Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Sebelum ini aku ada cerita persediaan yang perlu dibuat jika anda ingin travel, melancong atau bercuti di mana-mana tempat dan aku jadikan Perth sebagai contoh. Di sana aku kongsikan sendiri pengalaman sebelum bertolak ke negara Kangaru tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun tidak sempurna tetapi dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.


Jadi entry seterusnya, aku nak kongsikan pula pengalaman aku selama berada di Perth, Australia selama 4 hari di sana. Bercuti bersama keluarga berjumlah 5 orang semuanya.


Aku akan pecahkan dengan beberapa ciri iaitu dari segi pengangkutan, tempat-tempat menarik di Perth, layanan daripada warganegara Australia, shopping, makanan, cuaca semasa, tempat penginapan dan juga mata wang atau currency Austrlia berbanding Malaysia.
Jika anda mahu ikuti perkongsian di mana-mana platfom media sosial, anda boleh membuat carian menggunakan #pengalamanperth #syokperth

Selain daripada persediaan ini, sebelum anda masuk ke negara Australia, anda wajib mendapatkan visa pelancong. Bagi yang tidak pernah ke Australia lagi, visa ini adalah visa jenis ETA iaitu Electronic Travel Authority.

Anda hanya perlu dapatkan permohonan melalui secara online sahaja. Jadi melalui travel agent ARBA Travel, anda boleh dapatkan servis Visa murah dengan penjimatan yang diberi.

Pengalaman Bercuti di Perth, Australia 

Pengangkutan

Di bandar Perth sendiri, mereka mengutamakan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan keretapi. Bas pula disediakan khidmat berbayar dan juga bas percuma yang dipanggil CAT Bus. Jadi di CBD Perth, lebih baik anda menggunakan CAT Bus atau berjalan kaki sahaja. Lebih menjimatkan. 

Tetapi jika anda ingin pergi ke tempat yang lebih jauh seperti Fremantle, selain disediakan bas, juga disediakan keretapi yang pasti memendekkan masa perjalanan.

Kadar kekerapan bas bagi aku ok sahaja, lebih kurang 5-10 minit pasti akan ada bas yang sampai. Masa ketibaan juga ditunjukkan di setiap perhentian bas, jadi anda boleh  tahu bila bas seterusnya akan tiba.


Selain itu, aku perlu menggunakan kereta sewa untuk sampai ke destinasi yang lebih jauh seperti di Lancelin. Ini kerena, ianya tidak disediakan pengangkutan awam untuk sampai ke sana. Anda perlu dapatkan kereta sewa. 

Aku menggunakan perkhidmatan Aries Car Rental selama 2 hari di sana. Lebih terjamin jika ada apa-apa berlaku. Owner kepada car rental tersebut adalah warganegara Malaysia yang sudah menetap di sana, jadi urusannya lebih memudahkan.



Tempat-Tempat Menarik

Selama aku dan keluarga berada di Perth, kami sempat singgah dibeberapa tempat-tempat tarikan pelancong yang rata-ratanya dicadangkan oleh pengunjung yang pernah sampai di Perth. Jika anda ada 4 hari, cuba la atur jadual ke tempat-tempat tersebut sesuai dengan masa yang ada.

Jika di CBD Perth, sudah pastinya tempat-tempat tarikah moden yang anda boleh lawati seperti di Elizabeth Quay, The Esplanade, King's Park dan sebagainya.


Sebaliknya jika berada luar daripada bandar Perth, anda boleh hayati pemandangan cantik dan unik seperti di pantai Fremantle, bukit pasit di Lancelin atau digelar Lancelin Sand Dunes dan juga gurun di Pinnacles.

Terlalu banya tempat menarik disana, mungkin anda perlu duduk disana sekurang-kurangnya seminggu baru puas untuk pusing seluruh Perth.



Layanan Warganegara

Di Australia sekarang, menjadi semakan ketat bagi melalui imigresen dan Perth juga tidak terkecuali. Kalau anda baca pengalaman orang yang bercuti di Perth terutamanya, pasti anda rasa sedikit takut untuk pergi ke sana.

