Pengalaman Menggunakan Amazfit Bip. Adakah 'Smartwatch' Termurah?

Pengalaman Menggunakan Amazfit Bip

Setakat hari ini hampir 2 bulan telah bersama dan merasaai pengalaman menggunakan Amazfit Bip. Jika sebelum ini aku ada keluarkan 1 posting buka-kotak Amazfit Bip bila mula-mula aku beli daripada Shopee.

Disitu aku terangkan secara terperinci spesifikas dan ciri-ciri yang ada pada sebuah jam tangan Amazfit Bip. Sebenarnya ianya bagi aku bukan sebuah smartwatch atau jam pintar yang sama berfungsi seperti Apple Watch, Galaxy Watch dan macam-macam lagi. Ianya merupakan teknologi fitness tracking tetapi ianya lebih pintar daripada biasa. Ianya mungkin separuh pintar kot.


Jam Amazfit Bip ini merupakan kelauran syarikah Huami yang lebih menfokuskan kepada jam tangan pintar dan juga ada bekerja sama dengan pihak Xiaomi bagi mengeluarkan Smartband iaitu Mi Band yang kini keluaran terbaru adalah Mi Band 4.

Jadi hampir 2 bulan aku merasai pengalaman menggunakan Amazfit Bip ini dalam pelbagai keadaan. Yang pastinya ianya adalah jam tangan separa pintar yang canggih termurah yang boleh didapatkan buat masa sekarang berbanding dengan pesaingnya yang lain seperti Garmin, Fit Bit dan pelbagai lagi.

Dengan harga masa itu aku dapatkan hanya RM219 sahaja anda boleh dapatkan jam tangan Amazfit Bip yang mampu bertahan lebih 10 hari ketahanan bateri dan paling menarik minat adalah terbinanya GPS didalam jam ini.

Pengalaman Menggunakan Amazfit Bip


Pengalaman Menggunakan Amazfit Bip

Seperti diberitahu, aku merasai pengalaman menggunakan Amazfit Bip hampir 2 bulan. Jam ini menjadi satu-satunya jam tangan harian yang aku guna dimana-mana sahaja. Fungsi utama aku dapatkan jam ini adalah menggantikan Mi Band 2 aku sebagai fitness tracking. 

Pada awalnya aku nak dapatkan Amazfit Bip ini hanya sebagai fitness tracking with build-in GPS tetapi akhirnya ianya menjadi jam tangan harian aku dalam semua keadaan. Sepanjang aku menggunakanya, aku suka Amanzfit Bip ini dengan beberapa sebab dan sehingga kini aku masih menggunakannya.

5 Sebab Aku Suka Mengunakan Amazfit Bip

Mungkin pengalaman menggunakan Amazfit Bip ini berbeza diantara pengguna. Bagaimana anda menggunakan jam tersebut, juga memberi kesan kepada jam tersebut. Jadi ini merupakan pengalaman aku sendiri untuk berkongsi kepada pembaca, jika anda juga berminat untuk dapatkannya.

1.  Terbina GPS Secara Dalaman

Inilah antara sebab terawal aku dapatkan Amazfit Bip ini iaitu wujudnya GPS di dalam jam yang kecil ini. Jika sebelum ini pada Mi Band, tidak adanya GPS terbina didalam, jadi untuk mengesan jejak setiap langkah anda, anda perlu membawa sekali telefon bimbit anda.

Jika sebelum ini aku membawa sekali iPhone 5S aku yang bersaiz kecil dan ringan, tetapi tidak lagi sekarang kerana aku menggunakan Google Pixel yang ternyata lebih besar dan lebih berat daripada iPhone 5S aku sebelum ini.

Pengalaman Menggunakan Amazfit Bip

Kini dengan Amazfit Bip, aku tidak lagi perlu membawa telefon bimbit ketika berlari kerana di dalam jam tersebut sudah ada GPS. Jadi ianya mampu untuk mengesan dan menandakan setiap perjalanan anda tanpa menggunkan telefon bimbit. Sekarang aku hanya memakai jam sahaj ketika berjogging atau berlari.

2.  Harganya Yang Murah Dan Mampu Milik

Selepas aku mencari jam tracking fitness yang mempunyai GPS, Amazfit Bip sekali lagi mencuri perhatian bila ianya menawarkan harga yang murah dan mampu milik khusus bagi yang giat aktif bersukan.

Dengan harga RM219 yang aku dapatkan daripada Shopee sebelum ini, bagi aku ianya amat berbaloi dengan harga jika dibandingkan dengan pesaing lain yang harga paling murah pun bermula daripada RM400 dan ke atas. 


Mungkin separuh daripada harga tersebut, kita boleh spend ke bahagian lain pula mungkin seperti kasut jogging bukan. Jika anda lihat di Shopee tersebut, ada yang menjual sehingga bawah RM200 pun ada. Jadi jadilah pengguna dan pembeli yang bijak. Jika anda nak beli sama seperti yang aku beli, anda boleh dapatkan link tersebut di posting buka-kotak Amazfit Bip sini.

3.  Reka Bentuk yang Nipis

Sebenarnya reka bentuk nipis ini pada awalnya tidaklah diberi perhatian, tetapi selepas menggunakanya baru aku merasa sesuatu jika dibandingkan dengan Mi Band 2 aku sebelum ini. 

Jika membuat perbandingan reka bentuk, ketebalan Mi Band 2 adalah 10.5 mm dan Amazfit Bip hanya 8.0 mm. Disebabkan Amazfit Bip nipis daripada Mi Band, ianya selesa dibawah solat terutamnya ketika posisi tangan anda ketika membaca Al-Fatihah. Ianya lebih selesa daripada Mi Band yang agak sedikit tebal. Masa solat pun aku pakai.

Pengalaman Menggunakan Amazfit Bip

4.  Bateri Tahan Lebih Lama

Inilah merupakan antara ciri jam tangan jenis fitness tracking berbanding jam pintar atau smartwatch. Rata-rata smartwatch hanya akan bertahan selama 2 hari je paling lama, jadi anda perlu charge kembali jam anda tersebut.

Berbeza dengan tracking fitness yang boleh bertahan sehingga 1 bulan lamanya. Bagi Amazfit Bip, katanya ianya mampu bertahan selama 45 hari tapi mengikut atas cara penggunaan juga. 

Untuk aku yang menggunakan GPS setiap hari selama setengah jam, bateri mampu bertahan sehingga 10 hari daripada 100% sehingga 5%. Lepas 10 hari, anda baru charge jam tangan tersebut. Tetapi jika penggunaan kurang tanpa GPS, bateri mampu bertahan sehingga 15 hari lamanya. Sangat puas hati bukan.

Pengalaman Menggunakan Amazfit Bip

Sekiranya charger anda hilang, anda boleh beli sahaja di Shopee dengan harga RM10 sahaja. Boleh tengok sini.

5.  Mampu Membaca Notifikasi Dengan Baik

Ini juga antara ciri yang aku suka dimana Amazfit Bip mampu mengeluarkan notifikasi jika ianya disambungkan dengan telefon pintar anda. Beberapa aplikasi yang mampu memberi notifikasi seperti aplikasi Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan pelbagai lagi. Aku lebih suka kepada notifikasi daripada Whatsapp.

Jika jam tersebut menerima notifikasi daripada Whatsapp, mesej tersebut akan dipaparkan di jam anda. Ianya memaparkan siapa yang menghantar dan beberapa aksara daripada mesej Whatsapp tersebut. Jadi anda boleh tahu siapa dan apa mesej yang dihantar melalui jam sahaja tanpa perlu melihat kepada telefon pintar anda.

Notifikasi lain seperti Twitter juga aku suka. Selain itu, ia juga dapat menunjukkan notifikasi panggilan masuk. Disitu anda boleh membuat pilihan sama ada mahu angkat call atau reject call terus dariapda Amazfit Bip tetapi nak bercakap kene melalui telefon la.


Semua ini hanya notifikasi sahaja, anda tidak boleh menjawab daripada aplikasi tersebut. Anda boleh baca sahaja.

Kekurangan Yang Boleh Diatasi

Jadi inilah antara sebab dan juga pengalaman menggunakan Amazfit Bip selama hampir 2 bulan ini. Disebalik sudut positif, ada juga yang aku kurang sedikit berkaitan Amazfit Bip iaitu kualiti skrin yang hanya menggunakan Transflective color display dalam erti kata lain skrin tak cantik. Tetapi disebalik kekurangan itu, dengan skrin 2.5 inci ini anda boleh menukar pelbagai antaramuka yang disediakan oleh pihak Huami sendiri dan juga pengguna lain.

Katanya terdapat hampir beribu pilihan yang anda boleh buat untuk mencantikkan antaramuka Amazfit Bip anda.

Pengalaman Menggunakan Amazfit Bip

Jadi jika anda sedang mencari fitness tracking yang lebih pintar dengan harga berpatutan, mungkin Amazfit Bip ini untuk anda. Ada GPS, bateri tahan lama, antaramuka yang boleh diubah, ketebalan yang nipis yang merupakan antara ciri yang ada pada jam ini. Inilah serba sedikit perkongsian pengalaman menggunakan Amazfit Bip.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

16 comments for "Pengalaman Menggunakan Amazfit Bip. Adakah 'Smartwatch' Termurah?"

Comment Author Avatar
perghhh. ni buat beli bg hadiah pun nice jugak ni
Comment Author Avatar
teringin nak pakai jam mcm ni, tapi jam sekarang ni masih berfungsi dengan elok hehe
Comment Author Avatar
Berbaloi dgn harga sebab batery tahan smpai sebulan dan gps nya tepat...dh pakai setahun lebih
Comment Author Avatar
betul cikgu. setakat ni tiada apa2 masalah pun kan.
Comment Author Avatar
boleh link pada apps strava x?kalau kedai dekat mana boleh beli?
Comment Author Avatar
yup boleh link dengan apps strava. kalau kedai, kene cari store xiaomi ataupun kedai telefon. yang ni saya beli shopee je. jauh lebih murah
Comment Author Avatar
Asalamualaikum, maksud gps bolih tahu kedudukan kita semasa kayuhan ,atau kita kemana mana ,bolih kita moniter melalaui k9mputer kat rumah.pencerahan .tq
Comment Author Avatar
eh tak boleh. gps ni hanya track perjalanan kita tanpa bergantung kepada smartphone sahaja. dah balik nanti, boleh la tengok di smartphone
Comment Author Avatar
Asalamualaikum, maksud gps bolih tahu kedudukan kita semasa kayuhan ,atau kita kemana mana ,bolih kita moniter melalaui k9mputer kat rumah.pencerahan .tq
Comment Author Avatar
Ada baca Komen Kat tempat lain, katanya kiraan Tak tepat..macam Mana tu??
Comment Author Avatar
Saya guna compare dengan handphone tak drastick sangat beza dia. Saya guna jam ni setiap kali pun tak jauh beza bacaan dia. Cuma nak buat comparison dengan Garmin tu tak pastilah
Comment Author Avatar
Mcm mana sya nk dpat kn tmpat charge jam ini?
Comment Author Avatar
Boleh cari kat Shopee je. Ada. RM10