Bercuti Di Perth, Australia | Bahagian 3
Hari Ketiga (Sabtu, 29 Jun)telah diputuskan kami hanya akan menggunakan kereta sewa sahaja sebab akan bergerak lebih jauh sedikit dariapda CBD Perth. Jadi pada pagi tersebut, kami terus bergerak ke pusat kereta sewa iaitu di Aries Car Rental. Lebih kurang 15 minit daripada apartment menaiki CAT bas kuning.
Tempat yang dilawati pada hari ketiga (29 Jun 2019):
- Caversham Wildlife Park
- The Margaret River Chocolate
- Swan Valley Mosque
- Charcoal Chicken Express Dianella
Di Perth anda akan memandu seperti di Malaysia iaitu dibelah kanan. Pandulah mengikut signboard disediakan dan sila patuhi had laju kalau taknak kene saman. Memandulah dengan berhemah. Lesen dwibahasa kita boleh digunakan di Perth, Australia.
Seperti biasa kalau nak tengok gambar-gambar lain di media sosial, anda boleh cari menggunakan hashtag #pengalamanperth dan #syokperth
Sejurus dapat kereta sahaja, cuba rakam setiap sudut kondisi kereta sebagai bukti ketika ingin pulangnya nanti. Anda ambil fulltank, pulanglah kereta tersebut dengan fulltank juga. Pada hari sabtu, jalan dalam di dalam bandar sedikit lengang sebab orang tidak ramai, jadi nak drive di negara orang pun lebih selamat la
Seterusnya, kami terus bergerak ke destinasi pertama keluar sedikit daripada CBD Perth iaitu di Caversham. Tujuan kami disini hanya untuk melihat secara langsung dan lebih dekat haiwan unik yang hanya ada di Australia iaitu Kangaru dan Koala iaitu di Caversham Wildlife Park.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai di sana. Ianya seperti tempat lombong lama sebab ada landasan keretapi lama dan kini menjadi pusat pelancongan yang terkenal. Ianya lebih kepada macam zoo la. Bayaran dikenakan untuk seorang dewasa adalah AUD30 yang katanya sudah naik harga daripada sebelum ni.
Tips: Tiba disini seawal mungkin dalam 8.30 ke 9 pagi. Kerana Kangaru ketika ini masih lapar dan mencari makanan. Jadi kalau mereka dan kenyang, mereka lepak dan baring je la.
Di Caversham Wildlife Park ini antara tarikan utamanya adalah memberi makan Kangaru, bergambar dengan Koala dan Wombat dan menyaksikan secara langsung proses mencukur bulu biri-biri. Jangan lupa, tengok semua aktiviti ini.
Aktiviti ini ada masa sahaja kecuali memberi makan Kangaru yang diadakan sepanjang masa. Disini anda bebas untuk memberi makan kepada Kangaru dengan palet yang disediakan, anda nak pegang, bergambar pun boleh. Tapi perlu juga berhati-hati takut kene punch pula dengan Kangaru kan. hahaha
Aku sangat teruju buat kali pertama dalam hidup dapat jumpa Kangaru secara langsung dan dapat pegang pula. Tengok mereka makan, berlari, baring, bergurau dan macam-macam lagi. Moment yang mungkin sukar untuk dilupakan la selama di Perth ini.
Selain itu, kami juga berkesempatan untuk bergambar bersama haiwan yang menghabiskan masa lebih kurang 18 jam sehari untuk tidur iaitu Koala. Di Caversham Wildlife Park ini diadakan 3 kali sehari sesi bergambar secara dekat dengan Koala. Anda juga boleh pegang mereka. Ini juga moment yang sukar untuk dilupakan.
Aktiviti lain adalah, melihat acara bagaimana seseorang pengembala kambing biri-biri mengumpulkan biri-birinya di dalam sangkar menggunakan pertolongan anjing dan menyaksikan cara bagaimana cukur bulu biri-biri. Acaranya lebih kurang 45 minit. Dan akhir sekali anda diberi kesempatan untuk memerah susu lembu tenusu Australia yang besar.
Acara akhirnya adalah bergambar dengan seekor lagi haiwan unik iaitu Wombat. Saiz wombat yang ada disini, besar gila kot. Besar saiz kanak-kanak kot. Selain itu juga, ada lagi haiwan-haiwan lain di acara ini.
Selesai lebih kurang pukul 3 petang, kami berhenti seketika di kawasan taman yang ada di kawansan Caversham Wildlife Park ini untuk makan tengah hari. Bawa bekalan daripada apartment. Macam biasa, makan dengan tangan yang sejuk.
Selesai semua, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu The Margaret River Chocolate yang tidak jauh dari lokasi asal. Disini merupakan kilang memproses coklat. Anda datang sini hanya untuk makan tester coklat sahaja dan juga membeli coklat-coklat mereka la. Tester banyak gila. Jadi kalau nak beli, pastikan ianya halal untuk dimakan.
Seterusnya kami bergerak ke sebuah masjid berhampiran iaitu Swan Valley Mosque untuk berhenti solat Zohor dan Asar. Masjid ini seperti masjid-masjid yang biasa kita lihat sahaja dimana-mana. Tetapi yang uniknya mimbarnya berada di tepi. tak pasti macam mana khatibnya membaca khutbah.
Solat sudah, kami bergerak balik ke CBD Perth kerana suasana sudah ingin masuk ke Magrib. Sebelum pulang kami singgah di satu lagi destinasi makan-makan yang wajib singgah bila melancong di Perth di kawasan Dianella iaitu Charcoal Chicken Express.
Aku sempat berborak dengan dengan local person dan beliau juga mencadangkan untuk singgah makan di Charcoal Chicken Express. Orang Perth sendiri dah kata sedap, kita kene la cubakan.
Jangan risau, disini semua menunya adalah halal siap dengan sijil lagi. Tak perlu khuatir, risaukan dompet anda sahaja. Disini disediakan makanan daging ribs bakar, ayam bakar dan nasi beriyani. Jadi kalau anda datang sini, anda wajib rasa ribs, ayam dan nasi beriyani. Marveloss. Ianya buka sehingga 9 malam dan tutup pada hari Ahad.
Sebelum pulang ke Apartmen, kami singgah di Elizabeth Square untuk melihat pemandangan bandar Perth di waktu malam. Sampai disana, kami berhenti di suatu bangunan ikonik terkenal di Perth iaitu Bell Tower. Anda boleh naik Bell Tower pada siangnya, tetapi malamnya tidak.
Ketika malam, Bell Tower akan diterangi dengan lampu yang bertukar warna dengan warna-warni. Sangat menarik disini. Tetapi tak boleh duduk lama di luar, malam susu menjadi lebih sejuk. Jadi selesai bergambar kami terus pulang ke apartment untuk berehat.
4 comments for "Bercuti Di Perth, Australia | Bahagian 3"
Apa² pun thanks. Nice sharing.