Senarai Penuh Pemenang Untuk DFKL 2018
Senarai Penuh Pemenang Untuk DFKL 2018 | Semalam, Ahad 13 Mei telah berlangsungnya sebuah anugerah yang mengkatkan pengkarya dalam penghasilan Drama yang berkualiti di dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018. DFKL telah dianjurkan oleh Rangkaian Televisyen Media Prima yang bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC.
DFKL kali ni masih mengekalkan kategori sedia ada yang bertanding iaitu sebanyak 9 kategori pilihan utama, 1 kategori drama pendek pilihan dan drama radio pilihan. Pilihan di buat oleh juri professional dan di pilih berdasarkan tontonan tertinggi di semua slot drama di bawah rangkaian Media Prima (TV3, TV9, NT7 dan 8TV) sepanjang 2017.
Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle dan Ayda Jebat (Dekatkan Jarak Kita) |
Aktor Pilihan: Zul Ariffin (Titian Cinta) |
Pada malam tersebut, anugerah DFKL 2018 telah dimeriahkan oleh 2 hos petah berbicara iaitu Ajak Shira dan Nabila Huda dengan membawa kempen bertemakan #MasaUntukDrama. Titian Cinta antara drama yang merangkul anugerah terbanyak pada malam tersebut iaitu 4 anugerah tetapi telah diketepikan kehebatan drama tersebut oleh drama Dekatkan Jarak Kita yang dinobat sebagai Drama Pilihan. Tahniah kepada semua pencalonan dan pemenang!
Jadi jom kita tengok senarai pemenang DFKL 2018
Drama Pilihan: Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
Pengarah Pilihan: Heykal Hanifah (Titian Cinta)
Aktor Pilihan: Zul Ariffin (Titian Cinta)
Aktres Pilihan: Janna Nick (Biar Aku Jadi Penunggu)
Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle dan Ayda Jebat (Dekatkan Jarak Kita)
Antagonis Pilihan: Syukri Yahya (Andainya Takdir)
Skrip Pilihan: Farhana Fauri (Titian Cinta)
Lagu Tema Pilihan: Sumpah Cintaku (Titian Cinta-Asfan)
Drama Pendek Pilihan: Manikam Dalam Lipatan
Drama Radio Pilihan: Bukan Cinta Biasa (Kool FM)
Drama Pilihan Tonton VIP: Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)
Selfie Paling Drama: Ain Edruce
Drama Terbaik: Dekatkan Jarak Kita (sumber) |
Post a Comment for "Senarai Penuh Pemenang Untuk DFKL 2018"
Post a Comment