Terima Kasih Astro Untuk Tiket Percuma
Pada 2 hari lepas, masa tengah kerja aku dapat 1 tweet daripada sebuah rancangan bual bicara Astro yang popular sekarang ni. Mereka memberi tahu yang aku telah memenangi sepasang tiket percuma atas sebab pertandingan yang mereka adakan hari sebelum itu.
Ya, rancangan tersebut adalah bual bicara MeleTOP iaitu sebuah rancangan di astro RIA dan RIA HD. Rancangan ini yang disiarkan pada setiap hari selasa jam 9 yang di acarakan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad. Setiap kali rancangan, MeleTOP akan memberi hadiah istimewa kepada yang bertuah iaitu melalui aplikasi Twitter.
Korang nak menang sepasang tiket ke Lost World of Tambun? Ha jangan lupa tweet banyak banyak dengan hashtag MeleTOP bermula 9.00 malam ni ok! #MeleTOP pic.twitter.com/u3prp1Kw5q— MeleTOP (@MyMeleTOP) November 6, 2018
Jadi kepada semua pengguna Twitter layak untuk sertai pertandingan ini dengan hanya menjadi tweet yang ke 500, 1000, 1500, 2000 dan 2500. Tempoh tersebut diadakan sepanjang program itu berlangsung dan jangan lupa hashtag MeleTOP.
Kali ini hadiah yang diberi adalah sepasang tiket ke Lost World of Tambun iaitu sebuah taman tema air di Ipoh.
Sebenarnya, aku dah sertai #MeleTOP di twitter ni dah beberapa kali sebelum ni tapi tiada rezeki. Jadi pada selasa lepas aku tweet lagi dan akhirnya kali ini rezeki menyebelahi aku. Aku tak pasti tweet aku yang ke 500 atau 1000 sebab kalau ikut tweet daripada akaun MeleTOP ada 2 pemenang.
Hi @NastikaNurul @koyotitos! Tahniah anda telah memenangi tiket ke Lost World of Tambun! Sila DM kami nama penuh, no telefon & alamat anda untuk tujuan penghantaran :) Terima kasih! #MeleTOP https://t.co/1UxuE0Tsa9— MeleTOP (@MyMeleTOP) November 7, 2018
Jadi nilah antara tweet-tweet aku yang mungkin antara ke 500 atau 1000 tu. Dah rezeki, nak buat macam manakan. Sejurus lepas diumumkan pemenang dan diberi details semua, pihak MeleTOP terus poskan sepasang tiket tersebut. Apa-apapun terima kasih Astro atas tiket percuma ni, cumanya dengan siapa aku nak pergi ni? Jauh juga ni nak pergi. haha
Sepasang tiket percuma Lost World of Tambun |
4 comments for "Terima Kasih Astro Untuk Tiket Percuma"
Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger