Makan Ais Kepal Milo Pertama Kali Di Temerloh
Benar, buat pertama kalinya selepas beberapa bulan ianya viral di seluruh pelusuk Internet dah media sosial akhirnya aku dapat juga rasa Ais Kepal Milo. Kedai tersebut pada awalnya aku nampak dieorang iklankan dalam group facebook makan-makan kat Temerloh di mana lokasi dan beberapa gambar kedai tersebut.
Sebenarnya kedai ni bukanlah satu-satunya kedai yang mensajikan Ais Kepal Milo, kalau tak silap kat Temerloh ni aku perasan ada 4 atau lebih tempat yang menyediakan menu tersebut. Jadi entry ni hanyalah perkongsian ringkas berkaitan kedai Ais Kepal Milo di kedai tersebut.
sumber:makan-makan kat temerloh |
Nama kedai: Tidak dapat kenal pasti hahaha (takda signboard nama kedai)
Lokasi: Bersebelahan Hospital Temerloh, HOSHAS dan berhadapan dengan PAIP seberang Temerloh.
Menu: Ais Kepal Milo, Coconut Shake, air kelapa, nasi ayam, mee sup dan macam-macam lagi. (Air kosong disediakan percuma)
Waktu perniagaan : 11 pagi sehingga 7 malam dan di buka-buka setiap hari
Harga : Ais Kepal Milo (RM4.00), air kelapa (RM4.00), yang lain kene tanya sendiri hehe
sumber:makan-makan kat temerloh (rupa Ais Kepal Milo dengan topping cokelat) |
Sedap poh paleh weh |
Setelah dibedah menjadi separuh |
Untuk pertama kali rasa Ais Kepal Milo ni, bagi aku rasanya sedap sangat, tapi tak tahu la kalua kedai-kedai lain kan, sebab tak pernah rasa. Tapi tak eloklah makan setiap hari kan, sebab ianya manis. Dengan rasa dan kuantiti, bagi aku RM4 itu berbaloi dan boleh datang lagi. Selain di seberan Temerloh ni, aku tahu ada 3 tempat lain lagi yang ada menu Ais Kepal Milo, di Mentakab, Kerdau, dan Jalan Bahagia. Kat mana tu, korang kene terjah dah google sendiri, sebab aku pun tak tahu lokasi sebenar sebab tak pernah sampai lagi. Inilah serba sedikit perkongsian Ais Kepal Milo di Temerloh.
Update Ogos 2019
Tuan empunya kedai sudah update dan memberi tahu dimana mereka telah membuka semula kedai mereka setelah setahun berehat, dengan rebrand nama Milo Kepal Syed.
Anda boleh boleh waze Milo Kepal Syed serta follow akaun instagram mereka di : @milokepal syed dan like facebook page : Milo Kepal Syed
Update Ogos 2019
Tuan empunya kedai sudah update dan memberi tahu dimana mereka telah membuka semula kedai mereka setelah setahun berehat, dengan rebrand nama Milo Kepal Syed.
Anda boleh boleh waze Milo Kepal Syed serta follow akaun instagram mereka di : @milokepal syed dan like facebook page : Milo Kepal Syed
12 comments for "Makan Ais Kepal Milo Pertama Kali Di Temerloh"