Perkongsian Doa-Doa Selepas Setiap Solat
Perkongsian Doa-Doa Selepas Setiap Solat | Hari ini aku nak kongsikan beberapa doa yang aku rasa sesuai untuk diamalkan bagi setiap umat Islam. Doa merupakan salah satu cara untuk kita memohon setiap permintaan yang kita mahukan kepada Allah. Makbul atau tidak itu semua no dua, yang penting kita minta dan mengadu kepadaNya.
Aku bukanlah ahlinya untuk bercakap lebih mendalam tentang agama. Tetapi aku hanya ingin berkongsi apa yang pernah aku belajar daripada guru hatta sedikit pembacaan. Jadi jika ada kesilapan, tegurlah dan berilah peringatan. Setiap perkongsian di bawah merupakan ayat daripada Hadith dan juga Al-Quran. Semoga bermanfaat dan dapat diamalkan terutamnya ketika selesai mengerjakan Solat Fardhu.
Amalan Doa-Doa Harian
1. Doa kepada kedua Ibu Bapa. Antara amalan yang sampai hingga ke kubur adalah doa anak yang soleh kepada Ibu Bapanya. Jadi doa ini antara amalan yang boleh kita amalkan untuk kesejahteraan mereka sama ada masih ada atau tidak ada lagi
2. Doa ini mengajar kita agar kita dihindarkan atau dijauhkan daripada sifat malas, lemah, sombong, perasaan hiba dan dipermudahkan untuk melangsaikan hutang. Doa ini sesuai untuk semua orang yang pastinya mudah lalai dan lemah sebagai seorang manusia.
3. Doa ini memohon supaya kita dikurniakan keluarga yang bahagia dan baik sentiasa. Percayalah, mohon daripada Allah
4. Iman seorang hamba pastinya ada pasang surutnya. Jadi doa ini memohon daripada Allah supaya ditetapkan iman kita supaya tidak berbolak-balik.
5. Mintalah daripada Allah sebagai hamba supaya diberikan kejayaan di dunia dan juga akhirat. Disamping itu, dijauhkan daripada api neraka yang pastinya tidak mampu dijangkau dengan fikiran logik keadaanya di sana kelak.
Post a Comment for "Perkongsian Doa-Doa Selepas Setiap Solat "
Post a Comment