5 Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya

5 amalan sunnah hari raya

Alhamdulillah, sempurna sudah (Insya Allah) Ramadan kita pada 1440H kali ini. Tahun 2019 ini, umat Islam di Malaysia khususnya berpuasa di bulan Ramadan cukup 30 hari yang jarang kita peroleh sebelum-sebelum ini. Sekali gus ia memberi lebih masa untuk kita terus beribadah di dalam bulan yang mulia ini.

Kini Syawal telah menjelma selesainya waktu Maghrib sebentar tadi, sekali gus telah bertukar bulan yang baru. Di Malaysia tahun ini, 1 Syawal di sambut pada 5 Jun 2019 setelah diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 2 Jun (Isnin) yang lepas.

Dengan tarbiah yang diperoleh selama sebulan di bulan Ramadan, jangan kita kotori di bulan kegembiraan Syawal. Justeru itu, sini dikongsikan 5 Sunnah yang kita boleh amalkan di pagi raya Aidilfitri.

1.   Mandi Sunat Aidilfitri

Selepas bangun daripada tidur, jika ingin mandi, ketika itu niatlah untuk Mandi Sunat. Mandi seperti biasa yang kita lakukan tetapi dengan niat khusus.
Sahaja aku mandi Sunat Eidul Fitri kerana Allah Taala
Amalkan amalan sunnah, sudah dapat pahala kan. Jadi mandi pun dapat pahala


2.    Bertakbir Raya

Kita disunatkan bertakbir raya bermula jatuhnya matahari di malam Syawal sehingga Solat Sunat Aidilfitri. Jadi ketika di masjid, datang awal dan bertakbir raya bersama-sama.
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ 

Jika anda bertemu dengan kenalan atau orang ramai, tegur dan sebutlah kepada beliau
Taqabballahu minna waminkum
Semoga Allah terima amalan kamu ( amalan ramadan)


3.   Jamah sedikit makanan

Disunatkan kepada kita untuk menjamah sedikit makanan tidak kira la kuih raya , kurma atau ketupat sebelum pergi Masjid untuk menunaikan Solat Hari Raya. Jangan Lupa makan sambil duduk dan tangan kanan.

Dalam sebuah riwayat nabi memakan beberapa biji kurma sebelum solat sunat Eid Fitri.


4.   Memilih jalan berbeza semasa pergi dan balik Solat Eidul Fitri

Ketikan anda pergi dan balik daripada Solat Hari Raya, pilihlah jalan berbeza untuk dilalui. Jika anda pergi ke Masjid melalui jalan A, jadi ketika anda pulang ke rumah pilihlah jalan B.

Nabi akan memilih jalan yang berlainan kerana akan bertemu dengan orang yang berbeza.


5.   Solat Sunat Hari Raya dan dengar Khutbah Raya 

Akhirnya, jika anda berkesempatan, pergilah Solat Sunat Hari Raya serta tunggu dan dengarlah khutbah raya. Solat raya ni pun hanya 2 kali je setahun, pada hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. Jadi pergilah solat okeh.


Jadi semoga kita semua terus beristiqomah dalam ibadah dan terus mencari keredaanNya. Ingat, walaupun Raya untuk bersuka ria, ingatlah batasan yang sepatutnya.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "5 Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya"

Comment Author Avatar
pagi 1 syawal adalah pagi yg sgt indah.
bersarapan sikit.
berbaju baru. berwangi-wangian.
semua org happy.