Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh | Rasanya hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum jika korang terdengar perkataan daerah Temerloh mesti korang ingat ikan patin. Ya betul, sememangnya di Temerloh iaitu di negeri Pahang cukup terkenal dengan ikan patin tambah lagi jika ia dijadikan makanan dan bukannya ikan semata-mata. Sudah tentu makanan terkenal dengan juadah ikan patin ini adalah Ikan Patin Masak Tempoyak.

Sebelum ni aku sendiri ada tanya, ikan patin ni tiada di negeri lain ke? Hanya ada di Pahang je ke? atau memang di Sungai Pahang je ikan ni muncul. Salah 1 jawapan yang aku tahu, ikan ni ada di sungai lain juga yang dasarnya adalah pasir dan katanya di Sungai Perak pun ada. Tapi mungkin tak cukup terkenal seperti di Temerloh kan.

Selain masak tempoyak, ikan patin ni sebenarnya boleh je masak lain, ada buat goreng, masak lemak dan sebagainya. Tapi masak tempoyak juga digilai oleh masyarakat Malaysia ni. 

Tapi jika korang di Temerloh korang nak makan mana? Jadi kat sini aku sekadar kongsi beberapa tempat terkenal yang sudah tentu sedap untuk cuba ikan patin masak tempoyak dieorang. Sudah tentu di setiap tempat atau kedai ada keistimewaan tersendiri, jadi korang cuba la semua kedai. hahaha (btw aku memang duduk Temerloh, hari-hari boleh makan ikan patin. hahaha)


Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh
Berdekat dengan exit tol Temerloh

Kalau korang tanya cadangan aku, aku boleh cadangkan semua tempat ni sebab semua tempat ni aku dah pernah rasa. Tetapi yang paling kene dengan tekak aku adalah kancil raja patin. Terserah kepada penggemar patin tempoyak sendiri la kan. Jadi cuti sekolah ni boleh la bawa anak-anak jalan jauh sikit untuk pergi makan je. hehe Sebahagian tempat ni betul-betul menghadap Sungai Pahang. Jadi aokme selamat datang ke Temerloh dan menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak.


sumber: Laziz Patin Temerloh


Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

6 comments for "Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh"

Comment Author Avatar
dah lama teringinnnn nk makan patin temerloh...tapiiiiiiiiiiiii
Comment Author Avatar
tapiiii... jeng jeng jeng haha
Comment Author Avatar
Biase pegi kedai sambal hijau dkt sg.penchala d'sara jer..huhu
Comment Author Avatar
bilalah nak dapat pi pahang, dulu p pahang masa umur 13 skrg dah 22 pun haha teringin nak tasa ikan patin tempoyak oi
Comment Author Avatar
Semua tempat tu tak pernah pergi hahaha...
Tapi dah banyak kali makan patin tempoyak temerloh sebab mak sedara duduk temerloh
Comment Author Avatar
boleh suggest tempat makanan yang sedap tapi ramai pengujung tak tahu kewujudannya.