Kongsikan Cadangan Anda Bagi Belanjawan 2020

cadangan belanjawan 2020

Belanjawan Negara merupakan pengisytiharan belanjawan bagi negara Malaysia yang diadakan setiap tahun. Kebiasaanya akan diumumkan pada penghujung tahun.

Jadi kali ini, sekali lagi melalui Belanjawan 2020 pula, pihak Kementerian Kewangan melalui Menteri Kewangan, YB Tuan Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan tersebut.

#Belanjawan2020 telah diberitahu dimana akan dibentangkan pada 11 Oktober 2019. Justeru itu, seperti tahun sebelum ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menyumbangkan idea dan cadangan dalam penyediaan Belanjawan Negara bagi tahun 2020.


Dengan cara ini sekali gus membolehkan seluruh lapisan masyarakat boleh melontarkan cadangan dan pandangan selarasa dengan usaha Kerajaan untuk mensejahterakan rakyat dan membina negara

Cara Kongsikan Cadangan Bagi Belanjawan 2020

Kerajaan mengalakkan rakyat untuk menyumbang cadangan berkaitan Belanjawan 2020 bermula 9 Ogos hingga 11 September 2019.

Anda boleh melontarkan idea dan cadangan melalui laman web khas di alaman belanjawan2020.treasury.gov.my

Disini terdapat lebih 10 kategori yang difokuskan antaranya adalah segi menangani kos sara hidup, memperkasakan kualiti pendidikan, menambahbaik peluang pekerjaan, memantapkan infrastruktur 
awam, menggalakkan gaya hidup sihat dan banyak lagi.

Selain itu, anda boleh menggunakan platfom media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dengan menggunakan tanda pagar (hashtag) #belanjawan2020

cadangan belanjawan 2020

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Kongsikan Cadangan Anda Bagi Belanjawan 2020"

Comment Author Avatar
waahhh bagus juga nie.. ada platform mcm nie..