Cara Hindari Hasad Dengki


sifat dengki

Hasad dengki kadang kala serba sedikit akan timbul dalam diri manusia. Sudah pastinya hasad dengki ini akan memberi kesan negatif atau tidak baik kepada individu.


Menurut kamus dewan DPB, Hasad Dengki bermaksud menaruh perasaan dengki iaitu cemburu dengan niat jahat. Erti kata yang lebih panjang, hasad dengki merupakan penyakit hati yang tidak suka melihat orang lain mendapatkan kenikmatan dan berharap nikmat tersebut berpindah kepadanya dan umat Islam dilarang untuk dengki sesama sendiri.


Sebagai contoh, jika ada kenalan kita lebih berjaya dalam pelajarannya, dalam kerjayanya, hati kita mula rasa tidak senang dengan kejayaan mereka. Tambahan lagi sekarang ni, buka sahaja media sosial sudah pastinya banyak perkongsian yang boleh kita lihat. Lagi sakit dan tidak senang la hati kita kalau tengok kenalan lebih berjaya daripada kita kan. Kita menjadi dengki dengan apa kelebihan yang diperoleh lebih daripada kita.


Tidak kira agama apa kita, bangsa apa kita, sifat dengki ini merupakan sesuatu yang tidak baik dan patut dihindarkan.


Justeru itu, bagaimanakah cara kita hindari hasad dengki ini terus timbul dalam kira kita? Bagaimana nak buang jauh-jauh sifat negatif ini dalam hati kita? Mungkin perkongsian ini serba sedikit dapat memulihkan hasad dengki kita itu.


1.   Melatih diri kita untuk ucap tahniah kepada mereka


Jika anda membaca status kejayaan kenalan anda tersebut, cuma komen tahniah atas kejayaan tersebut. Kalau baru naik pangkat, ucap tahniah, kalau baru kahwin ucap tahniah. Kalau ada didepan anda, ucap tahniah dan salam kenalan anda tersebut.


2.   Lontarkan kata-kata yang baik kepada mereka


Sebagai contoh, mungkin kawan kita baru berjaya dapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, pujilah usaha kawan anda tersebut. Berilah kata-kata positif. Even hati kita ada sedikit terpalit dengki, teruskanlah memberi kata-kata yang baik kepada mereka. Semoga dengan cara ini, akan menghapuskan sifat hasad dalam diri kita.


3.   Gunakanlah senjata umat Islam, iaitu doa


Doa ini pula terbahagi kepada 2 iaitu, anda doa untuk kejayaan yang lebih kepada kenalan anda tersebut dan juga anda doa untuk diri anda sendiri.


Apabila kita doa yang baik-baik kepada orang tanpa pengatahuanya, ketahuilah bahawa anda akan peroleh sama seperti apa yang anda doakan tersebut. Seperti dalam hadis di bawah:

hasad dengki


Dan seterusnya doakan juga untuk kejayaan kita dunia dan akhirat. Doa kepada Allah supaya dihindari daripada sifat hasad dan juga mohon supaya diberi kejayaan yang sama seperti kawan anda tersebut.


Ingatlah Allah itu yang mendatangkan rezeki kepada hamba-hambaNya. Ingatlah rezeki yang kawan anda dapat itu, itu rezeki dia. Allah juga menyimpan rezeki anda. Mungkin kita biasa dengarkan, rezeki takkan pernah salah alamat.


Semoga cara ini serba sedikit akan mengurangkan sifat hasad dengki yang ada dalam diri individu dan dibuang jauh dari dalam hati kita. Hati bersih, hidup tenang.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

5 comments for "Cara Hindari Hasad Dengki"

Comment Author Avatar
pernah terbaca 1 perkongsian... jika kita kerap amalkan sedekah insya allah sedikit sebanyak sikap2 negatif dlm diri akan pudar...
Comment Author Avatar
Betul tu.doa adalah segalanya...
Comment Author Avatar
Done follower aiman ke 291...salam lebaran dri pahang juga
Comment Author Avatar
Betul juga.. thanks for sharing
Comment Author Avatar
Terima kasih atas perkongsian info ni. Saya dah follow en aiman