Kenapa Aku Tukar Android daripada iOS?

tukar android daripada ios

Kenapa Aku Tukar Android daripada iOS? | Inilah yang berlaku bagi 2 ke 3 bulan yang lepas selepas aku membuat keputusan untuk gantikan telefon lama aku kepada yang baru. Jika sebelum ini aku guna peranti yang menggunakan sistem iOS iaitu iPhone 5S dan kini aku bertukar kepada peranti yang menggunakan sistem Android iaitu Google Pixel 2 XL.


Aku ada terbitkan artikel berkaitan kali pertama aku menggunakan telefon baru dengan buka-kotak Google Pixel dan juga aku ada buat sedikit review atau ulasan berkaitan peranti baru tersebut. Jadi anda boleh baca di sana jika anda mahu juga untuk menggunakannya.

Artikel Berkaitan : Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google
Artikel Berkaitan : Review Google Pixel 2 XL | Selepas Sebulan Menggunakannya

Sebenarnya telefon pintar pertama aku adalah dengan menggunakan peranti berasaskan Android. Jadi sebelum aku menggunakan iPhone lebih kurang 3 tahun, aku telah pun menggunakan telefon Android terlebih dahulu. Jadi untuk membuat perbandingan antara iOS dan Android, sudah pastinya aku mampu.


Aku menukar telefon baru bukanlah kerana mengikut trend tetapi iPhone tersebut seperti sudah tidak mampu untuk membantu aku melakukan tugas harian. Jadi disebabkan itulah aku membuat keputusan untuk bertukar kepada yang baru dan aku pilih Android kembali berbanding untuk terus bersama iOS.

Jadi sebab apa aku tukar Android daripada iOS?

Sebab Tukar Android Daripada iOS?


Selepas hampir 3 tahun menggunakan iPhone 5S yang menggunakan sistem iOS, kini aku sudah menjadi pengguna Android. Kalau anda biasa dengar, jika mereka membuat perbandingan sistem operasi mesti mereka membuat perbezaan lag dan kelajuan. Katanya iOS tak lag, lebih laju dan sebagainya. Jadi kenapa aku tukar Android daripada iOS? 

Ada beberapa sebab kenapa aku tukar Android daripada iOS yang membuatkan lagi aku rasa lebih memudahkan kerja harian dan hiburan aku sepanjang hari.

1.  Lebih Mudah Pindah File Ke Komputer


Sudah sedia maklum, jika anda pengguna iPhone yang mahukan simpan atau pindahkan apa-apa file ke komputer, perkara wajib yang anda perlu adalah software iTunes yang mesti dipasang di komputer anda. Anda nak pindah apa-apa file pun, mesti melalui iTunes. 

tukar android daripada ios

Jadi jika stroage iPhone anda sudah penuh seperti gambar dan video dan anda tidak mahu padamkan semuanya. Pilihan yang anda ada ialah pindahkan semua ke komputer atau laptop anda. Anda kene melalui iTunes terlebih dahulu dan barulah boleh pindah ke komputer.

Berbeza dengan sistem Android, anda hanya perlu 'plug n play' tanpa apa-apa software pun di komputer. Anda boleh hanya copy n paste sahaja apa-apa file yang anda mahu pindahkan daripada telefon ke komputer. Pastinya ia menjimatkan masa dan tidak merumitkan.


2.  Mudah Download Apa-Apa File 


Apa guna anda pakai unlimited internet data kalau anda tidak download file-file besar seperti lagu, video dan movie. Kalau di Telegram, terdapat banyak channel yang anda boleh dapatkan file yang anda mahukan. Anda hanya perlu cari dan download sahaja.


Tetapi di iPhone anda tidak boleh melakukan semudah itu untuk download. Mungkin juga hampir tak boleh download pun. Lain di Android, anda bebas untuk download apa-apa file tetapi atas risiko sendiri. Tiada aplikasi tambahan pun untuk anda download. Dengan hanya menggunakan Chrome mobile pun sudah cukup.

tukar android daripada ios

Jadi dengan Android, aku boleh dapatkan apa-apa sahaja file yang aku nak dan boleh terus di simpan di dalam telefon. Untuk kerja pun lebih mudah, anda boleh download semua file seperti PDF dan boleh disimpan di dalam telefon. Anda boleh buka bila-bila masa sahaja. Movie pun boleh download, dan boleh tonton terus di telefon. Download yang legal je la hehe


3.  Boleh Install Aplikasi Secara Percuma


Di Android anda boleh install sebarang aplikasi jika ianya dikeluarkan oleh developer untuk Android tanpa menggunakan Google Play Store. Jika aplikasi tersebut sudah tiada pun di Play Store, anda boleh dapatkan filem .apk nya dimana-mana website yang menyediakannya.

