Cuba Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu
Kalau datang Kuala Terengganu, tak lengkap kalau tidak cuba Nasi Dagang Atas Tol. Inilah yang biasa kita dengar kalau bila anda tiba di negeri penyu bertelur, Terengganu. Dimana salah satu negeri pantai timur yang unik dengan keindahan tersendiri.
Kalau bercakap pasal Malaysia, sudah pastinya ia berkaitan dengan makanan. Di Malaysia, setiap negeri mempunyai keistimewaan makanan tersendiri. Di setiap negeri juga, mempunyai makanannya tersendiri yang tiada ditempat lain. Ianya juga berlaku di Kuala Terengganu, Terengganu.
Selain makanan berasaskan ikan daripada Terengganu seperti Keropok Lekor, di Terengganu juga mempunyai makanan lain iaitu Nasi Dagang. Kalau anda pergi ke Terengganu, sudah pastinya ramai yang akan mencari juada Nasi Dagang sebagai makanan sarapan pagi.
Baca juga : Pedas Tak Terhingga Makan Sambal Di Nasi 3 Budak Gemok
Jadi di Terengganu terlalu banyak variasi kesedapan Nasi Dagang yang tidak ada di negeri lain. Erti kata lain, Nasi Dagang original datangnya daripada Terengganu. Jadi di sebabkan Terengganu itu negeri ke-7 terbesar di Malaysia, pastinya terdapat banyak penjual yang menyediakan jaudah Nasi Dagang.
Jadi baru-baru ini, aku berkesempatan untuk pergi ke Kuala Terengganu sebagai ibu negeri Terengganu dan pastinya menu sarapan pagi yang aku cari adalah Nasi Dagang. Mendapat cadangan daripada orang Terengganu sendiri, kami terus pergi ke Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu.
Mesti Cuba Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu
Nama yang digunakan oleh juadah Nasi Dagang ini adalah Nasi Dagang Atas Tol, Pure Terengganu. Kedai mereka hanya berada di dalam daerah Kuala Terengganu sahaja tetapi dibuka beberapa cawangan.
Antara 4 cawangan yang ada bagi Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu adalah :
- Nasi Dagang Atas Tol - Kg Atas Tol
- Nasi Dagang Atas Tol - Padang Negara
- Nasi Dagang Atas Tol - Losong
- Nasi Dagang Atas Tol - Kubang Badak
Pada hari tersebut, aku dan keluarga sempat singgah di Nasi Dagang Atas Tol cawangan Padang Negara kerana ia berdekat dengan Pantai Batu Burok di tempat kami menginap.
Jika anda ingin datang di mana-mana cawangan, datanglah awal kerana kebanyakkan tempat anda perlu beratur untuk dapatkan makanan kerana ianya menggunakan konsep layan diri. Tetapi jangan risau servisnya cukup pantas. Jadi tak perlulah berdiri lama sangat.
Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu ini beroperasi setiap hari bermula jam 6.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Aku pergi hari tersebut pukul 9.30 pagi, masih lagi ramai beratur tetapi makanan masih mencukupi. Kedai mereka beroperasi setiap hari kecuali tutup pada Isnin dan Selasa sahaja.
Ulasan Nasi Dagang Atas Tol
Menu utama yang anda wajib cuba di sini adalah Nasi Dagang berserta Teh AIs Ombak Rindu. Bercakap berkaitan minumannya, ianya adalah seperti teh ais yang biasa tetapi ianya menjadi unik kerana ianya ditarik sehingga buih melimpah keluar daripada cawan. Rasanya juga cukup manis dan sedap yang mungkin boleh dirasai sekali sakala sahaja (kurangkan manis).
Manakala bagi menu utamanya iaitu Nasi Dagang. Beras yang digunakan adalah beras panjang yang membuatkan ia lebih enak dan katanya gunakan beras basmathi. Selain itu, acar juga dirapikan sebagai lauk tambahan didalam menu Nasi Dagang.
Yang paling sudah tentu ikan dan kuah Nasi Dagang itu sendiri. Mereka asingkan Ikan Tongkol dengan kuah Nasi Dagang. Jadi kuah yang ada dapat tidaklah dibanjiri dengan ikan hancur seperti di kedai-kedai lain. Mereka asingkan ikan tongkol utama dengan kuah. Kuahnya cukup sedap dan cukup rasa, tidak terlalu pekat dan sedap untuk dijamah hatta dihirup sekali pun.
Untuk lebih nikmat, anda kene makan nasi beserta kuah yang banyak membuatkan ia lebih sedap. Jangan risau, anda boleh topup kuah. Tak cukup, boleh minta lagi.
Harga Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu bagi sepinggan adalah RM4 manakala untuk Teh Ais Ombak Rindu mengikut saiz cawan; kecil (RM3), sedang (RM4) dan besar (RM5). Dengan RM10 anda boleh dapatkan Nasi Dagang dan Teh Ais. Cukup berpatutan
Jadi bagi yang akan bercuti ke Kuala Terengganu sambil mahu melihat secara dekat Drawbridge, Kuala Terengganu, anda juga wajib singgah dan cuba, serta nikmati sarapan pagi di Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu.
7 comments for "Cuba Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu"