Panduan Keselamatan Penggunaan Facebook Dating



1 Mei yang lepas, pihak Facebook telah melepaskan ciri-ciri terbaru di laman facebook iaitu Facebook Dating selepas pihak memperkenalkan antara-muka yang diberi nafas baru. Secara umumnya, Facebook Dating sudahpun terbina di dalam aplikasi Facebook, jadi anda tidak perlu untuk muat-turun apa-apa kepada telefon pintar anda.

facebook dating
sumber daripada SAYS

Dalam siaran akhbar, pengurus program Facebook Dating Charmaine Hung berkata, "Pada masa ini, terdapat lebih daripada 200 juta orang yang telah menyenaraikan diri sebagai single dalam status hubungan mereka di Facebook.

"Ramai daripada mereka sudah menggunakan Facebook untuk memulakan hubungan yang bermakna. Kami melihat ini sebagai peluang yang luar biasa untuk menghubungkan orang, sekiranya mereka memilih untuk mencari pasangan sesuai." Dalam erti kata mudahnya, fungsi Facebook Dating dibangunkan bagi membantu pengguna Facebook mencari pasangan atau jodoh melalui dalam talian

Jadi, anda dah cuba ke belum yang sudah fungsi Dating di dalam Facebook? Berbaloi atau masih lagi tak jumpa jodoh tu. hehe 

Apabila fungsi Dating ini diaktifkan, anda dapat melihat cadangan pasangan yang dipamerkan mengikut spesifikasi pengguna yang ditetapkan sendiri dengan pelbagai kategori dalam lingkungan jarak maksimum 100km.

facebook dating
sumber daripada polisdirajamalaysia


Tetapi kita tak tahu dengan siapa kita berhubung, adakah bakal jodoh kita ini sebenarnya wujud, betul ke jantinanya, umurnya dan juga betul ke niatnya ke arah kebaikan? Semua ini boleh diubah tanpa kita tahu pun kebenaranya. Inilah antara sudut keburukan jika anda ingin mencari jodoh di alam maya yang tiada didepan kita.

Jadi hari ini melalui laman facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) berkongsi  langkah-langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan jika anda bercadang untuk menggunakannya sebagai alternatif mencari pasangan.

facebook dating

Panduan Keselamatan Penggunaan Facebook Dating

  1. Jangan dedahkan nama penuh, maklumat kewangan, alamat, nombor telefon, tempat bekerja atau apa-apa sahaja informasi semasa anda sedang berbual dengan seseorang yang baharu dikenali. Halang atau lapor segera sekiranya terdapat individu yang meminta maklumat peribadi anda.
  2. Abaikan permintaan sesiapa yang menginginkan anda untuk menghantar wang atau menghulurkan bantuan derma.
  3. Jangan terlalu mempercayai maklumat yang dipaparkan oleh mana-mana individu di profil Facebook Dating. Selidik terlebih dahulu latar belakang mereka sekiranya bercadang untuk bersemuka.
  4. Maklumkan kepada keluarga atau kenalan mengenai perancangan janji temu anda dengan menyatakan lokasi dan masa anda akan pulang semula ke rumah.
  5. Elakkan bertemu janji di kawasan yang sunyi. Sebaiknya di kawasan terbuka dan di khalayak ramai.
  6. Sekiranya dari awal lagi anda berasa tidak selesa atau selamat untuk berjumpa dengan individu berkenaan, batalkan sahaja niat itu! Gerak hati kadang kala mampu menyelamatkan kita.

Sedikit sebanyak panduan dan tips ini mungkin akan menyelamatkan kita kelak dari terjebak dengan benda-benda yang tidak diingini. Ingat, gunakanlah fungsi ini kearah kebaikkan dan tidak merosakkan atau juga dirosakkan

p/s: Kepada pengguna Facebook Dating, gunalah gambar anda yang sebenar, baru mudah orang nak berkenalan. hahahaha 😃


Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

5 comments for "Panduan Keselamatan Penggunaan Facebook Dating"

Comment Author Avatar
i am not gonna try it bcuz it's still scary for me haha. i wonder how people have the urge to try all those dating apps?
Comment Author Avatar
ya exactly. but if wanna try just more be careful.
Comment Author Avatar
Jangan terjerat dengan apps . Kekadang apps ini bypass pelbagai backdoor tersembunyi.. Akhir2 ini security fb kerap bocor. haha
Comment Author Avatar
betul. jangan dedahkan sangat maklumat yang penting. bagi maklumat biasa2 je
Comment Author Avatar
nak buang acc dating macemane pulak ye