Sebagai contoh, aku sekarang buat design khat kufi di aplikasi Pixelesque, tetapi di Play Store, aplikasinya sudah tiada. Jadi cara lain untuk dapatkannya, anda boleh dapatkan aplikasi tersebut di Apkmirror sebagai contoh.


Di iOS, anda hanya boleh install aplikasi yang hanya ada di dalam Apple Apps Store sahaja. Jika sudah tiada, maka anda tidak boleh lagi install aplikasi tersebut. Jadi ini adalah salah satu sebab kenapa aku tukar Android daripada iOS.

4.  Fungsi Multitasking Atau Split Screen


Fungsi ini yang pastinya hany ada pada telefon Android sahaja. Kebiasaanya kalau aku ingin berkongsi maklumat yang diperoleh daripada mana-mana sumber website ke laman Facebook atau Twitter, aku akan ambil sebahagian info di website tersebut. Jadi jika anda menggunakan 2 aplikasi secara serentak, lebih baik jika anda boleh split screen dimana kedua-dua aplikasi dibuka serentak di skrin telefon anda.

Dengan cara ini, ianya lebih memudahkan untuk anda dapatkan info daripada aplikasi lain untuk dikongsikan di aplikasi media sosial seperti Facebook dan Twitter.

tukar android daripada ios

Jika di iPhone, fungsi multitasking seperti ini tidak wujud, jadi anda perlu buka aplikasi berasingan dan tidak boleh dibuka secara serentak. Ianya pasti sedikit leceh dan melambatkan berbanding fungsi multitasking yang ada di telefon Android.

5.  Ketahanan Bateri Lebih Baik  


Ini juga antara sebab kenapa aku tukar Android daripada iOS iaitu masalah bateri. Sebenarnya ia bukan sahaja berlaku di iPhone 5S seperti yang aku guna tetapi beberapa iPhone lain juga. Ini juga sudah sedia maklum dengan ketahanan bateri iPhone agak kurang baik.

Berbeza dengan telefon Android yang ada dipasaran sekarang. Dengan harga yang sama ditawarkan oleh iPhone, anda boleh dapatkan telefon Android dengan ketahanan bateri yang lebih baik. 

tukar android daripada ios

Dengan telefon Google Pixel yang aku ada sekarang, sudah pastinya ketahanan baterinya lebih baik daripada iPhone 5S dengan berbezanya kapasiti bateri dengan masing-masing berkapasiti 3520 mAh dan 1560 mAh. Dua kali ganda Screen-On-Time yang aku perolehi.




Meskipun dengan beberapa sebab yang aku senaraikan di atas, sistem operasi iOS juga memiliki kelebihan tersendiri yang kita tidak dapat sangkalkan. Aku juga meminati sistem iOS seperti kelajuannya, kurangnya lag dan cantiknya Instagram Stories.

Tetapi iPhone aku rasanya sudah sampai hayat dengan beberapa masalah telah berlaku. Jadi demi memenuhi keperluan, aku perlu dapatkan peranti yang lain dan dari situlah aku telah pun tukar Android daripada iOS.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

6 comments for "Kenapa Aku Tukar Android daripada iOS?"

Comment Author Avatar
DUlu android then tukar iOS.. lepas ni masih setia kot.. ikut keselesaan kan
Comment Author Avatar
betul. ikut kesesuaian dan keselesaan. dua2 ada kelebihan
Comment Author Avatar
X mampu nak beli iphone. Cuma pakai vivo V15 je. Iphone ni byk sekatan.
Comment Author Avatar
betul, banyak sekatang, kadang rasa mcm susahkan kerja plak
Comment Author Avatar
:). Ramai geng IPhone akan bahan dekat kau bro lepas ini haha
Comment Author Avatar
haha no la. masing2 ada kelebihan.