Berbuka Puasa Di Padang MPK Kuantan
Berbuka Puasa di Padang MPK Kuantan | Di Malaysia sudah menjadi trend di mana sebuah tempat yang luas dijadikan sebagai tempat untuk berbuka puasa.
Jika dilihat ada di padang seperti di Padang MBSA, Dataran Putajaya, Dataran Sibu, Dataran Merdeka dan beberapa tempat lain lagi. Di Kuantan juga tidak terkecuali, iaitu di Padang MPK, Kuantan Pahang.
Pada hari selasa yang lepas, aku berkesempatan untuk berbuka puasa beramai-ramai bersama rakan sekelas.
Aku dengan rakan-rakan sempat mencari masa yang sesuai untuk berbuka puasa beramai-ramai secara piknik di Padang MPK seperi warga Kuantan yang lain juga. Sebenarnya ini merupakan kali ke-3 aku sempat berbuka puasa beramai-ramai di padang MPK ini.
Selain warga Kuantan dapat berbuka puasa beramai-ramai, di padang ini juga terdapat sebuah bazar Ramadan Taman Kerang yang betul-betul di besebelahan dengan padang.
Jadi korang boleh dapatkan juadah berbuka dengan mudah. Padang ini juga terletak berhadapan dengan Masjid Negeri Kuantan, jadi selepas korang selesai berbuka, korang boleh terus mendirikan solat maghrib di Masjid.
Jadi bagi aku berbuka di Padang MPK ini sesuai untuk seisi keluarga, rakan-rakan ataupun berbuka secara beramai-ramai.
Sebagai tambahan, di padang tersebut juga disediakan khidmat sewa tikar dengan harga serendah RM5. Dengar ceritanya, setiap penyewa juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan cabutan bertuah.
10 comments for "Berbuka Puasa Di Padang MPK Kuantan"
http://aerillhassan.blogspot.com
Cantik gambar, pakai camera apa tu...so nice..