Cara Buat QR Code Untuk Kad Kahwin
Bagi membuat QR Code untuk kad kahwin tak susah pun. Orang yang tidak pakar dalam bidang IT pun mampu untuk buat apatah lagi designer untuk kad kahwin anda. Dengan cara ini ianya merupakan salah satu alternatif lain kepada anda.
Sekarang sudah sampai hujung suku ke 3 dalam setahun, jadi sudah pasti ramai yang bakal melangsungkan perkahwinan menghitung hari untuk melangsunkan perkahwinan lagi-lagi dihujung tahun ini. Untuk mendapatkan musim cuti persekolaha bukan.
Jadi bermula daripada sekarang, persiapan harus dibuat jika anda ingin melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah yang akan datang. Salah satu persiapan awal yang perlu dibuat adalah berkaitan Kad Kahwin.
Kad kahwin ni perlu disiapkan awal ada beberapa sebab antaranya adalah ianya perlukan masa untuk disiapkan oleh pihak printing dan paling penting adalah edaran kad kahwin itu sendiri perlulah dibuat lebih awal supaya orang yang dijemput mudah untuk membuat perancangan untuk hadir ke majlis anda.
Sekarang pun terdapat pelbagai gaya digunakan dalam membuat jemputan kepada kenalan seperti melalui kad kahwin fizikal, e-card iaitu secara online, melalui facebook, melalui whatsapp dan pelbagai lagi. Tetapi tujuan semua sama, bagi informasi kepada kenalan seperti nama penganting, tarikh perkahwinan, tempat perkahwinan dan paling penting adalah peta lokasi.
Peta lokasi antara yang terpenting di dalam sesebuah kad kahwin. Kalau orang dekat mungkin senang untuk cari tempat tersebut, bagaimana kalau kenalan itu datang daripada jauh dan tidak biasa tempat tersebut? Jadi peta lokasi ni la memainkan peranan.
Zaman teknologi sekarang ni, peta lokasi ni mungkin tidak digunakan secara meluas sudah kerana hampir setiap orang pasti mempunyai telefon pintar dan sekali gus untuk waze sahaja tempat tersebut. Jadi aplikasi waze inilah menjadi penolong anda untuk mencari lokasi majlis perkahwinan tersebut.
Jadi melalui perkongsian lokasi ini, ianya menjadi lebih senang, lagi-lagi kalau kita tukar lokasi waze tersebut kepada QR Code. Dengan adanya QR Code untuk Kad Kahwin disambungkan dengaan aplikasi waze ianya menjadi lebih lebih memudahkan.
Buat QR Code Untuk Kad Kahwin Dengan Mudah
Jadi aku akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh hubungkan aplikasi Waze dan juga Google Maps dengan QR Code untuk dijadikan peta lokasi perkahwinan. Seterusnya anda perlu kongsikan sahaja QR Code tersebut kepada kenalan dan boleh terus pergi ke majlis perkahwinan anda.
Sambungkan Melalui Aplikasi Waze
1. Buka aplikasi Waze sama ada melalui telefon Android atau iOS
2. Kemudian search lokasi majlis perkahwinan anda (contoh saya gunakan adalah SJK(C) Mentakab 1- Kerana ini lokasi majlis kakak saya sebelum ini)
3. Selepas itu tekan 3 titik seperti di dalam gambar dan kemudia tekan send
4. Kemudian cari dan tekan pilihan copy
Sambungkan Melalui Aplikasi Google Maps
1. Buka aplikasi Google Maps (Maps) melalui telefon pintar anda
2. Kemudian search lokasi majlis perkahwinan anda
3. Selepas itu cari dan tekan butang share
4. Akhir sekali, cari dan tekan butang copy to clipboard
Cara Sambungkan Kepada QR Code Untuk Kad Kahwin
1. Pergi ke laman web www.qr-code-generator.com/
2. Pilih Static QR Code
3. Kemudian paste link yang dicopy sebelum ini daripada aplikasi Waze atau Google Maps
4. Tunggu sebentar sehingga QR Code siap dihasilkan (Anda bebas nak masukkan frame, ubah warna, letakkan logo anda di kod tersebut)
5. Akhir sekali anda hanya download sahaja QR Code tersebut dengan menekan butang Download
Cara Scan QR Code Untuk Kad Kahwin
Jadi jika anda sudah ada QR Code tersebut, anda boleh terus scan kod tersebut dan sekali gus terus membawa ke aplikasi Waze ataupun aplikasi Google Maps di telefon pintar anda. Caranya cukup mudah.
Jika anda pengguna iPhone dan iOS 12 dan ke atas, anda tidak perlu muat turun aplikasi lain hanya sekadar scan menggunakan kamera anda sahaja kemudian secara automatik akan dibawah ke link kod tersebut. Anda juga boleh design kad kahwin anda dengan meletakkan QR Code yang dihasilkan di kad tersebut.
Jika anda pengguna Pixel dan Google Lens, anda juga tidak perlukan aplikasi lain, hanya scan atau imbas menggunakan kamera anda sahaja dan terus dibawa ke aplikasi tersebut.
Tetapi jika di telefon anda tiada ciri tersebut anda boleh download mana-mana aplikasi tambahan di Play Store untuk scan QR Code seperti QR Code Reader ini.
QR Code ini juga bukan hanya terbatas pada link sahaja, tetapi anda boleh sambungkan dengan file PDF, lagu, gambar, facebook dan macam-macam lagi. Harap perkongsian ini bermanfaat bagaimana cara untuk buat QR Code untuk Kad Kahwin.
3 comments for "Cara Buat QR Code Untuk Kad Kahwin"