Cara Berniaga Di Shopee Untuk Tahun 2024

Mungkin sekarang anda pembeli tegar atau pengguna shopping online yang pastinya memberi banyak kelebihan daripada shopping secara langsung di kedai-kedai.

Di Malaysia terdapat banyak platfom untuk anda mula shopping online seperti Shopee, Lazada, 11street, Fave hatta di Instagram, Facebook dan dimana-mana sahaja yang anda boleh shopping hanya secara dalam talian atau online.

cara berniaga di shopee

Aku ambil 1 contoh daripada banyak-banyak platfom tersebut iaitu Shopee. Katanya terdapat hampir 13 juta penggunjung yang melayari Shopee sepanjang tahun 2017. Sekarang dah 2021 sudah pastinya akan meningkat dengan pelbagai promosi yang dibuat oleh pihak Shopee sendiri. 

Seperti yang diberitahu di awal posting ini, terdapat banyak kelebihan shopping secara online ini seperti, dapat menjimatkan masa, tidak perlu bersesak dengan orang ramai, boleh shopping di mana-mana sahaja asalkan ada handphone ditangan dan yang pastinya iainya lebih murah.

Kenapa ianya lebih murah pula? Ini disebabkan seller kebanyakannya hanya berniaga dirumah tanpa perlu menyewa kedai, ambil pekerja, bayaran bil api, air yang tinggi.

Dengan kos yang tidak perlu ditanggung semua ini, sudah pastinya barang tersebut lebih murah daripada di kedai-kedai yang menjual secara langsung.

Banyak kelebihan rupanya kepada pembeli apabila shopping secara online ni. Dengan itu juga, ianya juga memberi kelebihan kepada penjual. Seperti diberitahu di awal tadi, di Shopee sahaja, sehingga 2017 hampir 13 juta pengunjung yang datang.

Kalau 1% sahaja daripada jumlah itu, datang ke kedai kita di Shopee, mahu meletup jualan kita kan. 

Kelebihan Menjual Di Shopee

Sekarang aku nak kongsi pula, apa kelebihan sebagai Seller atau menjual di platfom online ini. Aku akan bagi contoh kepada platfom Shopee kerana di sini mempunyai kelebihan yang lebih berbanding dengan platfom-platfom lain. Kelebihan menjual di Shopee:

  • Ianya ditawarkan secara Percuma. Bayangkan, anda nak berniaga anda mesti nak ada kedai supaya orang lebih mudah datang, tiba-tiba dapat kedai secara percuma je. Tulis nama, dapat kedai di Shopee. As simple as that. Yes! di Shopee, anda tidak perlu membayar apa-apa yuran langganan. Ianya 100% percuma
  • Penggunaan sistem lebih mudah. Di Shopee, anda boleh pantau jualan anda hanya menggunakan handphone sahaja. Tiada laptop pun takpa.
  • Menjimatkan masa. Ya dengan Shopee, sistem yang disediakan memudahkan buyer dan seller. Orang order, kita process, dan pos barang tersebut. Masa lain, kita boleh tumpukan kepada marketing.
  • Mengurangkan risiko ditipu. Ini yang membuat orang Malaysia khususnya lebih percaya Shopee berbanding tempat lain. Sistem ini betul-betul dipantau oleh pihak Shopee bagi menjamin keselamatankepada buyer dan seller.

Dan banyak lagi sebenarnya kelebihanya. Nak tulis panjang-panjang takut ramai excited pula nak mula cuba berniaga dan menjual di Shopee ni kan.

Jadi aku nak kongsi satu e-book ni yang menerangkan semua perkara berkenaan dengan Cara Menjual Di Shopee bermula dari A to Z. Lengkap cara nak set up, nak buat marketing, proses penghantaran dan ada group yang disediakan kalau nak tanya apa-apa.

cara berniaga di shopee

Aku sudah cuba dan telah membacanya. Ianya menggunakan bahasa yang mudah difahami. Aku beli sebab nak buat perkhidmatan Khat Kufi aku disana pula.

Katanya adalah lebih 13 juta pengunjung kan. Takkan 0.1% pun tak datang singgah kan. hehe Anda boleh dapatkan e-book Bagaimana Menjual di Shopee dengan klik pada banner di bawah ini

Bisnes Shopee

bisnes shopee


Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Cara Berniaga Di Shopee Untuk Tahun 2024"

Comment Author Avatar
Menarik! Tertarik juga nak cuba