Pengalaman UKJK PTD Pada Tahun 2019
Selepas 3 tahun mula mendaftar di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA di http://www.spa.gov.my/, ini merupakan kali pertama aku hadiri Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan, UKJK 2019.
Sebenarnya ini merupakan panggilan kedua, selepas panggilan pertama bagi jawatan lain, aku tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Untuk kehadiran sulung pada saringan UKJK kali ini, ia merupakan bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD).
Selepas berjaya saringan pertama (ujian online) yang diadakan pada bulan Mei 2019 yang lepas, kini bagi saringan kedua yang perlu ditempuh iaitu UKJK.
UKJK PTD 2019 kali ini, bermula pada 7 Julai 2019 sehingga 11 Julai 2019 seperti yang diberitahu oleh pegawai di pusat ujian aku. Katanya lagi, lebih 8000 calon yang berjaya ke saringan UKJK kali ini. Jika sebelum ini, anda boleh membuat semakan UKJK PTD 2019 di pautan Portal Semakan.
Berbeza dengan saringan pada tahun-tahun sebelum ini dimana, selepas ujian UKJK, anda akan ketahui terus keputusan dan hari yang sama anda akan melalui saringan seterusnya iaitu Program Assessment Centre (PAC) PTD. Kali ini, selesai UKJK, anda perlu menunggu keputusan yang akan dimaklumkan kemudian dan jika berjaya barulah akan melalui saringan seterusnya iaitu PAC PTD.
UKJK PTD Bermula
Aku merupakan sesi yang pertama yang diadakan pada 7 Julai 2019 di IPG, Bangi yang bermula pada jam 7 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Peserta yang diberi tahu sepatutnya hadir pada sesi tersebut adalah seramai 140 lebih, tetapi yang hadir hanya dalam 110 orang calon sahaja.
Pendaftaran dibuat bermula seawal 7 pagi sehingga 8 pagi. Pada hari tersebut, anda wajib cetak surat tawaran daripada SPA dan juga mengemukakan kad pengenalan asal sebagai proses pendaftaran. Secara rasminya, sekirannya anda tidak berbuat demikian, penyertaan anda terbatal. Tetapi ikut atas budi bicara pegawai tersebut. Mungkin disini sahaja markah anda sudah hilang atas ketidakpatuhan arahan yang diberi.
Dalam sesi UKJK PTD 2019 ini, anda diberitahu dimana, anda diperhatikan setiap masa oleh pegawai urus setia selama berada didalam kawasan ujian.
Selesai sesi pendaftaran, anda akan diberi nombor badan yang akan digunakan sepanjang ujian diadakan. Di sana, anda hanya dikenali dengan nombor badan sahaja, bukan melalui nama sebenar hatta nama samaran sekali pun.
Seterusnya, anda akan diberi taklimat ringkas berkaitan proses ujian yang akan dijalankan dan disusuli dengan pengagihan mengikut kumpulan. Pada hari tersebut, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai hampir 20 calon. Aku merupakan kumpulan ke 5 sebab daftar lewat. hehe
BACA : PENGALAMAN JAWAB PEPERIKSAAN SHO DI NIOSH BANDAR BARU BANGI
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) PTD 2019 ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Saringan Kesihatan dan Saringan UKJK itu sendiri.
Di dalam saringan kesihatan pula terbahagi kepada 2 iaitu:
- Pemeriksaan Tekanan Darah
- Pemeriksaan Kadar Denyutan Nadi
Manakala Saringan UKJK:
- Ujian Body Mass Index (BMI)
- Ujian Bangun Tubi 1 Minit
- Ujian Genggaman Tangan
- Ujian Duduk dan Jangkau
- Ujian Larian Ulang-Alik 20 Meter (Bleep Test)
Jadi dalam dewan tersebut, setiap kumpulan akan melalui semua proses ujian tersebut bergilir-gilir. Bagi kumpulan aku, ianya bermula daripada Ujian Genggaman tangan, Duduk dan Jangkau, BMI, Bangun Tubi 1 Minit, Saringan Kesihatan dan akhirnya dibuat serentak iaitu Ujian Larian Ulang Alik 20 Meter atau digelar Beeb Test.
Tips Saringan Kesihatan UKJK PTD
Disini anda akan diukur tekanan darah dan juga kadar denyutan nadi. Ada pihak pegawai kesihatan yang akan mengambil bacaan terhadap anda.
Tips disini, elakkan nervous berlebihan sebelum melalui ujian ini. Cuma tenangkan diri bagi mengelakkan tekanan darah anda meningkat antaranya berguraulah dengan rakan-rakan anda ketika itu.
Tips Ujian UKJK PTD
Ujian Body Mass Index (BMI)
Pada ujian ini, ada akan diukur berat badan dan ketinggian untuk mendapatkan bacaan Body Mass Index (BMI) supaya berada didalam bacaan yang ditetapkan. Syarat lulus BMI adalah 19-29.