Tetapi jika anda tak buat salah, buat apa nak takut bukan. Terdapat pelbagai tips yang dikongsikan bagi memudahkan perjalanan di Perth. Pada hari kami sampai di sana, flight landing lebih kurang 2 pagi, dan bahagian imigresen tidak menanyakan banyak soalan pun tetapi hanya melihat itinerary dan juga senarai makanan yang kami sediakan. Siapakan semua dokumen, pasti memudahkan anda kelak.

Layanan daripada penduduk di sana juga begitu baik. Nak minta tolong tangkap gambar pun senang dan memudahkan. Siap ada yang boleh cakap melayu, rupanya pernah duduk indonesia. 

Selain itu, situasi di dalam bas pun bagus. Ada yang tolong tunjukkan di mana kita perlu turun untuk sampai ke destinasi tersebut. Ada juga wargakota yang menegur kami dan mencadangkan beberapa tempat-tempat menarik untuk dapatkan makanan halal disekitar Perth.



Penginapan

Penginapan di sana, kami menggunakan khidmat Airbnb bagi memudahkan tempahan dan mencari pelbagai pilihan penginapan. Ada jenis rumah, bilik, hotel, apartment dan banyak lagi. Akhirnya kami putuskan untuk menempah sebuah apartment yang berada di dalam bandar Perth sendiri.

Apartment tersebut adalah Perth City Apartment yang betul-betul berhadapan dengan Watertown Brand Outlet. Jadi lokasi apartment ini sangat strategik, depan perhentian CAT bas, depan shopping mall dan juga berada di dalam CBD Perth.


Apartment tersebut kelengkapannya semua cukup; untuk memasak, mandi, heater, peti ais dan macam-macam lagi. Iainya sesuai untuk 4-5 orang ahli.

Untuk yang mahu menggunakan Airbnb anda boleh guna daftar disini menggunakan link diberi bagi yang baru berdaftar untuk dapatkan RM165 off untuk tempahan pertaman
Have you tried Airbnb? Sign up with my link and you will get up to RM165 off your first trip. https://www.airbnb.com/c/aimana1757?s=13&shared_item_type=9&virality_entry_point=13
Gambar yang disediakan di website Airbnb adalah sama seperti gambaran sebenar. Best apartment ni.



Shopping

Untuk membeli belah, selain daripada dapatkan barangan makanan harian, kami shopping di beberapa tempat seperti di Watertown Brand Outlet, E-Shed Market dan juga Big W.

Sedia maklum, penginapan kami berhadap dengan Watertown Brand Outlet, jadi selama di sana, kami sempat pergi sebanyak 2 kali sebab jalan kaki ambil tidak lebih 5 minit. Nak cari makanan pun ada didalamnya.


Selain mall, kami shopping di E-Shed di Frementle bagi mendapatkan barangan buah tangan untuk dibawa balik ke Malaysia. Ada sebuah kedai kepunyaan warga Indonesia yang mesra pelanggan dan barangnya nampak lebih murah berbanding di Fremantle Market. Nama kedai tersebut Aussin gabungan antara Austrlia dan Indonesia.

Di Fremantle Market juga tempat yang sesuai untuk membeli belah kerana banyak kedai disediakan dan anda hanya perlu pilih sahaja mengikut perbelanjaan anda. 

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Makanan

Rugilah kalau kita sampai di negara orang tetapi tidak mencuba makanan local mereka. Jadi di Perth kami sempat rasa 2 menu utama yang dicadangkan oleh orang ramai iaitu di Kailis Fish n Chips dan juga Charcoal Chicken Dianella Plaza.

Fish n Chips dengan fish yang segar beserta fries yang besar. Cukup 2 set untuk 5 orang. Sangat banyak portion yang disediakan. Selain itu, tempat tersebut sangat cantik iaitu berada di tepi diamana bot-bot kecil berlabuh. Sambil makan sambil tengok pemandangan Lautan Hindi.

