Penetapan Alamat Pada Kad Pengenalan
Mungkin ada rakyat Malaysia kini yang berpindah-randah penempatan atas pelbagai alasan seperti pertukaran tempat kerja atau ingin kembali ke kampung halaman semula dan pelbagai lagi. Jadi disebabkan ini juga mungkin pelbagai perkara yang sering berubah ketika dalam proses perpindahan dan salah satunya adalah alamat pada Kad Pengenalan kita.
Tahukah anda, baru-baru ini pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan cara atau prosedur bagi membuat permohonan pertukaran atau penetapan alamat pada Kad Pengenalan yang akan berkuat kuasa bermula 2 Mei 2019 ini. Jadi disini saya ingin kongsikan semula posting JPN tersebut.
Mana-mana individu yang ingin menukar alamat pada kad pengenalan, perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan mereka menggunakan alamat baharu itu dan bawa ke Jabatan Pendaftaran Negara cawangan di kawasan anda.
Antara dokumen sokongan yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
- Bil Utiliti; atau
- Cukai Pintu; atau
- Cukai Taksiran; atau
- Borang Taksiran Cukai Pendapatan; atau
- Perjanjian Jual Beli Rumah; atau
- Perjanjian/Resit Sewa Rumah; atau
- Lain-Lain Dokumen Seumpamanya Bagi Membuktikan Pemohon Telah Menetap Di Alamat Baru Tersebut.
Prosedur ini ditetapkan bagi permohonan:
- Permohonan Kad Pengenalan kali pertama
- Permohonan gantian penukaran alamat pada Kad Pengenalan
Infografik |
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi
Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat JPN Putrajaya
Di talian : 03-8880 7077
e-mel : pro@jpn.gov.my
3 comments for "Penetapan Alamat Pada Kad Pengenalan"