Alhamdulillah Lulus 3 Kertas Peperiksaan SHO

peperiksaan SHO

Aku tak sangka ramai yang menghubungi aku berkaitan dengan posting aku sebelum ini berkaitan Pengalaman Menjawab Peperiksaan SHO aku aku lalui sendiri.

Rata-rata pastinya mahukan sedikit tips dan juga bahan bacaan dan contoh soalan peperiksaan sebelum-sebelum ini. Jadi kalau anda nak baca secara ringkas format peperiksaan dan juga sedikit tips peperiksaan anda boleh pergi ke pautan ini.

Sebenarnya keputusan Peperiksaan Safety & Health Officer (SHO) bagi sesi Februari telahpun dikeluarkan pada hujung Mac yang lalu lebih kurang pada 27 Mac 2019.

Mengikut bacaan aku, keputusan peperiksaan SHO akan dikeluarkan sebulan selepas habis peperiksaan. Jadi aku ambil sesi 27 Februari 2019 dan keputusan aku keluar 27 Mac 2019.

*Sesiapa nak masuk belajar dan ambil Sijil SHO secara percuma, sekarang ada buat ambilan di Pahang Skills, syaratnya kene ada Sijil Diploma. Semua sponser beb. Tengoklah di facebook rasmi Pahang Skills

Alhamdulillah, dengan 3 kertas (Kertas 1, 2 dan 3) yang aku ambil sebelum ini, aku lulus kesemuanya. Ikut pengalaman aku pada hari tersebut, aku rasakan yang Kertas 3 akan gagal kerana format cara jawabnya yang unik dan mungkin aku sampai lewat sikit ke dewan peperiksaan.

Tapi aku pastikan aku tidak akan tinggalkan kosong bagi setiap ruang jawapan. Tulislah apa-apapun bagi nampak logik. haha

peperiksaan SHO
Keputusan keseluruhan belum lengkap tanpa kertas 4. Sijil belum boleh dikeluarkan


Anda boleh semak keputusan Peperiksaan SHO di laman ini, dengan masukkan No. Kad Pengenalan dan juga No.Indeks.

Jadi jangan lupa No Indeks tu. Simpan baik-baik. Selain itu, pihak NIOSH akan hantar peringatan tentang semakan keputusan melalui SMS. Jadi anda kene cakna je la. 

http://intranet.niosh.com.my/exam/semakan.nsf/

Untuk Kertas 4, aku masih tiada pengalaman untuk kongsikan sebab aku tidak berkesempatan lagi untuk daftar dan ambil kertas tersebut.

Bila aku nak daftar? Pun belum ada perancangan. Nanti kalau dah berjaya, aku kongsikan di posting yang seterusnya. Jadi Sijil SHO masih belum boleh dikeluarkan kalau belum lulus keempat-empat kertas.

Disini aku kongsikan sekali lagi tips yang aku guna ketika sebelum menghadiri Peperiksaan SHO

Tips Peperiksaan SHO

  1. Ini penting, kalau boleh, setelah selesai Kursus Kehadiran 22 hari tersebut, cepat-cepat daftar untuk peperiksaan SHO. Ini kerana, masa tersebut, anda masih fresh dan masih ingat apa yang anda belajar. Kalau lambat, mungkin anda akan lupa dan terpaksa ulang kaji dengan lebih gigih. Kalau dah pandai, itu bonus dong!
  2. Ulang kaji semua modul demi ilmu
  3. Jawab soalan-soalan past year. Mungkin trainer anda dah bagi tahu, soalan dia ulang-ulang je setiap tahun dan ya! ianya terjadi pada peperiksaanku pada Februari lepas. soalan sama! Aku ada sikit soalan past year, siapa nak contact aku, ada di profile aku. 
  4. Datang awal ketika hari peperiksaan, takut terlepas apa-apa maklumat daripada pegawai peperiksaan.
  5. Jawab soalan essay bagi gempak walaupun tiada isi pun haha

Akhirnya, Terima Kasih kepada semua pembaca dan pengunjung yang sudi kongsikan posting ini dan juga telah mendoakan kejayaan sebelum ini.

Harap juga doakan saya sentiasa berjaya terutamanya didalam bidang Safety. Kalau ada job safety, roger-roger la keh

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

4 comments for "Alhamdulillah Lulus 3 Kertas Peperiksaan SHO"

Comment Author Avatar
bagus kongsi tips. btw tahniah lulus :)
Comment Author Avatar
Tips yang berguna ni ...gud sharing
Comment Author Avatar
sekarang budak degree yg takde sijil dip pun dah boleh..