Akhirnya Dapat Withdraw Money Daripada Sushivid
Akhirnya Dapat Withdraw Money Daripada Sushivid | Tahukah anda, sekarang terlalu banyak sebenarnya cara untuk korang jana pendapatan sampingan daripada internet yang sudah pasti boleh dilalukan di rumah. Mungkin tak banyak tetapi sekurang-kurangnya korang mampu dapatkan tanpa mengeluarkan wang.
Jadi kat sini aku nak kongsikan salah satu platfom yang korang boleh cuba untuk dapatkan pendapatan berbentuk wang ringgit iaitu platfom Sushivid yang mengfokuskan Asia Tenggara. Secara asasnya, platfom ini mengfokuskan 2 kategori iaitu kepada Advertiser iaitu golongan yang mahu mengiklankan dan juga influencer iaitu golongan yang berkongsi.
Jika korang mahu buat pengiklanan, itu juga tempatnya, tetapi entry kali ni aku nak fokuskan kepada influencer. Di platform Sushivid ni terdapat 2 lagi kategori di bawahnya iaitu GoShareLah dan juga juga Share Campaign. Untuk perkongsian Campaign korang mesti adakan sebuah proposal terlebih dahulu kepada advertiser dan sekiranya proposal diterima, korang boleh teruskan untuk menulis dan berkongsi di blog sendiri. Manakala, untuk GoShareLah ini pula, korang hanya perlu share article di media sosial korang sama ada di Twitter, Instagram atau di Facebook. Syarat wajib untuk perkongsian artikel atau GoShareLah ini adalah korang mesti ada lebih 800 followers di akaun media sosial korang. Jadi kalau korang nak cuba korang boleh lawat Sushivid dan terus sign up akaun di sana.
Selepas beberapa bulan aku bersama dengan Sushivid ni akhirnya aku berjaya withdraw money ke akaun bank dengan hanya fokus kepada GoShareLah sahaja. Ini kerana, aku masih tak berjaya dalam proposal untuk mana-mana brand pun. Kesian hahaha
Seterusnya aku sekadar nak tunjukkan cara untuk withdraw duit daripada Sushivid dan ianya mudah.
Syarat asas untuk korang withdraw adalah di dalam akaun korang mesti terdapat RM50 dan ke atas. Dan untuk withdraw atau pengeluaran antara RM50 - RM99.99 di kenekan caj RM2 manakala tiada caj dikenakan untuk pengeluaran untuk RM100 dan ke atas
1. Sign in akaun korang
2. Pilih 'My Wallet'
3. Seterusnya tekan 'Payout Request'
4. Bersambung dan tekan 'Ok! Continue to Payout Request'
5. Akan terpapar semua article yang korang pernah share, jadi korang perlu 'tick' sahaja mana yang korang mahu, atau lebih senang 'Select All'
6. Kemudian masukkan maklumat peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan, gambar kad pengenalan depan dan belakang (jangan lupa palang tau) dan akhirnya masukkan akaun bank dan no akaun bank.
7. Akhirnya tekan 'Confirm Payout Request' dan selesai
8. Nanti pihak Sushivid akan berikan resit permintaan
Pembayaran akan di buat ke akaun bank korang dalam masa 7 hari bekerja. Macam aku hari tu dapat la withdraw RM50 pada hari isnin dan berjaya masuk akaun bank pada hari rabu. Tepat 7 hari. Dapat la extra income kan sikit. Jadi kalau korang tak cuba lagi, boleh la cuba daripada sekarang. Tak faham, drop the comments
10 comments for "Akhirnya Dapat Withdraw Money Daripada Sushivid"