Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone
Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone | Jika korang adalah pengguna iPhone, entry ni untuk korang. Kat sini aku nak kongsi sikit beberapa tips dan trik yang mungkin anda dah tahu atau tidak tahu pada iPhone anda. Tips ni aku jalankan di iphone 5s dengan ios 10.3. Aku rasa iainya masih valid pada iphone-iphone versi ios lain. Harap ianya bermanfaat.
#1 - Cara & Trik Download Aplikasi Lebih 100mb Guna Data Internet Telco
1) Download aplikasi yang melebih 100mb seperti biasa di Appstore
2) Klik OK pada pop up yang muncul
3) Ada 3 cara yang korang boleh cuba untuk langkah seterusnya :
- Anda boleh aktifkan Airplane Mode pada Settings > Airplane Mode atau pada Control Center dan tunggu selama 10 saat. Selepas 10 saat, nyahaktifkan (disable/off) AirPlane Mode.
- Matikan data selular pada Settings > Cellular/Mobile Data, kemudian hidupkan (restart) peranti dan selepas restart tunggu selama 10 saat. Selepas 10 saat, aktifkan semula data selular
- Mati dan hidupkan (restart) semula peranti, terus aktifkan Airplane Mode selama 10 saat. Selesai 10 saat, nyahaktifkan Airplane Mode.
#2 - Cara Tukar Signal Bar Kepada Signal Digital
Tujuan digital signal menunjukkan lebih tepat kekuatan signal line telefon di dalam bentuk digital iaitu bentuk angka. Angka yang dekat dengan 0 adalah lagi bagus.
1) Klik pada phone
2) Di tab Keypad, dial *3001#12345#* dan tekan button call
3) Field test display mod akan muncul
4) Tekan power button sehingga keluar slide to power off
5) Tekan home button sehingga keluar ke homepage semula
-50 > -75 👍👍👍👍
-75 > -90 👍👍👍
-90 > -110 👍👍
-110 > above 👍
#3 - Cara Aktifkan Signal Digital
Lihat bahagian signal dah tukar ke digital daripada signal bar
Jika korang nak tukarkan kembali kepda signal bar korang boleh ikut cara dibawah
1) Klik pada phone
2) Di tab Keypad, dial *3001#12345#* dan tekan button call
3) Field test display mod akan muncul
4) Hanya tekan home button sekali
5) Signal bar akan kembali
#4 - Cara Nyahaktif / Tukarkan Semula Kepada Signal Bar
Nanti akan bertukar ke signal bar kembali
2 comments for "Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone"