Di China juga anda boleh membeli tiket wayang tetapi terus di aplikasi WeChat sahaja. Jadi mereka tak perlu susah payah beratur beli tiket. Hanya menggunakan WeChat dan bayar menggunakan WeChat Pay.

fungsi dan kelebihan wechat pay

8. Pembayaran Tiket Flight Dan Hotel

Buka WeChat, disana juga anda boleh buat tempahan kapal terbang dan hotel serentak, sama seperti Traveloka, Expedia, Agoda dan lain-lain. Di China, mereka ada Tongcheng Yilong. Hampir kesemua tempahan boleh dibuat seperti bullet train, train biasa, hotel dan flight baik secara antarabangsa dan domestik.

9. Online Shopping

Ini pasti ramai yang suka iaitu berbelanja di atas talian atau online shopping. Kita biasa online shopping di Lazada atau Shopee. Di China menerusi aplikasi WeChat ada juga seperti Jingdong. Mudah, tak perlu install aplikasi lain kan.

10. Pembelian Rumah

Di WeChat juga, anda juga boleh mencari rumah sama ada untuk membeli atau sewa. Ianya mungkin fungsi sama seperti Mudah.my di Malaysia. Dengan fungsi ini, tidak perlu lagi bersusah payah mencari rumah secara manual pergi ke setiap taman perumahan.

fungsi dan kelebihan wechat pay

Jika dilihat semua fungsi yang ada di dalam aplikasi WeChat dan pembayaran juga boleh dilakukan menggunakan WeChat Pay, sepertinya kita tidak perlu lagi untu download aplikasi-aplikasi yang lain.

Semua yang ada mahu, ada di dalam WeChat. Selain berinteraksi sesama rakan, WeChat juga dapat memudahkan kerja harian orang China.

Tetapi sayangnya fungsi dan kelebihan yang disenaraikan ini, tidak boleh digunakan di Malaysia. Kita nak buat pembayaran guna e-wallet pun, mesti melihat penjual tersebut ada atau tidak akaun Wechat ini, barulah boleh buat pembayaran.

Di China mereka menggunakan WeChat Pay dan Alipay secara meluas. Katanya hampir tidak perlu membawa cash untuk berbelanja. Peniaga tepi jalan pun sediakan QR Code WeChat Pay atau Alipay bagi urusan pembayaran.

fungsi wechat sebenar

Mungkin peminta sedekah pun pakai WeChat pay di China

sumber : twitter arhamfuadd

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

7 comments for "Fungi WeChat Yang Ramai Tak Tahu"

Comment Author Avatar
sy ada pasang tapi tak guna sepenuhnya hehehe
Comment Author Avatar
dulu pernah ada akaun wechat, tapi macam tak ramai yg guna. and banyak yg guna untuk benda2 mengarut. haha.
Comment Author Avatar
penah ada akaun wechat jugak sebelum nie dan bertahan hingga 5 tahun, tapi terpaksa uninstall kerana kebanyakkan penggunanya guna aplikasi nie untuk tujuan yang tak senonoh.. tapi sebenarnya sayang jugak la akaun tue sebab dah ramai kawan kat situ, tapi dek segelintir orang yang tak bertanggungjawab, kenalah uninstall..
Comment Author Avatar
sekrg mudah..semuanya dah online, dihujung jari...tak pernah guna applikasi ni...sekrg ni grab yg nmpk berkembang, dah ada pelbagai servis..
Comment Author Avatar
Ada lagi akaun wechat sampai sekarang , tapi tak guna dah . No wonder office mate chinese dan customer chinese selalu mintak wechat . Semua benda dia nak send guna wechat je . Bagi kita yang melayu nie whatsapp dan telegram je yang paling mudah . Heheh :)
Comment Author Avatar
betul tu. chinese suka guna wechat. mungkin la dia optimize dengan bahasa mereka kan
Comment Author Avatar
Ada Rajan vina mama bgtau juga ttg WeChat ni. Mmg byk fungsinya