Jadi disini, anda boleh mula kira dirumah dan pastikan bacaan tersebut berada didalam lingkungan tersebut. Jika tidak, sudah pasti markah akan dipotong.
Ujian Bangun Tubi 1 Minit
Untuk Ujian Bangkit Tubi 1 Minit atau Curl Up Test ianya menguji daya tahan otot abdomen anda dalam masa 1 minit. Ujian ini, senang dilihat, tetapi agak sukar untuk dibuat.
Anda perlu mengangkat separa badan dan tangan anda perlulah melebihi garisan yang telah dibuat. Jika lepas garisan, baru akan dikira. Anda boleh berhenti bila-bila masa, tetapi akan berhenti setelah 1 minit.
Jangan buat terlalu laju dan terlalu perlahan. Ambil masa juga untuk bernafas. Berlatih lah terlebih dahulu dirumah sebagai tips penting.
Beginilah keadaan ketika ujian dijalankan. Anda kene bangun dan capai garisan ke 2.
Ujian Genggaman Tangan
Ujian Genggaman Tangan ini dijalankan untuk mengukur kekuatan statik otot tangan anda dengan menggunakan handgrip dynamometer. Ujian ini mudah dilakukan berbanding ujian lain, keputusan hanya terletak pada kekuatan tangan anda sahaja.
Cuba selaras handgrip tersebut supaya akan memberikan keselesaan kepada genggaman tangan anda. Ujian ini akan menggunakan tangan utama anda dan diberikan 2 kali percubaan. Markah tertinggi akan diambil pada 2 kali percubaan tersebut.
Beginilah rupa alatan yang digunakan ketika itu iatu dynamometer.
Aku tak pasti adakah ini cara pengiraan kali ini. ini hanya rujukan daripada blog KAKA ketika sesi 2016.
Ujian Duduk dan Jangkau
Ujian Duduk dan Jangkau ini dijalankan untuk mengukur tahap kelenturan otot belakang dan otot hamstring anda. Ujian ini juga dijalankan sebanyak 2 kali dan markah tertinggi akan diambil.
Ujian dilakukan dengan anda duduk dengan melunjurkan kedua-dua kaki anda ke depan dan menolak penanda ukur menggunkan tangan anda sejauh yang boleh menghala ke arah hujung kaki anda
Lagi jauh, lagi bagus. Katanya, ujian ini memberi kelebihan kepada perempuan, sebab atas faktor kelenturan badan mereka. Jadi anda lenturkanlah badan anda sebelum datang ujian UKJK.
Lebih kurang beginilah keadaan ketika ujian dijalankan bagi duduk dan jangkau
Aku tak pasti adakah ini cara pengiraan kali ini. ini hanya rujukan daripada blog KAKA ketika sesi 2016.
Ujian Larian Ulang-Alik 20 Meter (Bleep Test)
Ujian ini dilakukan selepas semua saringan selesai dibuat kerana ianya memerlukan ruang yang luas. Ketika itu, ianya dilakukan oleh 20 calon serentak dengan 10 pegawai sebagai pencatat markah.
Untuk Ujian Larian Ulang-Alik 20 Meter ia lebih kepada mengukur tahap pengambilan oksigen maksimum atau tahap stamina anda dalam jarak 20 meter lari ulang-alik.
Untuk larian ini ada beberapa level dan shuttle. Semakin tinggi level, kelajuan berlari semakin meningkat. Anda mesti sampai ke setiap garisan sebelum bunyi beep bagi mengelakkan anda ditamatkan larian.
Tips: Untuk mengelakkan anda pancit lebih awal, katanya, jangan nafas menggunakan mulut.
Selesai semua ujian tersebut, anda dibenarkan pulang terus selepas mengembalikan nombor badan kepada urus setia. Anda tidak akan tahu markah ujian anda. Jadi kalau nak tahu, anda haruslah kira sendiri ketika ujian dijalankan.
Dari situ, anda boleh hitung sendiri, anda berjaya ke saringan seterusnya iaitu PAC ataupun tewas disaringan UKJK.
Menurut maklumat awal, PAC PTD 2019 akan diadakan pada Ogos 2019, jadi keputusan UKJK PTD 2019 akan diumumkan sebelum itu lagilah. Aku berharap, jika ada rezeki di PTD 2019 ini, adalah. Selamat berjaya juga kepada calon lain yang melalui UKJK PTD 2019 sebelum ini.
Tips Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah
Sekiranya anda lepas ujian UKJK ini, anda akan memasuki peringkat seterusnya untuk temuduga atau interview. Cadangan, anda boleh dapatkan ebook info dan tips temuduga Kerajaan dibawah ini. Semua info ada tertulis padanya. Anda hanya baca dan praktiskan ketika sesi interview nanti.
Untuk dapatkan, anda hanya klik sahaja pada gambar dibawah
6 comments for "Pengalaman UKJK PTD Pada Tahun 2019"
btw all the best ya, semoga berjaya mamasuki PTD ni..amin