Charcoal Chicken Dianella Plaza pula menyediakan makan ayam panggang dan juga ribs yang sangat sedap disertakan juga nasi beriyani. Daging ayam dan ribs sangat lembut dan anda memang patut untuk mencuba. Sekadar ingatan, Ahad je kedai ni dan pelanggannya sangat ramai.


Selain itu, aku berkesempatan untuk mecuba minuman coffee dan coklat yang sangat segar yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai runcit, mart seperti woolworth, Coles, West mart dan banyak lagi la. Katanya ada juga ayam halal dijual, tetapi kene cari brand tersebut. Kami tidak berkesempatan untuk cuba sebab sudah bawa beberapa makanan daripada Malaysia.

Makanan wajib dibawa sudah tentu meggi, makan dicuaca sejuk, terus ianya menjadi seperti spageti 5 star. hahah

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Cuaca

Cuaca disana kalau mengikut google weather akan mengalami hujan disepanjang hari bagi hari permulaan kami. Ya betul, pagi sahaja sudah hujan dan cuaca sangat sejuk. Tetapi hujan mereka sekejab-sekejab tetapi kerap. Hujan 5 minit, 20 minit selepas itu hujan kembali. Tetapi tiba hari esoknya hujan dan kurang dan kami nampak matahari. Alhamdulillah.

Suhu yang pernah dicatatkan paling sejuk adalah 8°C iaitu pada waktu malam dan pagi manakala paling tinggi adalah 18°C. Dinasihatkan tak payah la nak breakfast kat park pada waktu pagi, sejuk tangan nanti weh. Untuk ke arah utara Perth, semakin panas sikit tapi masih 18°C.

Bagi aku sudah cukup sweater biasa, pakai mask sebab Perth sentiasa berangin, sejuk muka nanti, pecah bibir, perit amat. Glove biasa sudah memadai.

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Currency

Untuk kadar tukaran wang Australia Dollar (AUD), hari aku tukar tersebut AUD1 = RM2.93. Untuk barangan jualan di sana, harga barang sana sama sahaja dengan Malaysia. Sebagai contoh, harga tiket bas RM4 di Malaysia, tetapi di Perth berharga AUD4. Tapi kene la convert. Haha Ya, sebab duit kita kecil kan. Jadi bahagian mana boleh jimat, kita jimat seperti bawa makan dari Malaysia.

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia


Aplikasi Wajib

Di Perth, selain Map atau Peta yang boleh didapati di Aiport sendiri, anda juga perlu menggunakan pertolongan tambahan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Anda boleh muat turun beberapa aplikasi yang aku sendiri gunakan selama berada di Perth. Sangat membantu menyelesaikan masalah. Aplikasi tersebut adalah My Optus, Transperth dan juga Google Maps.

My Optus digunakan sepanjang berada di sana bagi mendapatkan capaian data Internet. Aku menggunakan plan AUD20 dengan diberi 12GB data internet. Aku menggunakan khidmat thetering untuk berkongsi dengan 5 device yang lain dan kelajuan hampir 20mbps. Disana selain menggunakan sosial media, aku menggunakan internet bagi google maps untuk pemanduan.


Aplikasi Transperth pula digunakan bagi mengetahui setiap hentian bas dan train. Di mana kami perlu berhenti, bas berapa kami perlu naik dan waktu perjalanan. Tetapi sebenarnya aplikasi Google Maps nampak lebih membantu daripada Transperth.

Aku menggunakan aplikasi Maps ini hampir 95% untuk pemanduan arah. Jalan kaki ke, naik bas ke, naik kereta semua menggunakan aplikasi Maps ini. Ianya lengkap dengan hentian, waktu perjalanan dan sebagainya. Tetapi anda perlu juga muat turun Maps Offline kawasan Perth sebab di bahagian Pinnacle terutamanya, tiada capaian Internet, jadi Maps Offline dapat membantu untuk petunjuk arah.

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia


Secara jujur, Perth sangat cantik lagi-lagi bila berkaitan dengan alam semula jadi baik pantainya, tamannya, gurun, laut dan langit yang sentiasa membiru. Bandarnya juga tenang dengan pemandangan moden yang cantik. Cuaca pun sejuk dan best untuk berjalan kaki.

Sekadar perkongsian daripada orang disana, kalau nak datang Perth cuba elak datang di musim panas; dengan suhu sehingga 40°C dan juga katanya, barangan di sana akan meningkat sekurang-kurangnya sekali ganda. Ini kerana, pada waktu tersebut, ramai pelancong Eropah akan ke sana untuk mendapatkan suhu yang panas tersebut.


Masa yang sesuai untuk melawat Perth seperti yang dicadangkan adalah bulan Ogos sehingga Oktober kerana pada masa tersebut sudah musim bungan dan suhu tidaklah terlalu sejuk. Harap perkongsian ini memberi sedikit gambaran bila anda tiba di Perth kemudian.

Jadi inilah serba sedikit perkongsian pengalaman di Perth, Austrlian. Jadi kepada pembaca lain yang ingin ikuti cerita penuh selama aku di Perth, anda boleh ikuti link di bawah atau dengan carian di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dengan #pengalamanperth dan #syokperth

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia


Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

21 comments for "Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia"

Comment Author Avatar
ole ole utk sy mn?😅
Comment Author Avatar
ada-ada. kene datang pahang la hehe
Comment Author Avatar
Thanks share byk info ttg Perth.
Comment Author Avatar
eyh.. awak adik kak mai ek?
Comment Author Avatar
nmpk die upload gmbr, tpi x perasan plak owner blog ni...yer la sebab tak pernah jmp face 2 face, tpi bila tgok entry ni, kenal laaa kakak owner..hihih.. die senior sya kt uitm jengka
Comment Author Avatar
Seronoknya bercuti.. thanks for sharing
Comment Author Avatar
Bestnya jalan-jalan di Perth. Salah satu destinasi impian juga ni. Thanks sharing :)
Comment Author Avatar
thanks sharing. lagi membuak2 perasan nak travel. haha bilalh nak kaya & ada duit byk ni
Comment Author Avatar
hi..maaf nk tanya..makanan yg awk bawak dr m'sia, awk declare x kt imigresen & entry form? hanya bw processed food or ada yg masak2 mcm rendang/smbal goreng?
Comment Author Avatar
untuk yang masak2 takda bawa. proses food pun bawa sardin je. jadi dalam form tu tak tanda apa2 pun. tapi di imigresen dieorang tengok list makanan kita. better buat list makanan dibawa dan juga itinerary kita.
Comment Author Avatar
Jom ke PERTH AUSTRALIA 2020!!!!!! Hanya RM1970/pax termasuk flight + transport + hotel + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking trip ke Perthl! Promosi valid sehingga 31/10/19. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.
Comment Author Avatar
Lepas baca, tiba tiba rindu Australia pula
Comment Author Avatar
Aiman...kalau ke Bandung Dan Umrah gi tau Nak ikut sama kalau boleh...
Comment Author Avatar
insya allah. tapi buat masa sekarang ni tiada plan lagi ke mana-mana hehe
Comment Author Avatar
Bestkan pergi Perth. saya duduk sana 11 hari. Tu pun rasa tak cukup. Dapat free day 2 hari. kami travel sendiri naik bas. hari hari lain kami travel dgn ejen. Ada rezeki insha Allah nak pergi lagi. oleh kerana kami stay kat sana 11 hari ada tempat yg kami pergi 2 kali. Freementle pun pergi 2 kali. pergi sekali x cukup time nak shopping. Apa apa pun Perth memang best.
Comment Author Avatar
aih ada lagi orang komen. Ni rasa nak pergi lagi. Mana cukup sekali hehe
Comment Author Avatar
Pergi travel tak cukup sekali. Mesti nak pergi byk kali baru puas. Sbb dh tau environment dia mcm mana.

Tp sy x pergi pinnacles tu sbb ms tu musim lalat. So not advisable to go. Tu yg dpt pegi freemantle 2 kali. Hay street pun 2 kali. Best best.